Friday, 15 May 2015

MANDI MINYAK BANYAK FAEDAHNYA!!!



Amalan mandi minyak yang terdapat dalam
amalan orang Melayu dahulu kala merupakan
sesuatu yang semakin jarang untuk dilihat
pada zaman teknologi serba canggih kini.

Jika dahulu, orang Melayu menjadikan amalan
mandi minyak sebagai salah satu cara rawatan
menyembuhkan penyakit dan menguatkan tubuh
badan.

Penggunaan minyak kelapa dipercayai dapat
mengelakkan penyakit-penyakit tertentu dan
menyegarkan tubuh badan.

Malah, minyak kelapa yang digunakan juga
dibuat sendiri di rumah dengan menggunakan
santan.

Bagi golongan wanita pula, minyak kelapa
digunakan untuk mencantikkan kulit
menggunakan bahan berasaskan tumbuh-
tumbuhan.

Jika dibuat sedikit pembacaan, anda akan
dapati khasiat-khasiat minyak kelapa
seperti berikut:

1) Mencerahkan bagian kulit yang gelap
2) Menghilangkan parut
3) Mengatasi rambut bercabang
4) Merangsang pertumbuhan rambut
5) Membuat kuku tumbuh panjang
6) Pelembap anti penuaan
7) Mengubati infeksi kegatalan/kulat

Kini, dalam era serba canggih, masih
terdapat segelintir masyarakat Melayu
yang mengamalkan tradisi ini.

Antaranya adalah pengamal-pengamal
ilmu persilatan Melayu. Ini kerana,
amalan ini adalah suatu majlis yang
ditunggu-tunggu oleh pesilat sebagai
simbolik penamat pelajaran silat
peringkat rendah.

Juga, menjadikan majlis ini lebih menarik
melalui ujian keberanian mencelupkan
tangan ke dalam minyak panas dan juga
melumurkannya ke tubuh.

Bagi pesilat yang berjaya melalui fasa ini,
pengalaman yang diperoleh sangat bermakna
dan akan dikenang seumur hidup.

No comments: