Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri.
Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri
sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana
suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga
menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan
berusia 10 bulan.
JAWAPAN:
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal
melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk
mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan
mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan
keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan
dengan keinginan ini.
Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan
keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di
antaranya;
psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya
membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati
keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang
diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam
mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah,
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai
kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara
yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu
dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan
menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai
Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun
itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah
kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu
perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu
di mana ia boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak
sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak.
Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut,
seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang
menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada
secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika
berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih
baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang
menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami.
Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu anak
susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.Wallahualam!!!!
3 comments:
keeeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.ada setengah orang u sampai main berebut2 dengan anak,ok le u,tapi bagi le anak yang menanglepas u abah punyaaaaaaaaaaaaa
Bila pulak kau jadi ustaz UMNO ?
hukum dan hakam bukan ustaz yang punya.itu semua Allah yang punya.kita sebagai makhluk ikut aje.
ulamak jadi panduan ke arah kebenaran.kita yang jahil kenalah belajar dan meneroka ilmu yang ada.sekurang-kurangnya lepas untuk diri sendiri pun dah seribu rahmat.
anon di atas luculah.nampak ceria sangat.semoga Allah memberkati keluargamu.
Post a Comment