Friday, 22 May 2015

7 Alasan Berciuman Boleh Menyehatkan Tubuh!!!






Ciuman tidak hanya boleh meningkatkan keintiman 
anda dan suami. Dengan berciuman, ada banyak 
manfaat lain bagi tubuh. Seperti yang dipetik dari intimatemedicine, ada tujuh manfaat berciuman 
untuk kesihatan.

1. Menjaga Kesihatan Sistem Kardiovaskular.

Saat Anda mencium pasangan dalam waktu yang 
lama, detak jantung boleh meningkat hingga 110 
per minit. Ini boleh menjadi latihan yang bagus 
bagi kesihatan jantung.

2. Membakar Kalori.

Berciuman dengan pasangan selama satu minit 
boleh membakar 26 kalori. Jadi kalau anda dan 
pasangan berciuman selama satu jam, lebih efektif 
berbanding berolahraga di dalam jangka waktu 
yang sama.

3. Bebas Stres.

Berciuman lebih dari 3 minit dapat mencegah 
pengeluaran hormon stres, glukokortikoid. 
Hormon itulah yang menyebabkan tekanan 
darah tinggi, lemah otot dan insomnia.

4. Senaman Wajah.

Berciuman boleh membuat wajah lebih tegang. 
Dengan berciuman, lebih daripada 30 otot wajah 
bergerak sehingga berguna untuk meningkatkan 
aliran darah ke kulit wajah dan menghaluskan serta menegangkan kulit.

5. Membunuh Virus Berbahaya.

Selama ini berciuman dianggap sebagai cara 
penularan virus. Tapi ternyata, air liur yang 
terdapat saat berciuman merupakan ubat 
semulajadi yang dapat mengatasi virus tertentu. 

Pertukaran air liur dapat merangsang sistem 
kekebalan tubuh, hasilnya adalah produksi 
antibodi yang mampu melindungi anda dari 
virus. Proses ini disebut cross-imunoterapi.

6. Mencegah Gangguan Paru-paru.

Rata-rata setelah berciuman, orang akan 
menghirup dan membuang nafas 60 kali 
dalam satu minit. Sedangkan dalam keadaan 
normal, hanya 20 kali tiap satu minit. 
Menghirup dan membuang nafas lebih sering 
akan mencegah pelbagai gangguan di paru-paru.

7. Melindungi Gigi

Saat berciuman, pengeluaran saliva atau air liur 
otomatik lebih banyak. Asam yang terkandung 
dalam saliva akan menjadi pelindung yang baik 
bagi gigi anda.

No comments: