Fitrah manusia untuk hidup berkasih sayang dengan pasangan amat dianjurkan oleh agama iaitu melalui perkahwinan, bersesuaian dengan hadis nabi Riwayat Jamaah yang bermaksud;
“Wahai para pemuda sesiapa daripada kamu yang berupaya untuk berkahwin maka berkahwinlah dengan segera. Sesungguhnya perkahwinan itu boleh mengawal penglihatan dan lebih mengawal perasaan syahwat tetapi sesiapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu boleh menahan syahwat.”
Namun malangnya saluran yang betul ini tidak digunakan malahan terdapat segolongan yang melakukan perbuatan yang merosakkan akhlak dengan berzina, melacur, seks bebas dan seumpamanya.
Perbuatan ini sebenarnya merupakan di luar fitrah manusia sendiri dan menyalahi undang-undang negara serta mengundang dosa besar di sisi Allah SWT.
Sebenarnya, istimewanya seorang muslim dilihat apabila dapat menjaga maqasid syariah iaitu agama, aqal, nyawa, harta dan keturunan (maruah).
Sebenarnya, istimewanya seorang muslim dilihat apabila dapat menjaga maqasid syariah iaitu agama, aqal, nyawa, harta dan keturunan (maruah).
Islam menyanjung keturunan (maruah) supaya mereka menghargai diri dan keturunan mereka dengan melahirkan generasi yang bersih keturunannya.
Zina secara jelas perbuatan yang buruk, telah ada dalilnya iaitu larangan mendekatinya.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud :
Zina secara jelas perbuatan yang buruk, telah ada dalilnya iaitu larangan mendekatinya.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud :
“Dan janganlah mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan.”
Sabda Rasulullah SAW,
“Sesungguhnya orang yang berzina itu dibangkitkan ke hari kiamat, kemaluan mereka bernyala-nyala mengeluarkan api.”
Perhatikan corak kehidupan masyarakat hari ini, banyak kebebasan yang mampu dikecapi oleh manusia, termasuklah dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Dengan sebab itu, adalah menjadi kewajipan muslim hendaklah sentiasa menjaga akhlak dan peribadi mereka sendiri serta orang dibawah tanggungan mereka dari menyalahgunakan kebebasan dalam pergaulan seharian, kerana ia juga faktor yang mampu menyumbang kerosakan kepada diri dan keturunannya.

Sekiranya manusia mengisi masa hidup ini dengan perbuatan-perbuatan dosa dan maksiat jelas mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap diri dan keturunannya seperti menular virus HIV, penyakit AIDS, Gonorea, Sifilis, luka, bisul pada alat kelamin dan lain-lain yang tidak kurang bahayanya. Tambahan pula lahir anak-anak tidak yang berdosa (anak-anak zina) yang kadang-kadang dibuang pula.
Mahukah kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan ini?
Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun. Ayat 1 -10 yang bermaksud;
Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun. Ayat 1 -10 yang bermaksud;
1. Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman.
2.Mereka yang khusyu’ dalam sembahyang.
3.Mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
4.Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
5.Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
6.Kecuali kepada isterinya dan hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka yang tercela.
7.Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang melampaui batas.
8.Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
9.Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
10.Merekalah yang layak mewarisi .
11.Yang akan mewarisi Syurga Firdaus mereka kekal di dalamnya.
Larangan agama menjauhi perbuatan yang merosakkan generasi banyak kelebihannya yang boleh dilihat berbanding mengingkarinya. Manusia yang berakhlak mulia, akan dapat menjaga kehidupannya dari melakukan perkara yang sia-sia sahaja terutama dalam mengejar keseronokan yang sementara.
Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Tidak ada gunanya kemajuan dan kemewahan dunia semata-mata sekiranya manusia lalai dan lupa akan tanggungjawab mereka.
Sebagai khalifah sepatutnya merekalah dapat menilai yang mana baik dan buruk sesuatu perkara dan seterusnya mentadbir bumi dengan akal dan bukannya nafsu.

Wan Esma binti Wan Ahmad
- See more at: http://www.tv14.my/2016/04/13/keseronokan-sementara-jejas-pertimbangan-akal-waras/#sthash.29ujynv5.dpuf
No comments:
Post a Comment