Thursday 7 April 2016

BURUNG BELATUK BETINA TUN M PATUK HAJI HADI PULAK!!!


Pengikut Hadi Awang yang setia perlu segera berhenti mengkritik dan mengutuk Najib Razak kerana Presiden Parti Islam SeMalaysia tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan mengkritik Najib Razak selagi Perdana Menteri tersebut tidak di buktikan bersalah.

Pengikut Hadi Awang perlu pilih antara menyokong Hadi Awang atau menggesa Najib melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan segera.

Hadi Awang kata Najib tidak melakukan sebarang kesalahan selagi tiada pihak yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas beliau.
Hidup Hadi Awang!

-Anina Saadudin.

Itulah pendirian orang yang berilmu dan berakal.Mereka melihat pada yang berfakta dan berbukti sahih.Mereka tak mainlah teori andaian dan persepsi negatif kerana ianya bertentangan dengan hukum islam yang sangat melarang berburuk sangka.

Apabila hati diselubungi kebencian melampau maka mata hatinya sudah terhijab untuk melihat kebenaran.Apa yang terbuku dihati hanyalah ketidakpuasan hati dan kekecewaan terlajak.Dalam hati langsung mengabaikan ajaran islam yang syumul.

Akhirnya hiduplah dia di dalam dunia yang kelam berbalam,muram dan suram.

No comments: