Monday, 25 May 2015
PERGILAH KE MANA-MANA TEMPAT YANG KAU SUKA! MALAYSIA TAK RUGI PUN!!!
KUALA LUMPUR 24 Mei - Aktivis sosial, Marina
Mahathir berkata akan meninggalkan negara ini, sekiranya Malaysia melaksanakan Hudud di
bawah undang-undang Syariah Islam.
“Saya tidak boleh hidup di negara di mana
manusia mahu memotong tangan manusia lain,
atau mahu merejam manusia dengan batu
sehingga mati, saya minta maaf.
“Saya tidak akan tinggal di negara Arab Saudi,
misalnya. Saya tidak mahu tinggal di negara
di mana hukum ini adalah polisi negara tersebut," katanya kepada pemberita dalam satu sesi temu
bual diadakan seperti yang dilaporkan portal
Malay Mail
Matlamat perlaksanaan undang-undang syariah
dan hukum Hudud telah dikemukakan oleh PAS
setelah dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin
Islam dan ulama terkenal. Untuk itu, Presiden
Parti PAS, Abdul Hadi Awang telah memohon
untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hukuman hudud dilaksanakan di
Kelantan seperti yang telah dipinda dalam enakmen negeri baru-baru ini dalam undang-undang syariah.
Hadi berkata, baru-baru ini beliau bercadang untuk bertemu dengan pemimpin Barisan Nasional bagi membincangkan perlaksanaan hudud di Kelantan.
Penggubal undang-undang UMNO Negeri menyokong negeri Kelantan melakukan pindaan pada bulan Mac, manakala PAS bersepakat untuk membentuk “kerajaan perpaduan” bersama UMNO tetapi Barisan Nasional masih belum mengambil pendirian tegas mengenai pindaan perlembagaan tersebut.
Kontroversi hudud telah menyebabkan keretakan
dalam parti Pakatan Rakyat, dimana parti DAP mendakwa PAS telah menentang prinsip parti
sebagai melanggar keputusan sekular
Perlembagaan.
Marina yang juga anak kepada mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu pengalamannya bertemu dengan rakyat Iran
berstatus kelas pertengahan hidup dalam keadaan terbuang di New York akibat dari amalan agama
yang agresif dalam kelompok manusia sekular
selepas hak-hak wanita diketepikan selepas Iran
menjadi sebuah negara Islam.
“Pada saya, saya tidak mahu menjadi seperti itu,
saya tidak mahu menjadi rakyat yang terbuang.
Dengan itu, saya sentiasa berfikir tidak mengapa,
saya akan tinggal dan tetap akan berjuang,”
katanya. Walau bagaimanapun dia akan berhijrah
jika hudud tetap mahu dilaksanakan, lapor Malay
Mail Online.
Keazaman beliau untuk terus berjuang demi hak-hak wanita adalah berikutan didikan yang diterima ketika dibesarkan untuk sentiasa jujur dan bertimbang rasa terhadap orang lain, “untuk berkata sesuatu atau melakukan sesuatu sekiranya saya melihat ia adalah salah”.
“Ia adalah satu bentuk ibadah. Ia adalah bagaimana
saya menjalani hidup saya sebagai seorang Islam,” katanya, “ia bukan hanya sekadar amalan, ia adalah tindakan dan cubaan untuk melakukan kebajikan,
untuk menjadi bertimbang rasa dan memastikan keadilan.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Baguslah begitu ! Sesiapa yg tak suka boleh cari negara lain yg boleh terima mrk.
maaf kerana aku nak guna bahasa kesat .. puak ini tidak akan faham bahasa sopan..
ada baiknya betina ini juga berusaha untuk tidak pergi ke alam akhirat ..pergilah ke mana mana alam lain kalau dia mampu kerana di alam akhirat, Allah mencampakkan manusia yang celaka itu ke dalam api neraka .. apakah betina ini suka dengan tempat yang menggunakan api neraka untuk menyiksa manusia?? tentu dia tidak sukakan..jadi kalau tak suka pilihlah dan pergilah ke tempat lain.. apa punya manusia dan zuriat yang begitu bodoh dan sombong dengan Allah?? dari dulu lagi kenyataannya sangat memedihkan hati orang Islam
Bawa semue keluarga sekali jangan tinggal sorang pun disini.
Negara ni akan lebih selesa dan aman tanpa Marina, tanpa sis in islam.
Post a Comment