Friday, 1 May 2015

KALAU BENCI SEKALIPUN BIAR BERHEMAH???


SATIRA MACAI!!!



Satu hari Najib bertanya kpd Tun M, 
"Tun, macam mana ya Tun mentadbir 
negara dan kerajaan dgn sangat efisien 
dan cemerlang? 

Ada apa2 tips atau formula Tun boleh 
bagi kat saya?". Tun pun menjawab,
 "Perkara yang paling penting...yang 
amat2 penting sekali ialah sebagai 
seorang PM, kita mestilah dikelilingi 
oleh orang2 yang bijak dan pintar...".

 Najib ternganga, kemudian bertanya,
 "Tapi macamana nak tahu orang yang 
berada di sekeliling kita itu benar2 bijak 
dan pintar?" 

Tun menghirup kopi kemudian berkata, 
"Oh, itu senang saja.. hanya tanyakan 
mereka satu soalan teka-teki, dan minta 
mereka menjawabnya dengan tepat". 

Tun menekan butang intercom. "Minta Tun 
Daim masuk ke bilik saya sekarang, thank 
you". 

Tun Daim berjalan masuk ke dalam bilik 
dan berkata, "Ye Tun?" Tun M tersenyum 
dan berkata, "Tolong jawab soalan aku ini, 
Daim..ibu dan ayah kamu ada seorang anak. 
Dia bukan abang kamu dan bukan juga kakak 
kamu..dan bukan juga adik kamu..siapakah 
dia?" Dengan pantas Tun Daim menjawab, 
"Jawapannya 'dia' itu sudah pasti saya, Tun". 

"Yaa! Sangat baguss..tepat sekali jawapannya..
kau memang bijak Daim ", kata Tun M. 


Najib pun balik ke pejabatnya lalu memanggil 
Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan. 
Najib kemudian menanyakan soalan yg sama 
kpd Ahmad Maslan. "Ko jawab soalan aku ni ...
ibu dan ayah kamu ada seorang anak. Dia 
bukan abang dan juga bukan kakak kamu. 
kamu pun bukan. Siapakah dia?". 

"Saya tak pasti, boss". Kata Ahmad Maslan. 
"Boss bagi saya masa kejap saya nak pikir." 
Ahmad Maslan pun terus pergi menemui 
penasihat2 dan SU2 nya, tapi seorang pun 
tak dapat memberikan jawapan. 

Akhirnya ketika berada di dalam tandas, 
dia terdengar suara orang menyanyi dari 
dalam tandas sebelah dan dia sangat kenal 
suara tersebut. Itu suara Lim Guang Eng. 

Ahmad Maslan cuba untuk tidak bertanya 
kpd Lim Guang Eng krn mereka adalah 
musuh politik, tetapi kerana terdesak, Ahmad 
Maslan pun bertanya juga pada Lim Guang Eng. 

"Lim, boleh tak awak tolong jawab soalan ni 
untuk saya..ibu dan ayah awak ada seorang 
anak dan dia bukan abang atau kakak awak..
adik awak pun bukan. Siapakah dia?". 

Lim menjawab separuh berteriak , "Senang je 
tu..jawapannya dia itu ialah saya". Ahmad 
Maslan tersenyum lebar , dan berkata , 
"Terima kasih Lim !" 

Kemudian diapun bergegas 
pergi ke pejabat Najib. "Bos, saya dah buat 
sedikit kajian dan research dan saya dah 
tahu jawapan teka teki bos tu..", kata Ahmad 
Maslan sambil tersenyum. 

"Ok, kalau macam tu, apa jawapannya? 
Siapakah dia?" tanya Najib. Ahmad Maslan 
dengan bangganya menjawab, "Bukan abang 
dan bukan kakak saya dan juga bukan adik 
saya...dia ialah Lim Guan Eng, bos!" 

Najib bangun lalu menendang Ahmad Maslan..
dan dengan sangat marah dia menjerit, "Bodoh! 
Bahalol! Bangang! Jawapan kau tu salah, bodoh! 
Soalan senang macam tu pun tak boleh jawab! 
Bodoh!". 

Kemudian Ahmad Maslan bertanya, "Bos, 
kalau bukan Lim Guang Eng, apa jawapan 
yang sebetulnya bos?"

Lalu dengan kompidennya Najib menjawab,
 "Jawapannya ialah Tun Daim la, bodoh..."

Sumber Cerita Mawar Istana

2 comments:

Anonymous said...

Tak mendatangkan faedah..

lynmunir said...

Hahaha..... lawak bukan sebarang lawak tapi sindir berisi yang menikam kalbu.