Tuesday, 20 May 2014

Cara Mengatasi Sikap Negatif Anak-Anak!!! Jangan Sampai Anak-Anak Jadi Rosak!!!


Setiap ibubapa pasti tidak mahu 

anak nya mempunyai perilaku yang 

negatif sama ada di rumah mahu 

pun di luar rumah..Tapi, kadang-

kadang disebabkan sebab-sebab 

tertentu atau tanpa sebab, anak-

anak cenderung memperlihatkan 

sikap negatif mereka..Di sinilah, 

peranan kedua ibubapa amat 

penting dan amat diperlukan.. 



Sebagai ibubapa, anda harus 
mendisiplinkan atau mengubah 
perangai anak-anak anda kepada 
yang lebih baik..Untuk itu, amat 
penting untuk anda kenali 
perilaku anak-anak anda dan 
cara untuk mengatasinya..


1. Merungut atau Marah


Sekiranya ada masalah, anak-anak 
lazimnya akan cenderung untuk 
merungut atau marah-marah. Ini 
adalah cara anak-anak 
mengungkapkan perasaannya 
terhadap orang lain.


Cara mengatasi: Jika anak anda sering 
merungut, sebaiknya anda jangan 
berdiam diri sahaja. Cubalah untuk 
mengajaknya berbincang, hiburkan 
hati si dia dan cari apa masalahnya 
yang menjadi penyebabnya. Begitu 
juga jika anak anda suka marah-marah, 
sebaiknya ajak dia berbincang dengan 
baik. Jika sudah keterlaluan, tidak 
menjadi satu kesalahan untuk anda 
memberinya hukuman supaya ada 
kesan yang ketara. Tapi gunalah 
hukuman yang ringan saja. Misalnya 
jika si anak marah dan melemparkan 
semua barang permainannya, anda 
boleh menghukumnya untuk 
mengemas kembali mainan yang 
dilemparnya tadi.


2. Memukul.



Perilaku ini biasanya berlaku kepada 
anak terhadap rakan-rakan atau adik-
beradiknya sewaktu mereka bertengkar. 
Bagi sesetengah ibubapa, ini adalah hal 
yang normal, tetapi jika dibiarkan begitu 
saja, hal seperti itu boleh menjadi tabiat 
buruk untuknya. Segera bertindak untuk 
melakukan pencegahan.


Cara mengatasi: Ajarkan kepada anak-
anak anda bahawa memukul atau 
melakukan tindakan kasar merupakan 
sikap buruk yang dapat memberi kesan 
buruk kepada orang lain. Anda juga 
kalau boleh jangan sesekali memukul 
mereka kerana ini boleh menjadi contoh 
yang buruk. Komunikasi masih boleh 
digunakan, jadi jangan gunakan kekerasan.


3. Menggunakan kata-kata kasar.


Ini adalah hal yang sering terjadi pada 
anak-anak. Hal ini biasanya disebabkan 
oleh faktor umur dan bahan tontonan 
di televisyen. Anak-anak akan mudah 
terpengaruh dan mula untuk meniru.


Cara mengatasi: Ketika anak-anak 
menggunakan kata-kata kasar di hadapan 
anda, lebih baik, secara langsung atau 
terus memberitahunya bahawa kata-
kata tersebut tidak boleh digunakan. 
Ajar dan beri contoh yang baik untuk 
anak anda. Jangan sekali-kali anda 
menggunakan kata-kata kasar 
dihadapan mereka, kerana mereka 
akan cuba untuk menirunya.


4. Berbohong.


Anak anda berpura-pura bermain 
sepanjang waktu padahal apa yang 
mereka lakukan bukan sekadar 
bermain, tapi mungkin melakukan 
sesuatu yang anda larang. Sikap 
berbohong kecilan ini akan 
berlanjutan menjadi sikap berbohong 
besar suatu saat nanti jika tiada 
tindakan segera diambil oleh anda.


Cara mengatasi: Ajar anak anda untuk 
selalu bersikap jujur. Katakan padanya, 
berbohong itu bukan satu perkara yang 
baik. Katakan padanya berbohong itu 
sama saja seperti berbuat jahat. Terus 
ajarkan anak anda bahawa berbohong 
bukan perkara yang baik untuk dilakukan.


5. Mencuri.



Mungkin anak anda tidak bermaksud 
mencuri tapi lebih kepada meminjam 
tanpa izin. Hal ini sering berlaku pada 
anak-anak sewaktu mereka sedang 
bermain dengan rakan-rakan mereka. 
Mereka mengaku hanya meminjam 
sesuatu permainan namun, si punya 
permainan tidak tahu yang anak anda 
mengambil tanpa meminta terlebih 
dahulu. Jika hal ini dibiarkan, 
lambat-laun anak anda mungkin akan 
terbiasa dengan aktiviti mencuri.


Cara mengatasinya: 

Perhatikan perkembangan anak secara 
berterusan. Jika anda mengetahui anak 
anda membawa pulang atau mengambil 
barang yang bukan miliknya, cuba 
nasihati dan minta dia untuk 
mengembalikan barang tersebut 
kepada tuan asal nya.


p/s: Perilaku anak-anak semasa 
kecil akan mempengaruhi perilakunya 
saat dewasa kelak.. Jika korang 
inginkan mempunyai anak yang baik, 
didik anak-anak korang dengan baik 
sejak dari kecil lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Kecik kecik ikut Pavlov theory, bila makin membesar kena kurangkan dan lbhkan psychology.
TP aku rasa, kbnykn org ikut angin je, stghnya pulak ikut sukahati dia la, anak dia katanye.