Thursday, 7 May 2015

Luahan Hati Seorang Pengguna Kereta Myvi!!!




by Siakap Keli 

Luahan seorang pengguna kereta Myvi. 
Saya seorang wanita hamil 8 bulan.Saya menggunakan kereta myvi untuk pergi kerja setiap hari. Tapi semenjak kejadian kemalangan di atas DUKE melibatkan 6 buah Myvi yang berlumba haram hari itu, saya rasa tidak selamat memandu kereta myvi saya lagi. 
Semalam ada 1 kereta 4x4 himpit kereta saya di tol Serdang semasa saya balik dari kerja. Dan sebentar tadi pula kereta saya kemek bonet depan mcm di ketuk dgn benda keras.Emosi saya sangat terganggu. 
Saya mohon rakyat Malaysia jangan lah bertindak sesuka hati. Saya sendiri marah pada pelumba-pelumba haram tu..
Tapi kenapa saya yang dipersalah kan.Itu kereta saya nak mencari rezeki. Sampaikan saya fikir apa salah saya pada orang ramai. 
Saya tidak dapat lagi menahan emosi. So please rakyat Malaysia jangan aniaya orang yang tidak bersalah. Saya harap Allah balas pada orang yang aniaya saya ni!!!

No comments: