Diam lebih baik daripada berkata-kata hal yang tak berfaedah.
Ramai yang tertanya-tanya mengapakah di zaman serba internet ini begitu banyak sekali fitnah yang berlaku di negara kita. Misalnya di media sosial, bukan saja tohmahan dan fitnah, malah tulisan tidak beretika pun boleh dikatakan hampir berlaku setiap hari.
Adakalanya, perkara seperti kematian seseorang pun sengaja direka-reka, lain cerita yang berlaku tapi lain pula yang dicerita di media sosial. Gambar seorang penjenayah pun oleh dianggap ‘suci’ walaupun dia baru saja bunuh anggota polis. Itu budaya orang Malaysia zaman ini di internet?
Benarlah masih ramai yang tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah tersebut. Malah ramai juga yang sudah bosan dengan ‘kisah viral’ yang ditokok tambah, diubah suai cerita sebenar dan fitnah yang disebarkan. Tapi malangnya, masih ada lagi yang terpengaruh?
Aku melihat, mereka yang senang terpengaruh dengan cereka-cereka ‘fiksyen’ dan khayalan itu kebanyakkannya adalah golongan muda. Mungkin ‘baru kenal dunia’, mereka bagaikan tidak beradab, tidak tahu etika, malas membaca, tapi berlagak bagai tahu serba serbi.
Bila kecoh tentang ekonomi, mereka jadi ‘pakar ekonomi’. Padahal, subjek ekonomi pun tak pernah belajar. Bila kecoh bab kapal terbang hilang, mereka tiba-tiba jadi ‘aeronautical engineering expertist’,
sampai skru kapal terbang pun mereka kata mereka kenal? Padahal hanya lulusan SPM dan kerja sebagai despatch saja. Peliknya, ada Profesor yang
terpengaruh dan percaya pada mereka-mereka
ini?
Siapa yang mengajar mereka budaya sebegini agaknya? Aku yakin bahawa pihak kerajaan telah menyediakan model pendidikan yang baik, kerajaan pun melarang rakyat melakukan spekulasi dan fitnah menerusi pelbagai kempen dan undang-undang. Malah paling utama, agama Islam sendiri melarang perbuatan tersebut! Tapi mereka tidak hirau semua itu?
Pada pandangan akulah, ‘khayalan’ dan cereka ‘fiksyen’ berkenaan begitu sinonim dengan puak pembangkang. Kita pernah dengar tentang Red Bean Army (RBA). Malah kita juga begitu kenal dengan strategi pembangkang yang suka mengada-adakan cerita
yang tiada.
Masih ingat cerita cincin berlian yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor? Siapa yang mendakwa tentang fitnah cincin itu kalau bukan Rafizi? Setelah terbukti dakwaan tersebut fitnah, tiba-tiba saja dia
boleh kata kononnya itu ‘acah saja’?
najib-razak-altantuya13
Gambar macam ni pun ada?
Masih ingat lagi cerita tentang mendiang Altantuya? Bermati-matian mereka menuduh Dato’ Seri Najib
Tun Razak dan isterinya sebagai pembunuh. Sampai bersumpah atas nama Allah berkali-kali, tapi mereka tetap berdemo meneruskan fitnah tersebut. Bila Sirul Azhar tegaskan Najib dan isteri tiada kaitan, ada
mereka minta maaf?
Masih ingat lagi kononnya Najib ‘beli’ Rosmah dari pembaca berita Dunia Jam 10, Farid Ismeth? Bertahun-tahun cereka rekaan itu diputar di corong telinga rakyat. Tapi bila Farid sendiri mendedahkan dia tidak kenal dan tidak pernah kahwin dengan Rosmah, pernah mereka-mereka itu minta maaf pada isteri Perdana Menteri, suami dan anak-anak mereka?
Kerana itulah penulis positif mengatakan bahawa pihak pembangkang banyak merosakkan minda rakyat Malaysia terutaman golongan muda dengan cerita-cerita khayalan yang direka-reka. Merekalah dalang yang membudayakan fitnah di negara kita.
Soalnya, sampai bila mangsa-mangsa manipulasi minda itu akan sedar tentang penipuan demi penipuan yang dihidangkan pada mereka. Ditambah pula dengan ‘spin-spin’ media sosial pro-pembangkang yang bersumberkan cerita tidak benar, bila agaknya mereka akan tersentak dari melakukan sesuatu yang dilarang agama?
Tepuk dada, tanyalah diri masing-masing. Aku hanya utarakan pandangan aku sahaja. Terpulanglah untuk sedar atau tidak, kerana Allah itu sentiasa tahu apa
yang hambaNya lakukan di dunia ini. Saranan aku, berubahlah sebelum budaya songsang ini membinasakan negara…
No comments:
Post a Comment