Foto Bukti.
berada yang baru dua minggu mendaftarkan
diri di sebuah kolej swasta yang eksklusif di
sini akan berhadapan dengan hukuman penjara
apabila mahkamah mendapati mereka bersalah
atas dakwaan merogol dan melakukan hubungan
seks tanpa kerelaan ke atas seorang pelajar
Malaysia yang belajar di kolej yang sama.
canggih iPhone. Mereka merogol pelajar Malaysia
itu yang dipercayai mabuk akibat dibubuh sesuatu
di dalam minumannya selama lebih dua jam
setengah di kawasan kolej berkenaan selepas
satu majlis berpesta.
Kolej swasta itu mengenakan yuran tahunan
sehingga £30,000 (RM 146,000) ke atas para
pelajarnya.
Menurut akhbar The Daily Mail, pelajar-pelajar
Menurut akhbar The Daily Mail, pelajar-pelajar
Rusia itu yang berumur antara 19 hingga 23 tahun,
turut memberi komentar yang menjijikkan dan
tanpa belas kasihan ke atas mangsa mereka
termasuk merakamkan perbuatan mereka
menerusi iPhone.
Keempat-empat mereka, Oleg Ivanov, 23, Norayr
Davtyan, 22, Armen Simonyan, 19, dan Gregory
Melnikov, 23, menafikan dakwaan merogol tetapi
para juri di Mahkamah Crown Woolwich sebulat
suara mendapati mereka bersalah kerana
melakukan hubungan seks.
Pelajar perempuan dari Malaysia itu yang
merupakan rakan sekolej dengan keempat-
empat tertuduh turut menghadiri majlis pesta
yang diadakan atas anjuran salah seorang
daripada tertuduh.
Ketika para juri menyatakan keputusan mereka,
keempat-empat tertuduh berdiri tanpa menunjukkan
sebarang perasaan pun tetapi di galeri awam
sebarang perasaan pun tetapi di galeri awam
kelihatan beberapa orang ahli keluarga menangis.
Davtyan didapati bersalah atas dua tuduhan
merogol, Melnikov atas kesalahan merogol
dan percubaan untuk merogol, manakala
Ivanov dan Simonyan kedua-duanya didapati
bersalah atas satu kesalahan merogol. Mereka
kini ditahan reman sehingga hukuman
dijatuhkan oleh mahkamah.
SUMBER-www.mstar.com.my
SUMBER-www.mstar.com.my
No comments:
Post a Comment