Sunday, 2 March 2014

Petua Menghilangkan Jerawat!!!




Suatu masa dulu saya pernah menghadapi 
masalah jerawat dan kulit berminyak yang 
agak teruk. Masalah ini mencacatkan 
penampilan saya yang sentiasa 
mahu kelihatan cantik dan berseri. 


Pelbagai produk telah saya cuba 
untuk mengurangkan masalah 
ini termasuklah produk mahal, 
murah, local, oversea. Namakan 
saja, segala-galanya telah 
saya cuba namun hasilnya - nothing! 


Masalah ini terus membelenggu saya 
sehinggalah pada suatu hari saya 
terjumpa satu petua di dalam satu 
majalah (maaf, saya dah lupa 
nama majalah tersebut). Petua 
tersebut menyarankan supaya 
menggunakan kacang hijau 
untuk menghilangkan masalah 
jerawat ini. Caranya :


Kisarkan segenggam dua kacang hijau 
sehingga halus. Untuk mendapatkan 
tekstur yang halus dan gebu, kacang 
hijau yang dikisar itu perlu ditapis 
(guna penapis yang agak jarang). 


Serbuk kacang hijau ini digunakan 
dengan cara mencampurkannya 
dengan sedikit air dan kemudian 
sapukan ke seluruh bahagian 
muka sebelum mandi pada setiap hari. 


Ramuannya jangan terlalu pekat dan 
jangan terlalu cair. Sedang-sedang ajer. 
Biarkan sehingga kering barulah dicuci. 
Saya menggunakan air biasa sahaja 
untuk mencuci ramuan ini. Tapi menurut 
makcik bidan di kampung saya, 
bahagian muka lebih baik jika 
dicuci dengan air suam-suam 
kuku yang telah dimasak terlebih 
dahulu. 


Amalkan petua ini sekali setiap hari. 
Ia juga boleh digunakan untuk 
menghilangkan jerawat di badan 
(yang biasanya terjadi di bahagian 
belakang badan). Cara penggunaannya 
adalah sama dengan cara di atas 
kecuali anda memerlukan suami 
atau ibu anda untuk menyapukanya!


Anda juga boleh menyapukan ramuan 
serbuk kacang hijau ini hanya pada 
bahagian yang berjerawat sahaja. 
Saya sering melakukan ini 
apabila tidak berkesempatan!


Sebelum bertemu dengan ramuan
hijau ini, saya tidak pernah 
percaya pada kecantikan menggunakan 
bahan semulajadi. 


Tetapi kini saya lebih yakin dengan 
bahan semulajadi berbanding 
produk-produk kecantikan yang 
melambak di luar sana. Mungkin 
juga kulit muka saya ini jenis 
"murahan" sahaja, sebab itulah 
tidak memerlukan "high 
maintenance!"-keluangtoday

Apa kata anda mencubanya

No comments: