Wednesday, 30 September 2015

Bedah Punggung Paling Popular Di England???


Kenapa??? 



Untuk mendapatkan punggung yang indah wanita Inggeris saat ini banyak menempuh cara cepat, yakni dengan implan punggung. Pembesaran tersebut kini menjadi operasi kecantikan paling popular di Negeri Ratu Elizabeth itu.

Jika beberapa waktu lalu, operasi pembesaran payudara sangat popular, kini para wanita Inggeris beralih ke pembesaran punggung. Seperti dilapor dari Female First, alasan wanita membesarkan punggung kerana mereka ingin lebih percaya diri dan menarik secara seksual.

Padahal di balik keseksian punggung kerana implan itu, ada efek yang membahayakan. Penyanyi hip-hop Inggeris Claudia Aderotimi meninggal setelah doktor ilegal memasukkan silikon ke bahagian punggungnya.

Sejak kes Claudia tersebut belum ada penelitian lebih lanjut tentang efek buruk dari implan punggung. Namun para dokter menyarankan agar memilih ahli yang profesional dan berkelayakan ketika memutuskan untuk mengoperasi punggung.

Dr Dai Davies, ahli bedah kosmetik menanggapi tentang implan punggung. Menurut doktor Inggeris itu, pembesaran punggung semakin popular, sayangnya ramai orang yang melakukannya dengan doktor tak berkelayakan.

"Implan punggung di Inggeris belum pernah sepopular seperti sekarang ini. Akan tetapi banyak orang yang mengunjungi alternatif doktor yang lebih murah. Kita melihat ada konsekuensi yang mengerikan ketika memilih doktor ilegal," ujar Davies.

Daripada menempuh jalur berisiko, sebaiknya pilih cara alami untuk memperbesar punggung.

BR1M MEMBEBANKAN KERAJAAN???



HENTIKAN BANTUAN BR1M PADA RAKYAT DAN GUNAKAN WANG ITU UNTUK BANTU SYARIKAT-SYARIKAT BESAR SEPERTI YANG TUN MAHATHIR BUAT MASA DIA BERKUASA DULU.

BERIKAN PADA SYARIKAT ANAK-ANAK DAN KRONI-KRONI DIA....

Tak apalAh BR1M  tu untuk rakyat.Melayu kita pun bukannya ramai  yang kayaraya..


Beri BR1M kat ibu-ibu tunggal,warga-warga emas, dapat berbelanja kerana bukan semua anak-anak dapat beri wang kepada ibubapa mereka.


Jika Najib tak ada, BR1M akan dimansuhkan. Tak ada lagi duit ehsan untuk nak berbelanja lebih sikit setahun 3 kali.


Itu idea budak-budaklah.Tujuannya biar rakyat bawahan marah kepada kerajaan. Lagi senanglah dia nak hentam kerajaan yang ada ye.Dulu siapa yang beria-ia buat subsidi ni semua.Yang pakai kereta besar yang untung.


Lepas tu suruh hapuskan BR1M pulak.Ini nak tolong orang ke apa?Kerajaan ini semua setelah ambil kira keupayaan negara.Tunggu bulan Oktober ni. Jangan Tun terperanjat pulak. 


Bukan PR sakit jantung,Tun sakit yang dulu berulang semula bahaya tu.


BR1M untuk rakyat Malaysia...orang umno ke, pas ke, dap ke, pkr ke, atas pagar ke dll. Jadi tak  ade istilah rasuah politik. Tak ade istilah beli undi.


BR1M bagi yang tahu appreciate bernilai sangat.Yang dah kaya senang lenang memang tak pandang pun BR1M tu. Terserah lah nak tafsirkan macam mana pun
Yang penting duit tu dapat kat rakyat bukan kat kroni.


Dah lah. Dah 22 tahun memerintah sekupang haram 
pun tak bagi wang untuk rakyat.Bila PM sekarang bagi 
dia pulak yang lebih-lebih suruh hentikannya..
Tu pun ada lagi yang cakap jasa dia bina KLCC dan Putrajaya tu demi kemudahan rakyat.Aku nak tanya 
apa kemudahan yang rakyat dapat dari klcc tu?
Setakat berbangga je boleh beli beras ke???


Aku konpius dengan Tun M ni. Dulu  aku penyokong kuat dia. Tapi akhir-akhir ini tak berapa minat  dah kat dia. Kenapa dia berani bsuara? Anak dia kecut telur diam. 


Padahal dalam kerajaan anak dia jaga jawatan ke?. Najib tu kalau jahat lama dah dia buang Mukhriz tu. Kenapa Muhkriz diam aje. Mukhriz tu macai Najib ke? Gitu...
Ke nak jaga jawatan aje? 


Sebab bapak dia dok beria sangat serang bagai nak rak Najib supaya tumbang dan naikkan team mahathir @k@ mukhriz balik? 


Kalau Najib kotor, cara Tun pun lagilah tahinya.........!!!

RAJUKAN HATI SEORANG TUA! HARI-HARI TERAKHIR SEORANG NEGARAWAN!!!



Saya Dah Tua, Tidak Mampu Berfikir, Nyanyuk – Tun Mahathir




Kuala Lumpur – “Saya tua, saya tidak berapa sihat, tidak mampu berfikir, nyanyuk,” kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membalas penyertaan kemungkinan dia akan ditahan selepas ini mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta Sosma 2012).

Mengulas mengenai penangkapan bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, beliau mengulangi bahaya undang-undang yang dibentuk bagi membantu menentang keganasan, berkata sesiapa yang didapati bersalah di bawah undang-undang itu boleh menghadapi hukuman penjara seumur hidup.

“Saya mungkin ditahan di bawah undang-undang baru (Sosma) saya sendiri, dan mungkin terpaksa menghabiskan seluruh hidup saya di penjara. Malah, nyanyuk bukan alasan untuk memperkatakan perkara yang salah di bawah undang-undang ini.”

Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat itu menambah, dia belum lagi dipanggil untuk disoal siasat oleh polis yang menyiasatnya di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan pada perhimpunan Bersih 4, bulan lalu.

Beliau menegaskan, hakikatnya Sosma telah diluluskan oleh Parlimen bagi menggantikan yang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak lagi digunakan.

“Dengan ISA, anda boleh disemak semula selepas dua tahun dan kadang-kadang anda juga boleh dikeluarkan sebelum tempoh yang ditetapkan, terpulang, tetapi dengan Sosma, anda boleh dipenjarakan seumur hidup” kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Khairuddin ditahan di kediamannya di Mont Kiara dua minggu lalu, berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khairuddin, yang kemudian dibebaskan, ditahan semula di bawah Sosma selama 28 hari tanpa dibicarakan.

TIADA SESIAPA PUN YANG KEBAL DARIPADA UNDANG-UNDANG!!!




Sampai berbulu telur .......


Kiri kanan atas bawah siang malam pagi petang subuh senja Tun M dan macai-macai PR hentam pasal 1MDB. Tapi satu bukti pun tidak ada yang dikemukakan.


Sampaikan si bangkrap pun sanggup nak minta tolong dengan FBI. Kemukakan la bukti walaupun satu. Bukan hanya tuduhan semata-mata.


Yang menuduh tu tentu ada yang tak puas hati dengan DS Najib. Ada permintaan mereka yang DS Najib tidak penuhi. Oleh itu pelbagai tuduhan tanpa bukti dilemparkan dengan harapan DS Najib akan berundur apabila menerima tekanan. 


Mereka sanggup menggunakan pelbagai cara kotor seperti memberikan maklumat palsu kepada pihak luar yang memang sangat memusuhi Malaysia.


Tun M dan konco-konconya sila kemukakan bukti berkenaan tuduhan terhadap 1MDB. Jika tidak tentu sanjungan terhadapmu sebagai Negarawan akan bertukar menjadi Nerakawan ......


Tun M ada agenda lain bukan kerana 1MDB sangat... Kerana Taukey-taukey. Naga tak boleh nak buat duit pasal tu dia melalak..


Dia kini aku kira pengkhianat bangsa kerana dia bukan saja mahu menjatuhkan najib tapi meruntuhkan parti yang selama ini mendaulatkan tiang seri bangsa Melayu..


Dia boleh menunjukkan diri di himpunan Bersih tapi apabila himpunan solidariti Melayu  diatidak menampakkan muka. Kini pula menuduh umno menjadi dalang tapi pengurusi Bersih mendapatkan biayaan berjuta ringgit dan membayar pada peserta dia menyepi.


Nampak sangat perangai hipokritnya!!!

Dia saban hari tidak ambil kisah dengan undang-undang yang ada.Negara dipaksa mengharungi kacau bilau. Ada dia kisah dengan tambahan masalah setiap hari dengan agenda dia yang meracuni pemikiran rakyat ???


Aku hairan kenapakah pihak berkuasa tidak ambil tindakan.Kalau orang kerdil yang melakukan direman beberapa hari walhal Mahathir lakukan lebih dahsyat dari orang yang direman. 


Sekali lagi adakah PDRM takut menangkapnya? Dia kini sudah jadi rakyat biasa malahan boleh dikata kan dia makin berani mengapi-apikan pemikiran rakyat jelata.


Kini Keadilan dipersoalkan. Apakah dia kebal terhadap undang-undang yang sedia ada?


Negara sedang menghadapi kemelut yang aku kira akan membawa keruntuhan.


Kenyataan dia selalu sangat ikut sedap 
mulut tanpa fakta yang tepat!


Tuesday, 29 September 2015

9 Nafsu - Perempuan Tak Pernah Puas!!!



Puas??? Perempuan sememangnya tak pernah puas, dek kerana itulah selalunya perempuan yang akan mencari sesuatu yang lebih daripada sepatutnya semata-mata untuk kepuasan diri. Boleh dikatakan apa sahaja perkara dalam hidup, perempuan selalunya mahu lebih.

Anda mungkin biasa dengar, perempuan punyai 1 akal dan 9 nafsu. Nafsu ini melebihi akalnya, lalu menjadikan mereka sering terdorong dengan keinginan dan kehendak. 


Aku bukan berkata soal seks, kerana mungkin sesetengah dari anda yang baca blog aku ini fikir aku akan ketengahkan soal seks. Tapi sebenarnya, nafsu perempuan lebih daripada itu. Lihat sahaja cara perempuan berpakaian. Ada rantai, ada gelang, ada talipinggang, kasut, itu dan ini... banyak benda yang memungkinkan mereka akan terdorong untuk keinginan dan kehendak yang melebihi daripada seorang lelaki.
 

Hinggakan kepada seluar dalam dan baju dalam pun perlu memenuhi kehendak kepuasan mereka.
 

Kalau mahu cantik, mereka mahu cantik sampai ke dalam kubur.
 

Andai mahu bergaya, mahu bergaya sampai ketika bersholat pun mahu pakai telekung renda berbunga.
 

Apabila menutup aurat dengan memakai tudung, fesyen tudung mesti yang terkini.
 

Mungkin kerana inilah, mereka ini sering dilabel sebagai golongan makhluk yang kurang bersyukur, yakni kufur dengan apa yang mereka telah ada. Lalu, kerana sebab inilah, mereka bakal menghuni banyak isi tingkatan neraka.
 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (H.R Bukhari)
Wahai perempuan, belajarlah cara untuk berpuas hati dan kenal diri dengan rasa syukur. Mahu cantik boleh, mahu kaya boleh, mahu jadi hebat boleh, tapi jangan sampai berlebih, jangan sampai anda kufur dengan segala nikmat dan kelebihan yang diberikan Tuhan kepada anda.