Tuesday 8 April 2014

KEJATUHAN KERAJAAN BANI 'ABBASIYYAH-PART 1.






1.0       PENDAHULUAN

Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah (‘Arab: نيدساّبعل al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. 


Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. 

Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.

 Golongan ‘Abbasiyah merupakan sebahagian daripada Bani Hashim (Al-Hashimiyah) kerana merupakan keturunan Al-‘Abbas bin ‘Abdul Mutalib bin Hashim, salah seorang bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. dan sempat hidup bersama r.a dan melihatnya sebagai pemimpin agung umat Islam. Al- ‘Abbas terlibat secara aktif pada zaman Jahiliah iaitu menguruskan Jabatan Al-Siqayah dan Al-Rifadah.


2.0       KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH       


2.1       Revolusi ‘Abbasiyyah




Pembunuhan Husayn bin Ali di Karbala telah menyebabkan seluruh puak Syi’ah bersatu dan menyebabkan bertambah kuat seruan untuk keluarga Ali, sehingga menimbulkan perselisihan dan pemberontakan yang tidak putus-putus disetiap pelusuk negeri. 


Rentetan daripada itu, tercetuslah suatu peristiwa penting dalam sejarah Syi’ah iaitu pertukaran kekuasaan Imam dari Bait Ali kepada Bait Abbas, ditangan Abu Hashim bin Muhammad bin al-Hanafiyah, ketua Sya’ah al-Kaysaniyyah.



            Peristiwa ini berlaku pada tahun 98 H, apabila Sulaiman bin Abdul Malik menjemput Abu Hashim ke istananya dan menunjukkan kebaikannya. 


Tetapi sebaliknya khalifah merancang untuk membunuh Abu Hashim dengan memberinya racun, kerana seruan yang dilakukan oleh Abu Hashim. 


Apabila dia berasa dia akan mati, Abu Hashim pergi ke suatu kampung bernama al-Hamimah yang terletak di Shurah, iaitu antara Aham dan Jijaz di mana tempat Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bersembunyi. 


Di sana Abu Hashim menyerahkan kuasanya sebagai Imam kepada Syi’ah dan menyampaikan segala maklumat serta dokumen penting pergerakan mereka beserta senarai nama kakitangan gerakan itu di Kufah. Dengan itu berpindahlah kuasa Imam (pemerintah) Syi’ah dari Alawiyyah kepada ‘Abbasiyyah.



            Walau bagaimanapun, penyerahan ini dirahsiakan daripada pengetahuan pengikut-pengikut Syi’ah kerana mengelakkan perpecahan dalam gerakan mereka untuk menjatuhkan Bani Umayyah. 

Mereka telah menggunakan slogan “Keluarga Nabi” dalam seruan mereka. Perhubungan diantara Alawiyyin dan Abbasiyyah adalah sangat rapat. Kedua-dua keluarga ini bersatu bagi menghadapi musuh yang sama iaitu Bani Umayyah.


2.2       Pengenalan Kepada Bermulanya        
 Bani ‘Abbasiyyah

Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah telah ditubuhkan apabila Abu al-‘Abbas ‘Abdullah bin Muhammad al-‘Abbasi atau lebih dikenali sebagai al-Saffah dilantik oleh penduduk Kufah sebagai Khalifah negara Islam. 


Penubuhannya dianggap sebagai suatu kemenangan iaitu selepas kejayaan menewaskan Khalifah Bani Ummaiyah yang terakhir iaitu Khalifah Marwan bin al-Hakam II bin Muhammad pada tahun 132 H. 


Kemenangan ini juga adalah kemenangan dalam merealisasikan idea yang dianjurkan oleh kalangan Bani Hasyim selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w agar jawatan khalifah diserahkan kepada keluarga Rasululah dan sanak sudaranya.


Kerajaan ini berterusan dalam jangka masa yang agak panjang iaitu kira-kira 500 tahun. Kerajaan Abbasiyyah telah diterajui oleh 37 orag khalifah yang kesemuanya daripada keturunan bapa saudara kepada Nabi iaitu al-‘Abbas bin ‘Abd Mutalib.


Pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah bermula pada tahun 132 H / 749 M seiring dengan runtuhnya pemerintahan Bani Ummaiyah. Pemerintahan kerajaan Bani ‘Abbasiyyah runtuh pada tahun 856 H bersamaan 1258 M setelah orang-orang Mongol menghancurkan Baghdad dan membunuh khalifah terakhir Bani ‘Abbasiyyah. 


Oleh yang demikian, Bani ‘Abbasiyyah menjadi pemerintah selama 524 tahun iaitu dari tahun 132 hingga 656 H.

Pemerintahan kerajaan Bani ‘Abbasiyyah boleh dibahagikan kepada dua jangka masa seperti yang ditulis oleh ramai sejarawan.
                    


 i.            Pemerintahan ‘Abbasiyyah jangka masa I :

Jangka masa ini bermula dari tahun 132 hingga 247 H bersamaan 749 hingga 861 M. jangkamasa ini merupakan tempoh masa kejayaan para khalifah ‘Abbasiyyah. Untuk jangka masa ini, kerajaan ‘Abbasiyyah diperintah oleh sepuluh orang khalifah.
                  

 ii.        Pemerintahan ‘Abbasiyyah jangka masa II :
Bagi jangka masa kedua, ia bermula dari tahun 247 hingga 656 H bersamaan 861 hingga 1258 M. Ketika ini ialah jangka masa pemerintahan ‘Abbasiyyah dikuasai oleh pembesar atau menteri yang di lantik oleh khalifah dan khalifah yang memerintah untuk tempoh masa ini ialah seramai 27 orang.


3.0       PENTADBIRAN KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH

Dalam struktur pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah, khalifah merupakan tonggak utama kepada kerajaan. Namun begitu, khalifah boleh mewakilkan urusan berkaitan pentadbiran awam kepada wazirnya, manakala urusan kehakiman kepada qadi (hakim) serta urusan pertahanan kepada panglima angkatan tenteranya. 

Di era permulaan kerajaan ‘Abbasiyyah, tugas-tugas khalifah adalah berdasarkan kepada cara dan tradisi Parsi dan ketika khalifah ke 8 iaitu khalifah Muhammad bin Harun bin Muhammad (al-Mu’tasim) sehingalah khalifah yang terakhir iaitu khalifah Abdullah bin al-Mustanshir Billah (al-Musta’sim), nama Allah disebut pada hujung nama khalifah tersebut. 


Mengikut tradisi ini, khalifah hendaklah menentukan bakal penggantinya iaitu dari kalangan sanak saudaranya sendiri yang pada pandanganya berkebolehan dan dirasai layak 
dilantik sebagai pemimpin.
 
Manakala wazir pula adalah jawatan yang kedua selepas khalifah dalam urusan pentadbiran dan dianggap sebagai orang yang paling rapat dengan khalifah. 

Selain itu, pentadbiran kerajaan ‘Abbasiyyah juga menubuhkan beberapa buah jabatan bagi melancarkan urusan pentadbiranya. 

Antara jabatan-jabatan yang ditubuhkan ialah jabatan kewangan, jabatan penyelaras, jabatan penimbang rayuan, jabatan cukai, jabatan polis dan sebagainya. 

Kesemua ketua-ketua jabatan ini akan menjadi anggota kepada sebuah majlis yang dipengerusikan oleh wazir dan jabatan yang paling susah dan sulit ialah jabatan cukai dan jabatan polis. 

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, wilayah kerajaan ‘Abbasiyyah dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian ditadbir oelh seorang gabenor. 

Namun begitu pembahagian wilayah ini selalu berubah. Gabenor yang mentadbir wilayah-wilayah ini dilantik dengan persetujuan wazir dan bertukar-tukar ekoran daripada perubahan pucuk pimpinan bagi jawatan wazir. 

Bagi hasil yang diperolehi oleh sesebuah wilayah pula, ianya akan dibelanjakan untuk kepentingan dan pembangunan wilayah itu sendiri dan jika tidak mencukupi, gabenor yang mentadbir wilayah tersebut akan memohon bantuan kewangan daripada khalifah.


3.2       Khalifah-Khalifah Kerajaan Bni ‘Abbasiyyah

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah dibahagikan kepada dua jangka masa. Jangka masa pertama bermula dari tahun 132 hingga 247 H yang diperintah oleh sepuluh orang khalifah dan jangka masa kedua bermula dari tahun 247 hingga 861 H yang  diperintah oleh 27 orang khalifah.

            

3.2.1    Khalifah Jangka Masa Pertama (132 hingga 247 H / 749 hingga 861 M)

Senarai khalifah yang memerintah untuk jangka masa ini ialah :

i.                    Abu ‘Abbas ‘Abdullah bin Muhammad (al-Saffah) – (132-136 H /  749-753 M)
ii.                  Abu Ja’far ‘Abdullah bin Muhammad (al-Mansur) – (137-158 H / 753-774 M)
iii.                Muhammad bin ‘Abdullah bin Muhammad (al-Mahdi) – (158-169 H / 774-785 M)
iv.                Musa bin Muhammad bin ‘Abdullah (al-Hadi) – (169-170 H / 785-786 M)
v.                  Harun bin Muhammad bin ‘Abdullah (al-Rasyid) – (170-193 H / 786-808 M)
vi.                Muhammad bin Harun bin Muhammad (al-Amin) – (193-98 H / 808-813 M)
vii.              ‘Abdullah bin Harun bin Muhammad (al-Ma’mun) – (198-218 H / 813-833 M)
viii.            Muhammad bin Harun bin Muhammad (al-Mu’tasim) – (218-227 H / 833-841 M)
ix.                Harun bin Muhammad bin Harun (al-Wathiq) – (227-232 H / 841-861 M)
x.                  Ja’far bin Muhammad bin Harun (al-Mutawakkil) – (232-247 H / 846-861 M)



3.2.2    Khalifah Jangka Masa Kedua (247 hingga 656 H / 861 hingga 1258 M)
Senarai khalifah yang memerintah untuk jangka masa ini ialah :

i.                    Muhammad bin Ja’far al-Mutawakkil (al-Muntasir) – (247-248 H / 861-862 M)
ii.                  Ahmad bin Muhammad al-Mu’tasim (al-Musta’in) – (248-252 H / 862-866 M)
iii.                Muhammad bin Ja’far al-Mutawakkil (al-Mu’taz) – (252-255 H / 866-868 M)
iv.                Mihammad bin Harun al-Wathiq (al-Muhtadi) – (255-256 H / 868-869 M)
v.                  Ahmad bin Ja’far al-Mutawakkil (al-Mu’tamid) – (256-279 H / 869-892 M)
vi.                Ahmad bin Thalhab bin Ja’far (al-Mu’tadhid) – (279-289 H / 892-901 M)
vii.              ‘Ali bin Ahmad al-Mu’tadhid (al-Muktafi) – (289-295 H / 901-907 M)
viii.            Ja’far bin Ahmad al-Mu’tadhid (al-Muqtadir) – (295-320 M / 907-923 M)
ix.                Muhammad bin Ahmad al-Mu’tadhid (al-Qahir) – (320-322 H / 932-933 M)
x.                  Muhammad bin Ja’far al-Muqtadir (al-Radhi) – (322-329 H / 933- 940 M)
xi.                Ibrahim bin Ja’far al-Muqtadir (al-Muttaqi) – (329-333 H / 940-944 M)
xii.              ‘Abdullah bin al-Muktafi (al-Mustakfi) – (333-334 H / 944-945 M)
xiii.            Al-Fadhl bin Ja’far al-Muqtadir (al-Muthi’) – (334-363 H / 945-973 M)
xiv.            ‘Abdul Karim ibnul Fadhl al-Muthi’ (al-Tha’i) – (363-381 H / 974- 991 M)
xv.              Ahmad bin Ishaq ibnul Muqtadir (al-Qadir) – (381-422 H / 991- 1031 M)
xvi.            ‘Abdullah bin Ahmad al-Qadir (al-Qaim) – (422-467 H / 1031- 1075 M)
xvii.          ‘Abdullah bin Muhammad ibnul Qaim (al-Muqtadi) – (467-487 H / 1075-1094 M)
xviii.        Ahmad bin ‘Abdullah al-Muqtadi (al-Mustazhir) – (487-512 H / 1094-1118 M)
xix.            Al-Fadhl bin Ahmad al-Mustazhir (al-Murtasyid) – (512-529 H / 1118-1135 M)
xx.              Manshur ibnul al-Fadhl al-Murtasyid (al-Rasyid) – (529-530 H / 1135-1136 M)
xxi.            Muhammad bin Ahmad al-Mustazhir (al-Muqtafi) – (530-555 H / 1136-1160 M)
xxii.          Yusof bin Ahmad al-Muqtafi (al-Mustanjid) – (555-566 H / 1160- 1170 M)
xxiii.        Al-Hasan bin Yusof al-Mustanjid (al-Mustadhi’) – (566-575 H / 1170-1180 M)
xxiv.        Ahmad ibnul Hasan al-Mustadhi’ (al-Nashir) – (575-622 H / 1180-1225 M)
xxv.          Muhammad bin Ahmad al-Nashir (al-Zhahir) – (622-623 H / 1225- 126 M)
xxvi.        Manshur bin Muhammad al-Zhahir (al-Mustanshir) – (623-640 H / 1226-1242 M)
xxvii.      ‘Abdullah bin Manshur al-Mustanshir (al-Mu’tashim) – (640-656 H / 1242-1258 M) 

 
4.0       ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH

Kerajaan ‘Abbasiyyah mula mencapai tahap kegemilangannya ketika zaman pemerintahan khalifah Harun bin Muhammad bin ‘Abdullah (al-Rasyid), yang bermula sekitar tahun 170 hingga 193 H bersamaan 786 hingga 808 M. Antara faktor kegemilangannya ialah :

            

4.1       Penterjemahan Ilmu Pengetahuan Secara Meluas

Oleh kerana tidak memiliki buku ilmiah yang lengkap, maka buku-buku dari bahasa asing diterjemahkan secara besar-besaran ke dalam bahasa Arab. Kerja-kerja penterjemahan ini adalah penting dan dianggap sebagai sumber pemikiran Islam di samping al-Quran dan Hadis. Untuk tujuan itu, mereka terlebih dahulu perlu mempelajari bahasa-bahasa asing sehingga lahirlah pera cerdik pandai yang mampu menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Parsi, Yunani, Hindu dan lain-lain. Jabir bin Hayyan yang terkenal dalam kalingan masyarakat Eropah adalah salah seorang penterjemah Islam yang cekap dan bijak. Dia juga merupakan seorang ahli sains dan sasterawan terbilang di era kerajaan ‘Abbasiyyah.
            
Aktiviti penterjemahan sampai ke kemuncaknya di era pemerintahan khalifah ‘Abdullah bin Harun bin Muhammad (al-Ma’mun). Ketika ini ditubuhkan sebuah akademi khas di Baghdad yang bertanggang jawab untuk tugas-tugas menterjemah buku-buku penting dari pelbagai bahasa ke bahasa Arab. Akademi ini diketuai oelh Yahya bin Masaweh, juga seorang yang bertanggang jawab menterjemah banyak buku perubatan untuk khalifah Harun al-Rashid.


4.2       Kemajuan dalam Bidang Astronomi

Khalifah al-Ma’mun juga merupakan pelopor utama dalam bidang astronomi. Beliau telah membina pusat penyelidikan dalam bidang astronomi yang dilengkapi dengan peralatan yang agak sempurna dan lengkap di Baghdad. Tujuannya ialah untuk mengetahui pergerakkan bintang dilangit agar mereka dapat mengetahui musim dan pergerakan angin. Ini berbeza dengan ahli astronomi sebelum kedatangan Islam yang menggunakan ilmu astronomi untuk menilik nasib manusia.

4 comments:

Anonymous said...

Kau cerita kisah zaman kejatuhan Islam. Baguslah untuk rujukan.

Maselahnya kita orang Islam sendiripun belum maju. Cuba lihat zaman kegemilangan Islam dulu.. Agak2 mereka bekerjasama dengan bangsa/ugama lain tak????

Janganlah taksub dengan Melayu tuhhh. Brand 'Melayu' tu pun sekrang ramai bangsa mamak(yang tamak saja) dah ambil guna.

Kutukandewata said...

apa masalah kau?kau nak buang melayu pada diri kau,kau punya pasal.orang melayu pun tak memerlukan orang macam kau untuk bela melayu!

jatuhnya kerajaan abassiyah kerana bangsa lain menguasai bangsa arab seperti mana islam pas dikuasai kristian dap! takut dan akur aje pada perintah dap!

hudud nak di bawa pas pun ditentang habis-habisan oleh dap!puja lah cina dap tu!

Anonymous said...

Melayu mana boleh dibuang. Yang penting bekerjasama dengan bangsa lain yang mahu bekerjasama menaikkan negara ini.

Bukan bekerjasama dalam masa sama songlap harta Melayu sejak 50 tahun dulu.

Kalau nak cerita zaman kegemilangan Islam. Ingatlah satu perkara. Nabi = seorang pemimpin dan masum dalam peliharaan ALLAH. Pemimpin Islam selepasnya manusia biasa. Akan ada yang buat salah atau lalai dalam kemewahan. Ia akan ditentang dan dijatuhkan samada orang Islam sendiri atau bukan Islam. Bukan pasal BANGSA bang..

So, samalah keadaan negara kita sekarang. Kalau dah 50 tahun dan nampak makin teruk. Lebih baik kita jatuhkan dalam pru depan.

Dalam kontek ni terpaksalah bergabung dengan DAP kerana MCAas pun 2x5 dengan amano. Yang DAP tentang ialah kepura-puraan barisan nak sokong hudud bagi jadi kacau bilau pakatan.

Bukan puja DAP. BEKERJASAMA. Buanglah perasaan benci kat DAP tu. Kau faham kafir harbi??? Tak maunyer mereka duduk sepentas dengan Pakatan.

Kalau betul DAP tu kafir harbi dah lama dia kenyit mata kat puak kafir di luar Malaysia kasi picit perut barisan. Semua ni persepsi yang ditanam bang...

Kita ubah. Ok?




Kutukandewata said...

cuba lah ubah,itu hak kau!masing2 ada strategy.kalau pembangkang pemimpinnya lagi teruk dari BN,insyaallah Allah akan terus berikan amanah kepada UMNO.semua keburukan itu hanya lah tuduhan musuh umno! nak heran apa,sbb PR pun lebih banyak buruk dari baiknya.tunjukkan pemimpin PR yang bagus! aku nak semak!