Tuesday, 19 May 2015

JANGAN DITAMBAH-TAMBAH MASALAH YANG ADA!!!


NASIHAT BUAT SEMUA PEMIMPIN UMNO!!!

by Raja Mohd Shahrim.


So call pakar strategi UMNO dakwa isu 
1MDB dan merebak pada TH ni sebenarnya 
adalah rancangan Sarawak Report dan PR 
untuk menjatuhkan kerajaan..lantas diberika
point point untuk 'menghalalkan' hujah 
mereka antaranya..:



Untuk memecahkan undi Melayu yang 
menjadi penentu kuasa politik dinegara 
ini.


Wujudkan kebencian terhadap pemimpin 
UMNO dan kerajaan.

Wujudkan kerisauan terhadap masa depan 
negara dan kerajaan dipersalahkan.
Ini sebenar-benarnya masalah UMNO.
Menafikan UMNO itu sendiri PUNCA masalah.
UMNO terlupa, masalah akan kekal jika tidak 
diatasi, sembunyilah dari pengetahuan rakyat, 
ianya akan kekal menghantui kembali selagi 
tidak ditangani dan diselesaikan.


Menuding jari pada SR dan PR BUKAN 
selesaikan masalah. Politik negara berevolusi.
Jika dulu orang melayu menerima saja, dakyah 
dan doktrin UMNO,kini tidak lagi. 


Gunalah RTM,TV3, Utusan, Bernama dan kuasailah
semua media konvensional dinegara. Ianya tidak 

akan  menjamin kelangsungan UMNO kerana media 
alternatif semakin mendapat sambutan 
dalam kalangan rakyat dinegara ini.


PR hanya membongkar apa yang disembunyikan 
kerana itulah peranan Pembangkang dimana-
mana negara sekalipun didunia. Terimalah 
kelemahan dan perbaiki demi kebaikan semua 
khasnya rakyat dan negara.Bukan menambahkan 
masalah sedia ada...

No comments: