Saturday, 9 May 2015

BUDAYA SAMSENG SUDAH SEBATI SEJAK BERPELUK DENGAN GHEE HIM DAN HAI SAN!



Penyokong PKR bertindak kasar terhadap ahli PAS yang 
mengadakan demontrasi menyokong hukum hudud....hanya 
parti mereka yang layak mengadakan demontrasi tapi parti 
lain tidak dibenarkan....inikah yang dinamakan keadilan???

AHLI PAS, PKR BERTEGANG LEHER ISU HUDUD




Demonstrasi aman menyo­kong hukum hudud yang dianjurkan 

sekumpulan ahli Pas kawasan ini di persimpangan Masjid 
Kubang Semang di sini hari ini bertukar kecoh apabila 
diganggu kumpulan yang difahamkan penyo­kong tegar Parti 
Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 5 petang itu, kumpulan ahli 

Pas berkenaan mengadakan de­monstrasi aman berdekatan 
mas­jid tersebut dengan membawa sepanduk menyokong 
pelaksanaan hukum hudud.

Bagaimanapun, tindakan mere­ka itu dibantah sekumpulan 

le­laki yang bertindak agresif men­campakkan pembesar 
suara yang dipegang ketua demonstrasi, Azmi Jaafar 
selain merampas dan membuang sepanduk yang dibawa 
ahli-ahli Pas berkenaan.

Malah, ahli-ahli Pas berkenaan turut diancam dengan 

senjata oleh kumpulan penyokong PKR tersebut.
Keadaan itu menyebabkan ber­laku kesesakan teruk 

di kawasan tersebut sehingga mendorong pi­hak polis 
menyuraikan kumpulan demonstrasi berkenaan bagi 
menenangkan keadaan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Azmi berkata, 

pihaknya kesal kerana niat mereka untuk mempertahankan 
pelaksanaan hu­kum hudud menerusi de­mon­strasi aman 
berkenaan dibantah penyokong tegar PKR sehingga 
menimbulkan kekecohan.

Tambahnya, tindakan penyo­kong tegar PKR itu mencetuskan 

provokasi melampau termasuk menggunakan senjata tidak 
se­patutnya berlaku memandangkan mereka hanya berhimpun 
untuk menyatakan sokongan terhadap hukum hudud.

“Apa yang kami bawakan ini adalah suara hati ahli-ahli Pas 

kawasan ini dan pengundi Permatang Pauh yang menyokong 
penuh pelaksanaan hukum hudud.

“Sebelum ini mereka kononnya memperjuang kebebasan 

bersuara, tetapi kenapa hari ini mereka meng­halang kami 
daripada mem­­pertahankan apa yang di­perjuangkan kami?” 
katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Pas parti ajaran seks...

Tzk payah nak jyal isle lah.

pan said...

umno parti kauduu..umno parti kauduu..umno parti kauduu..umno parti kauduu..umno parti kauduu..umno parti kauduu..Bangkai Najiss....buzzzzzzzzzz