Tuesday, 12 May 2015

APA SUDAH JADI? HANYA RESTU TUN M SAJA MEMBOLEHKAN PM MALAYSIA DILANTIK! SIAPA MAHATHIR NI YE???


BETUL KE BOHONG NI???MACAM TAK CAYA AJE!!!




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 
dijangka sekali lagi akan membuat penjelasan 
terhadap isu dan kritikan yang dibangkit Tun 
Dr Mahathir Mohamad.


Pendekatan yang digunakannya juga akan 

berbeza berbanding kemunculannya dalam 
program khas Soal Jawab bulan lalu, dimana 
kali ini, beliau dikatakan tidak lagi mengambil 
langkah mempertahankan diri sebaliknya 
turut menyerang bekas Perdana Menteri itu.


Spekulasi itu ditulis penulis blog Merah Tinta 

MSO dalam entrinya pada Sabtu.


“Dalam pada itu ada juga maklumat yang Najib 

akan membuat pengumuman penting. 
“Tunggulah ada sesuatu kejutan daripada Najib.”


“Sumber itu juga menyebut Najib akan mula 

menjawab Mahathir secara terbuka, opensif. 
Terbuka dimaksudkan Najib akan mendedah
kan apa yang Mahathir lakukan selama 22 
tahun menjadi PM”, tulisnya.


Dalam entri berkenaan dia turut membangkit

kan tanda tanya, apakah pengumuman itu 
membabitkan kedudukan Najib sebagai 
Perdana Menteri.


Bagaimanapun, Merah Tinta MSO memaklumkan 

sumber yang rapat dengannya tidak memberi 
jawapan dan dia beranggapan apa yang ingin 
disampaikan Najib amat penting dan mungkin 
ada kejutan dalam UMNO.


“Jika diukur dengan sikap diambil timbalannya 

kini, Muhyiddin Yassin, ada munasabahnya kalau 
Najib mengumumkan sesuatu yang mengejutkan. 
Muhyiddin telah melahirkan rasa bingung dan 
kesal terhadap isu yang sedang menghangat kini. 
Rasa bingung dan kesal itu tentulah kepada Najib.


“Bukan itu sahaja, edah untuk Najib telah pun 

tamat. Sebelum Mahathir katanya memberi tempoh 
untuk Najib berfikir meletakkan jawatan selepas 
selesai laki Rosmah anak Razak itu menguruskan 
perkahwinan anaknya.


Hasil carian imej untuk gambar muhyidin dan najib



Katanya Najib telah setuju dengan pelan penurunan
nya dari kerusi PM, tetapi minta tangguh kerana dia 
tidak mahu jadi seperti bekas MB Terengganu Ahmad 
Said, dimana berkenduri kahwin anak berlangsung 
tanpa jawatan MB. Najib, sebenarnya Rosmah yang 
mahukan kenduri anaknya diraikan sebagai kenduri 
negara” tulisnya.


Selaku orang kedua terpenting, Muhyiddin dikatakan 

semakin tidak senang dengan Najib kerana beberapa 
isu yang berlegar seperti 1MDB dan pembelian tanah 
oleh Lembaga Tabung Haji (TH).


Timbalan Presiden UMNO itu sebelum ini dikatakan 

sudah memberi amaran agar wang awam tidak 
digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.


Ia bagaimanapun tidak diendahkan, sebaliknya Najib 

terus memberi suntikan hampir RM100 juta kepada 
1MDB.


“Muhyiddin juga sudah mengeluh kenapa mereka 

yang terlibat sehingga syarikat pelaburan itu 
menanggung kerugian sehingga RM42 billion tidak 
dikenakan apa-apa tindakan atau didakwa atau pun 
ahli lembaga pengarahnya dipecat. 


Keluhan Muhyiddin itu menggambarkan TPM itu 
juga sudah naik meluat kepada pentadbiran bosnya. 
Sebenarnya serangan hendap Muhyiddin ke atas Najib 
sudah pun bermula” tulis Merah Tinta MSO.

No comments: