Thursday 15 May 2014

GADIS MALANG YANG KELABU ASAP!!!






Budak perempuan di atas bernama Dyana Sofya Mohd Daud dan merupakan Setiausaha Politik kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Dalam wawancara dengan Malaysikini, yang turut disiarkan di blog Lim Kit Siang, Dyana meluahkan kekecewaan terhadap UiTM, IPT yang dia memperolehi ijazah undang-undang kerana menghadkan kemasukan hanya untuk Melayu dan Bumiputera sahaja.

Dyana nyata tidak tahu asal-usul UiTM bahkan tidak tahu betapa susahnya anak-anak Melayu sebelum merdeka hingga ketahun 70an untuk mendapatkan pendidikan.

Ketika itu sekolah-sekolah menengah hanya terdapat di kawasan-kawasan bandar. Apatah lagi bagi anak-anak Melayu dari kawasan luar bandar terpaksa berulang-alik berpuluh km setiap hari, samada menaiki bas malah ada yang berbasikal.

Cuba tanyakan pada orang UMNO yang menyertai DAP, Aspan Alias dan Arif Sabri berapa jarak kampung masing dengan sekolah menengah aliran Inggeris yang paling berdekatan? Paling tidak, jawapannya pasti berbelas km. Maka tidak hairanlah ketika itu ramai anak Melayu yang tidak melanjutkan ke sekolah menengah.

Pada masa yang sama, Dyana tidak pula mempertikaikan kewujudan saingan UiTM iaitu Kolej Tunku Abdul Rahman yang mendapat bantuan kerajaan, tetapi asalnya adalah untuk anak-anak Cina melanjutkan pelajaran.

Bahkan Dyana tidak tahu betapa gaji permulaan yang diterima oleh anak Cina yang sekadar punya diploma kolej berkenaan, adalah mengatasi gaji permulaan anak Melayu yang memegang ijazah jika bekerja di syarikat-syarikat milik tauke Cina.

Ini bukan kenyataan rasis, tetapi adalah hakikat yang pernah dialami oleh anak-anak Melayu....!

Sepatutnya tidak apa yang patut dipertikaikan terhadap kewujudan UiTM yang khusus untuk Melayu dan Bumiputera. Seharusnya kekalkan dengan sistem yang ada.

Sedangkan pendidikan peringkat rendah melalui Sekolah Kebangsaan yang jauh lebih murah yurannya pun orang Cina lebih memilih Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, masakan pula mereka akan memilih UiTM.

Sesungguh budak perempuan bernama Dyana ini belum kenal erti Roket sebenarnya-MIK.

3 comments:

Anonymous said...

aku kalau menganut parti pas,aku taklah sedih sangat....tapi...menganut parti dap alahai...malang sungguh punya mak bapak yang tak pandai mentarbiah anak agar menyayangi bangsa sendiri sptmana rasulullah pun menyayangi bangsanya iaitu bangsa arab...kerana tu anugerah Allah kepada setiap makhluknya.

kita tengoklah mana kesudahan budak ni...mintak-mintak berubah,minta dijauhkan menjadi spt lina joy...semuanya dibuang...jadi hampas.

Anonymous said...

Lesbian?

Anonymous said...

kesian budak ni...sanggup diperkudakan oleh cinabeng.