Saturday, 16 April 2016
BEGINIKAH CARANYA DIA MENGHABISKAN SISA UMUR YANG MASIH BERBAKI !!! BERTAUBAT NASUHALAH AYAHNDA!!!
Masih wajarkah Tun M diberi gelaran 'Negarawan" yang pada hari ini menjilat semua ludah-ludahnya dahulu ....?
Sejak melepaskan jawatan Perdana Menteri (PM) pada tahun 2003 beliau mula memusing arah jamnya sedikit demi sedikit. Tidak tahu apa muslihat dan tujuannya. PM Pak Lah menjadi mangsanya yang pertama diserangnya sehingga Pak Lah melepaskan jawatan PM pada tahun 2009.
Apabila giliran DS Najib menjadi PM serangannya mula digerakkan semula. tetapi kali ini lebih dahsyat.
Kalau dahulu dialah panglima yang mempertahankan UMNO. Tetapi hari ini dia juga yang merendah-rendahkan UMNO seperti UMNO dipenuhi orang bodoh (termasuk anaknya, TSMY dan Shafie Afdal).
Kalau dulu dia mengajak ahli UMNO pertahankan kepimpinan UMNO termasuk dirinya (supaya kekal sebagai PM) kerana hanya UMNO sahaja yang mampu menjaga orang Melayu. Tetapi hari ini dia mengajak ahli UMNO menyingkirkan Presiden UMNO dan juga PM.
Kalau dulu musuh ketatnya adalah pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS. 'Permusuhan'nya dengan pembangkang sangat hebat sehingga digelar Mahazalim dan Mahafiraun. Tetapi hari ini dia sudah bersekongkol dengan pembangkang yang sangat 'dibenci' dulu dan membuat deklarasi bersama kononnya deklarasi rakyat bagi tujuan menurunkan PM dari takhtanya.
Kalau dulu dialah yang 'geram' dengan Raja-Raja Melayu dan Sultan sehingga kuasa Raja dikurangkan. Nasib baik dia tak buang Raja-raja Melayu. tetapi hari ini dia memohon Raja-raja Melayu dan Sultan memaksa DS Najib meletak jawatan.
Kalau dulu dia menentang campurangan kuasa luar dalam urusan hal ehwal Malaysia. tetapi hari ini dia meminta bantuan kuasa luar untuk membantunya menjatuhkan PM. Nasib baik tak minta tentera Israel atau USA camputangan seperti yang berlaku di Iraq dan Libya. Kalau tidak tentu nasib kita seperti rakyat Iraq dan Libya pada hari ini.
Berbagai cara dilakukan bagi menumbangkan DS Najib. Tentu ada sebab yang tersirat yang membuatkan dia seperti gila kuasa. bermacam rekaan dicipta untuk memburuk-memburukkan reputasi DS Najib sebagai PM.
Dia menyerang 1MDB bermula dengan mengatakan wang 42 billion hilang. Lepas itu tukar tuduhan kepada wang 42 billion sebagai hutang. Diolah lagi dengan menuduh wang RM27 biliion tidak dapat dikesan. Lumat digulainya 1MDB dengan seribu macam tohmahan.
Akhirnya apabila Laporan PAC dibentang di parlimen dan rumusannya telah menunjukkan bahawa DS Najib tidak terlibat, wang 42 billion tidak hilang dan aset 1MDB berjumlah 53 billion.
1MDB menyenaraikan wang yang digunakan dari dana RM41.8 bilion, termasuk RM900 juta lebihan tunai yang dipegang syarikat tersebut:
RM18 bilion untuk membeli syarikat pengeluar tenaga bebas
- RM8.5 bilion untuk Powertek
- RM2.3 bilion untuk KLPP
- RM1.2 bilion untuk Jimah
- RM6 bilion dari hutang yang diwarisi
RM1.7 bilion untuk pembelian tanah
- RM0.2 bilion untuk Tun Razak Exchange
- RM0.4 billion untuk Bandar Malaysia
- RM1.1 billion untuk tanah di Pulau Pinang
RM5.8 bilion untuk perbelanjaan kewangan
- RM4.5 bilion untuk kos kewangan dan modal
- RM0.9 bilion untuk kos tukaran asing
- RM0.4 bilion untuk cukai
16.4 bilion untuk dana pelaburan
- RM6.1 bilion dalam Brazen Sky
- RM4.2 bilion dalam Aabar Deposit
- RM5.1 bilion dalam GIL Funds
Namun dia masih tidak mahu menerima keputusan Laporan PAC dan masih mahu DS Najib disabitkan bersalah dan mesti dipertanggungjawabkan ke atas kebejatan 1MDB.
APAKAH SEMUA YANG BERLAKU DI NEGARA INI MESTI MEMENUHI KEHENDAKNYA?APAKAH NEGARA INI HARTA PUSAKA MAK BAPAK DIA?
PERSOALANNYA, DIA SIAPA???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment