Saturday 14 June 2014

PAS KATA UMNO TOLAK HUDUD!!! LGE SENDIRI KATA UMNO TERIMA HUDUD!!! BERMAKNA LGE LEBIH BIJAK MENILAI BERBANDING ULAMAK PAS!!!





KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa pengundi Teluk Intan sedang menyesal kerana memilih calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.

Beliau mendakwa, pengundi Teluk Intan terpaksa menerima hakikat bahawa wakil rakyat yang mereka pilih tersebut daripada sebuah parti yang menyokong pelaksanaan undang-undang hudud di negara ini.

“Terbukti BN tidak membantah hudud. Ini bercanggah dengan prinsip calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud. Mengundi Dyana Sofya bererti mengundi DAP yang membantah hudud.

“Pengundi Teluk Intan mesti berasa menyesal kerana membuat keputusan silap menyokong BN yang menyokong hudud berbanding DAP yang menentang hudud,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Guan Eng mencabar Siew Keong supaya meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan kerana mendakwa Siew Keong dalam kempennya memberitahu beliau menolak undang-undang hudud.

Dalam PRK Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu, Siew Keong yang berhadapan dengan Dyana Sofya mengejutkan banyak pihak apabila menang dengan majoriti 238 undi sekali gus merampas kerusi Parlimen itu daripada pembangkang. – mynewshub

1 comment:

Anonymous said...

Standard PAS bagi LGE hanyalah untuk berguling
atas jalan dan merempuh polis masa demonstrasi.Pendekata PAS di tamsilkn sebagai budak suruhan...

Pada tahun 2013,kes rogol di negeri Kelantan meningkat lebih 4kali ganda ia itu 225 kes.
2014 sebanyak 91 kes rogol di lapurkn.84 kes berlaku keatas perempuan 17 thn.15kes budak perempuan di rogol bawah 13thn.Kes ter baru rogol bergilir2 21 lelaki ke atas dua budak perempuan bawah umur.
Statstik mennjukn semua yng terlibat kes rogol di negeri che sti wan Kembang ini adalah rakyat kelantan.Hok aloh...!