Monday, 11 May 2015

BAYAR ASTRO SERATUS LEBIH! BAGI MAK AYAH LIMA PULUH HINGGIT AJE!!!


Nasihat Ustaz Kazim





Tak ada pun bajet untuk mak bapak,patutlah 
tak berkat dan tak cukup!!!


Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni....


"Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah ye"... (sambil bersalam).

Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam sahaja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.

"Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dah dia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak".

Pakcik tu bagitahu anak dia alhamdulillah semua boleh dikatakan bergaji agak ...

Saja ajak dia berbual rancak sikit sebab saya dok menahan sakit kena urut baru-baru ni, jadi saya pun buat-buat tanya..

"Berapa sebulan semua anak-anak pakcik bagi?"
Dia pun menjawab dengan jujur:

"Malu sebenarnya pakcik nak cakap, kalau mereka bagi cukup...tak payahlah pakcik dok berurut orang lagi macam ni, sebab umur pun dah 77 tahun.
Mereka bagi RM50 seorang, dapatlah RM150 sebulan."

Saya terdiam...tak nak ulas apa-apa lagi. Cuma terfikirlah saya... kenapa berkira sangat dengan seorang ayah?

Kalau seorang anak beri RM300, dah RM900, bolehlah seorang ayah tu berehat sikit di usia senja mereka.
Selalunya seorang anak yang berkira dengan ibu ayah, walau sebanyak mana rezeki yang mereka dapat,

kebiasaannya mereka akan berasa tak pernah cukup dengan pendapatan mereka. Nafsu mereka menjadi makin besar....

(Sebenarnya ujian dari Allah swt untuk anak-anak yang tiada kasihan belas kepada ibu ayah).

Berbuat baik dan berbaktilah dengan ibu ayah kalian sewaktu mereka masih ada, menyesal kemudian dah tak berguna lagi.

Sepatutnya kalian berbangga dengan ibu ayah yang susah, tapi berjaya juga menghantar kalian ke menara gading dan akhirnya kalian beroleh kerjaya yang hebat-hebat belaka.

Berilah peluang untuk ibu ayah merasa hidup senang sikit. Mereka nak tinggalkan kalian tak lama dah.

4 comments:

Anonymous said...

Tun Mahathir pergi Mekah Nak Bertaubat selepas BUAT JAHAT DI MALAYSIA.

Harap2 Kapal terbang Tun Madey jatuh, terbakar, tapi madey selamat.

MahaFiraun tak boleh mati mudah-mudah..

mesti kena seksa dunia dulu..

Anonymous said...

Aku dulu gaji 1900, aku bg 500 utk mak aku, ayah dah takder, meninggal masa aku kecik, abg aku bg 300, adik aku 150, dekat seribu jugak sebulan utk belanja dia sorg.
Sekrg mak dah takder, aku Alhamdulillah, walaupun tak kaya tp hidup tak susah, income sebulan 5 angka, bnyk habis utk anak anak pulak. Utk mak ayah tiap tiap hari, bahkan tiap lepas solat fardhu aku doakan ampunan dan rahmat Allah swt utk mrk.

Anonymous said...

ANON 11 May 2015 at 19:06,

TAK SANGKA DALAM MALAYSIA NI ADA HATI SEBUSUK KAMU.

ANON 11 May 2015 at 19:57

HIDUP KAMU MEMANG BERKAT. MEMANG ORANG YANG BERBUAT BAIK DGN IBUBAPA MURAH REZEKI.

Anonymous said...

anon 19.06 baru aje mati aksiden ptg tadi!