Saturday, 1 March 2014

Mencintai Nabi Muhammad S.a.w. Tanpa Kehilangan Jesus!!!


Manuela-Mirela: Mencintai Muhammad Saw Tanpa Kehilangan Jesus!!!


Sekadar hiasan





















Manuela-Mirela Tanasecu, perempuan yang berasal dari Bucharest, Romania ini lahir sebagai anak tunggal di dalam keluarga yang menganut agama Kristian Ortodoks. 


Meskipun pegangan agama tdak terlalu kuat, keluarga Mirela percaya akan wujudnya Tuhan. Mirela mula mengenali Islam daripada seorang da'i yang berasal dari Tebing Barat, Palestin, Walid Sulaiman yang kini telah menjadi menjadi suaminya.

Sebelum mengenali Walid, beliau sudah tertarik dengan Islam setelah berkunjung ke beberapa negara Islam seperti Jordan, Syiria, Iran, Pakistan, Malaysia dan Indonesia. 

Setelah berkahwin dengan Walid pada tahun 1991 di Bucharest, Mirela tekad untuk menjadi Islam. Beliau mengucapkan dua kalimat syahadat di Iran, ketika melakukan kunjungan ke negara itu.

Mirela tertarik dengan Islam kerana ajran-ajaran Islam sangat jelas dibandingkan dengan ajaran-ajaran di dalam agama Kristian. Sebagai contoh, Triniti yang dinilainya cukup samar-samar, membingungkan dan sukar untuk difahami. "Ajaran Triniti tidak ada di dalam Islam yang mengajarkan monoteisme yang sepenuhnya (satu tuhan) ," kata Mirela.

Ajaran triniti yang memeningkan Mirela

Beliau menilai umat Islam lebih serius dalam masalah agamanya dibandingkan dengan penganut Kristian pada umumnya. "Umat Islam solat lima waktu sehari, sedangkan penganut Kristian ke gereja hanya pada hari Minggu dan kebanyakan yang datang ke gereja adalah orang-orang yang sudah tua," ujarnya.

Salah satu perbezaan yang sangat ketara antara Islam dan Kristian, sambung Mirela, Islam sangat menghormati dan memuliakan para nabi dan rasulnya, tanpa ada pengecualian.

 "Ini merupakan punca kekuatan di dalam Islam, yang menunjukkan bahawa siapa saja yang mencintai Jesus boleh memeluk Islam tanpa perlu menghentikan rasa cinta terhadap Jesus. Ini kerana Islam mengajar umatnya untuk meyakini dan mencintai para rasul Allah Swt," kata Mirela.

"Jadi, boleh saya katakan bahawa menjadi seorang muslim, saya mencintai dan memuliakan Rasulullah Muhammad Saw tanpa harus kehilangan Jesus yang dikenali sebagai Nabi Isa a.s di dalam Islam," tambahnya.

Perjalanan Mirela ke beberapa buah negara Islam membuka matanya bahawa umat Islam adalah masyarakat yang ramah, dermawan dan suka membantu sesiapa saja yang memerlukan bantuan. 

Sebelum mengenali Islam, Mirale memiliki pandangan yang negatif terhadap Islam kerana Islam membenarkan seorang suami beristeri sehingga empat orang. 

Mirale menganggap peraturan itu merendahkan darjat perempuan. Tetapi beliau perhatikan lelaki muslim sangat prihatin terhadap keluarga dan isterinya dibandingkan lelaki Barat bukan Islam.

Mirale mengatakan, Barat telah tersalah menilai Islam yang dianggap merendahkan kaum perempuan. Pandangan itu muncul kerana Barat menerima informasi yang salah dan tidak memahami ajaran Islam yang sebenarnya. 

Mirale tidak menafikan bahawa ada segelintir orang Islam yang menimbulkan pandangan yang salah terhadap Islam seperti berperilaku tidak seperti dalam kehendak ajaran Islam.

Sebagai muslimah, Mirale menasihati para muslimah lainnya agar tidak mencontohi gaya hidup kaum perempuan Barat. Menurutnya, kaum perempuan di Barat sebenarnya sudah menjadi sangat materilistik dan menolak hidup beragama.

"Barat mengatakan mereka telah membebaskan perempuan. Padahal jika dikaji dengan mendalam, kaum perempuan di ,Barat sebenarnya dilayan seperti binatang dan dijadikan sebagai 'dagangan' serta objek seksual yang dibanggakan.

 Setelah saya mengenali Islam, saya boleh mengatakan bahawa tidak ada agama yang memuliakan perempuan selain Islam," tutur Mirale.

No comments: