Thursday 5 June 2014

PARTI ULTRA KIASU GUNA GADIS CANTIK JADI UMPAN!!! SYIAH GUNA HABUAN SEKS UNTUK RAIH PENYOKONG!!!






  • Calon gadis Melayu muda bujang parti ultra kiasu PRK Parlimen Teluk Intan, begitu ghairah untuk bertanding setelah ditawarkan.


  • Beliau dengan megah berkata untuk memecahkan tembok perkauman, mewakili parti ultra kiasu.

  •  Mampukah? Berapa lama sudah berpolitik? Fahamkah sepak terajang politik? Benarkah ultra kiasu parti semua kaum? Cermin diri, lihatlah sekeliling. Percayalah, kamu sedang diperalatkan.


  • Jika terlalu benci pun dengan UMNO, masuk PAS, PAS for all lah katakan, tetapi bukan ultra kiasu. Peliknya kenapa ibu bapanya yang begitu lama berjuang dalam politik Melayu, tidak menasihati anaknya itu, malah memberikan sokongan padu kepada beliau? Mahu tumpang semangkok bila menang nanti?


  • Saya sangat kasihan melihat Melayu ini. Saya yakin, beliau sedar beliau sedang diperalatkan. Beliau tahu, dengan adanya Melayu seorang dua di situ, peluang untuk dicalonkan dalam pilihan raya adalah tinggi. Itulah antara strategik licik ultra kiasu.


  • Perangkap ultra kiasu mengena. Berjaya memanipulasikan keadaan. 

  • Justeru, saya mengajak semua umat islam agar dapat merenung sejenak sebelum mengundi calon-calon Melayu parti ultra kiasu pada masa akan datang atas beberapa alasan.


  • Pertama, parti ultra kiasu bukan parti pelbagai kaum. Tetapi parti rasis Cina sejak dahulu lagi. 

  • Wajah-wajah bukan Cina yang ada di situ hanyalah tempelan semata-mata, bagi menutup tembelang mereka. 

  • Maka tidak hairan, mereka bermatian-matian untuk memancing anak-anak Melayu menyertai parti perkauman ini.

  •  Ultra kiasu mahu memecahkan tembok perkauman, tetapi mereka tidak pernah menjunjung agenda kebangsaan yang beridentitikan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Misalnya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 


  • Lihatlah papan-papan tanda di Pulau Pinang, seolah-olah sudah menjadi Hong Kong. Terlalu kecinaan.


  • Begitu juga dengan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, raja-raja Melayu, agama Islam, sekolah kebangsaan dan lain-lain lagi. Mereka tidak pernah mengiktiraf. 

  • Ultra kiasu mahu mewujudkan negara republik. Sama rata sama rasa. Sebab itu, sejak dahulu lagi mereka menentang agenda kebangsaan ini. 

  • Caranya dengan menyalahkan UMNO yang dituduh rasis untuk menyembunyikan identiti mereka yang sebenar yang lebih rasis. Tanyalah bekas pemimpin-pemimpin Melayu yang telah keluar daripada parti ini.


  • Kedua, perjuangan ultra kiasu adalah Malaysian Malaysia, sama rata sama rasa. Mana ada negara-negara di dunia mempraktikkan dasar sebegini? 


  • Mesti adalah sedikit kelebihan kepada 
  • peribumi, kerana setiap bumi yang 
  • dipijak ada penunggu bangsanya.


  •  Melayu-Tanah Melayu, British-Britain, 
  • Cina-China, Siam-Thai, Jepun-Jepun 
  • dan lain-lain. Tidak hairanlah jika 
  • bangsa dan agama negara mereka 
  • diberikan sedikit keistimewaan.


  • Baca kenyataan Perdana Menteri Britain, David Cameron, pada 24 April 2014. Secara tegas beliau berkata, “Britain adalah negara Kristian”. 

  • Agama Kristian sudah tentu mempunyai lebih hak daripada agama lain. Untuk makluman, populasi agama di Britain adalah, Kristian 59.5%, tiada agama 25.7%, agama tidak tercatat 7.2%, Islam 4.4% dan lain-lain 3.2%. 

  • Peratusan pecahan agamanya hampir sama seperti Malaysia, Melayu Islam 55% (+ bumiputera 65%), Cina 25%, India 7% dan lain-lain. Jika Britain boleh isytihar mereka negara Kristian dengan populasi sedemikian, kenapa kita tidak boleh?


  • Bila Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam suatu ketika dahulu, yang paling kuat menentang adalah ultra kiasu. 

  • PAS beranggapan pendirian ultra kiasu ini tidak salah, kerana adalah sesuatu yang lumrah, ahli parti akan menjunjung agenda parti. Tetapi PAS perlu ingat, ultra kiasu adalah parti yang lantang menentang Islam.


  • Ketiga, setakat ini, boleh dikatakan 
  • tidak ada orang Islam yang faham Islam 
  • menyertai parti ultra kiasu ini, termasuk 
  • gadis bertudung. 


  • Semua yang menyertai parti ultra kiasu 
  • adalah kalangan yang jahil agama. 
  • Tanyalah Melayu ultra kiasu yang telah 
  • insaf dan isytihar keluar parti.


  • Ultra kiasu tahu, mereka akan menghadapi masalah jika menerima ahli yang faham Islam.


  • Justeru, saya tidak terkejut jika gadis ini dikaitkan pakaian bikini, walaupun dinafikan. Perkara seumpama ini tidak mustahil berlaku bagi mereka yang menyertai parti ultra kiasu. Orang sebeginilah sebenar yang dicari.


  • Beberapa pemimpin Melayu ultra kiasu yang saya kenali secara dekat, tidak pernah sembahyang, apatah lagi beramal dengan Islam. Jiwa Melayu Islam telah mati. Inilah Melayu yang ditonjolkan parti ultra kiasu untuk memusnahkan dan menghancurkan Melayu Islam.


  • Ada yang mencadangkan supaya dibuat kajian kenapa anak Melayu boleh menyertai ultra kiasu. Sama juga masalah Melayu masuk Kristian. Pada saya, kajian sebegini tidak perlu dibuat. Buang masa dan buang duit.


  • Lebih baik kajian sebaliknya dibuat yakni, menjurus kepada kenapa orang Melayu zaman dahulu, bersekolah Inggeris (Sekolah Missionari Kristian), berseluar pendek dan berskirt, pegangan agama tidaklah sekuat seperti orang PAS pada hari ini, persekitaran tidak berapa Islamik, pengaruh Kristian begitu kuat di sekolah dan lain-lain, tidak ada kedengaran pun anak Melayu masuk Kristian atau menyertai ultra kiasu?


  • Jawapan sementara saya adalah, ketika itu orang Melayu berpegang kuat kepada adat budaya bersendikan Islam. 

  • Identiti ini begitu kuat mengikat. Pegangan inilah yang menjadikan mereka kuat dan tidak mudah terpengaruh walaupun dugaan dan ujian persekitarannya begitu mencabar.


  • Hari ini, semua identiti ini sudah tercabut. Walaupun generasi hari ini kononnya hidup dalam persekitaran boleh dikatakan Islamik, kehidupan mereka sudah tidak seperti Melayu. Tetapi sudah menjadi orang barat, malah ada yang lebih barat dari barat dalam cara hidupnya.


  • Saya rasa inilah proses inilah yang sedang berlaku kepada anak muda Melayu hari ini, termasuk calon Melayu ultra kiasu ini. Adat budaya dan agama tidak lagi mengikat. 

  • Sebab itulah, ultra kiasu begitu kuat memperjuangkan hak asasi manusia, agar Melayu tidak lagi bersendikan adat budaya dan agama, tetapi menjadi moden seperti mereka.


  • Keempat, cuba perhatikan, seperti mana yang dipesankan oleh ibu calon Melayu ultra kiasu ini, jangan lupa solat dan bersolat sebelum berkempen. 


  • Alangkah indahnya jika suruhan ini 
  • diamalkan. Tunjukkan kepada ultra 
  • kiasu bahawa kamu adalah Muslim 
  • beriman dan yang beramal. 


  • Lakukan amar makruf nahi mungkar 
  • dalam parti ultra kiasu. Saya yakin, 
  • beliau tidak akan berani melakukannya, 
  • kerana pasti ultra kiasu akan 
  • menendang gadis Melayu ini keluar.


  • Jangan hanya berselendang masuk berkempen di kawasan Melayu Islam dan membogelkan kepala di kawasan bukan Islam. Islam apa ini? Islam kapal selam? Saya tidak nafikan ada pemimpin UMNO pun sebegitu.


  • Kelima, kenapa ultra kiasu ini amat berminat meletakkan budak Melayu dalam PRK kali ini, sedangkan ramai lagi calon Cina yang berkelayakan.

  •  Jawapannya, kerana gadis ultra kiasu berani mempertikaikan kedudukan UiTM, tempat dia belajar dahulu sehingga menjadi peguam. Beliau sanggup gigit tuan, seperti melepaskan anjing tersepit.


  • Kenapa tidak mempertikaikan universiti yang amat jelas berasaskan kaum seperti universiti yang dipunyai oleh Dong Jiao Zong, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain? 

  • Adakah universiti ini untuk semua kaum seperti yang dicanangkan oleh ultra kiasu? Inilah Melayu yang tiada identiti yang dicari ultra kiasu.


  • Keenam, awal-awal lagi parti dan calon ultra kiasu ini secara terang menyatakan pendirian akan menentang undang-undang Islam (hudud) yang akan dilaksanakan oleh PAS. 

  • Saya tidak kisah jika kenyataan ini keluar daripada ultra kiasu kafir. Tetapi gadis Melayu jahil ini juga begitu berani berkata sedemikian. 

  • Apa yang dia tahu tentang hudud? Berapa juzuk Quran yang dihafal? Berapa ayat yang difahami? Peliknya, kenapa PAS begitu beriya-iya berkempen orang yang menentang matlamatnya?


  • Sejarah membuktikan, sejak dahulu lagi, ultra kiasu langsung tidak ada rasa hormat dengan Islam selaku agama negara dan majoriti Melayu negara ini. 

  • Dalam perisytiharan Setapak, 29 Julai 1967, ultra kiasu berjanji akan berpegang kuat kepada fahaman sosialis. Maka tidak hairan, pada Ogos 1966, ultra kiasu menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Sosialis Antarabangsa, Zurich, Switzerland. 

  • Saya ingin bertanya PAS, kenapa tidak mengkafirkan Melayu dalam parti ini? Kenapa UMNO yang dijadikan sasaran untuk dikafirkan. Yang jelas kafir, tidak dikafir. Yang tidak kafir dikafirkan. Adakah ini wajar?


  • Ketujuh, yakinlah, jika gadis ini menang dalam PRK Teluk Intan dahulu, beliau akan menjadi alat ultra kiasu. Wakil ultra kiasu kafir tidak perlu lagi menentang agenda Islam di parlimen, kerana wakil Melayunya telah ada. 

  • Beliaulah yang akan menjadi paling lantang menentang hudud PAS yang akan dibentangkan di Parlimen. Apakah wajar PAS begitu ghairah untuk mengundi calon ini.

  • Jangan korbankan prinsip semata-mata nak menjaga rakan sepakatan walaupun amat jelas mereka ultra kiasu, musuh Islam. 

  • Apakah PAS masih mahu bertahaluf siyasi dengan parti DAP yang secara jelas menentang agenda PAS sendiri?- Ridhuan Tee

4 comments:

Anonymous said...

Saya rasa yang turut bersalah dalam hal ini adalah ibubapa Dyana ini.Dyana tidak dididik dengan pengetahuan agaman,budi bahasa,tingkah laku sejajar dengan sifat saorang Muslimat dengan sempurna.Sebab itu Dyana tidak tahu bersyukur,mengenang budi dan kuran cerdik dalam bab agama.Salam

Anonymous said...

Orang cantik pun salah. Dyana tu cantik, berani dan jujur.

Bukan macam wanita dan puteri dalam
bee end.

Please inform Usin. Kerajaan tu rakyat yang suap mereka. Usin salah faham ni.... Rakyat mogok tak bayar cukai... hancur kerajaan tue.

Anonymous said...

ASIK POLITIK AJE MACAI NI.KITA CAKAP SOAL HUKUM DAN AKIDAH YANG RIDHUAN TEE HURAIKAN! POLITIK YANG TOLONH AWAK BILA MATI NANTI! LIM KIT SIANG YANG AKAN BERI SYAFAAT KAT AWAK NANTI!

Anonymous said...

Dia ini RBA.Semua komen dia dalam blog lain sama saja bahasa lintang pukang....mata sepet ni..busuk ,pergi main jauh jauh.