Wednesday, 6 May 2015

FATWA MERAPU PUAK LIBRALISME PLURALISME!!!


KHALID GEREJA KELUAR FATWA UNTUK BANTU ISTERI PELIWAT


Tindakan boikot oleh ahli dan jentera akar umbi 
Pas Permatang Pauh menye­babkan pembangkang 
kini berada dalam keadaan cukup terdesak untuk mengekalkan kerusi tersebut sehingga sanggup ‘memfatwakan’ jika tidak mengundi Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, pengundi kawasan itu mungkin tergolong da­lam kalangan yang tidak diakui sebagai umat oleh Nabi Muhammad SAW.


Seolah-olah cuba memperbodoh­kan pemikiran
pengundi termasuk ahli Pas sendiri.

Ahli Jawatan
kuasa Pas Pusat, 


Khalid Abdul Samad, 



yang dilabelkan salah se­­orang 
daripada kumpulan Anwarinas dalam parti itu, memetik 
sebuah hadis Ra­sulullah bagi menyokong ‘fatwa’ 
berkenaan, sambil ligat menuduh UMNO serta Barisan 
Nasional (BN) sebagai sebuah kerajaan zalim.

Ironinya, tuduhan zalim yang dilemparkan Khalid tersebut 

ha­nya berkisar kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, 

kononnya Ketua Pembangkang yang disabitkan bersalah 
dan dipenjara lima tahun kera­na meliwat bekas pembantu 
periba­dinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu difitnah, 
meskipun sudah melalui proses perundangan panjang 
selain fakta kes jelas menunjukkan hakikat yang 
sebenarnya.

Malah, bagi mewajarkan ‘fatwa’ berkenaan, Ahli Parlimen 

Shah Alam itu tergamak pula mempertahankan amalan 

nepotisme Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 
me­­nyifatkan dalam kes Wan Azizah, persoalan nepotisme 
tidak ber­bangkit sama sekali, walaupun saling bertukar 
kedudukan calon dengan suaminya melibatkan kawasan 
Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) 
Kajang.

“Mengundi Wan Azizah adalah wajib atas dasar menolak 

dan menentang kezaliman. Ia amat perlu untuk menentukan 

momentum menjatuhkan UMNO dan BN diterus­kan. 




Segala alasan untuk tidak mengundi beliau 

adalah 


propaganda UMNO dan BN walaupun 


ke­nyataan 

itu keluar 


daripada mulut bukan orang UMNO dan BN kerana tanpa 

disedari, mereka sebenarnya sudah menjadi alat pihak 



lawan dan musuh.


“Sekiranya kita tidak menyo­kong Wan Azizah dalam 

pilih­an ra­ya kecil (PRK) ini, maka amat sangat ditakuti 
bahawa kita dilihat berdiri bersama pihak yang mela­kukan 
kezaliman dan amat kita khuatir, bahawa kita akan 
digolongkan dengan mereka yang nabi tidak mengaku 
sebagai umatnya,” kata- nya sebagaimana dipetik 
daripada laman blognya,

Ahli dan jentera akar umbi Pas Permatang Pauh bertindak 

memboikot kempen PRK kawasan itu selepas desakan 

mereka agar PKR memohon maaf secara terbuka ekoran 
kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan 
(AMK) Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin, yang 
menghina Presi­den Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
da­lam isu hudud tidak dilayan oleh se­kutunya itu.

Dalam pada itu, Khalid turut menyelar ahli Pas kerana 

menimbulkan isu nepotisme dengan meng­anggap pihak 

yang mempersoalkan perkara tersebut sebagai tidak 
faham maksud sebenar nepotisme. -Jiwa Paradox-
Utusan.

2 comments:

Anonymous said...

Fatwa gst? Fatwa naik tol? Fatwa naik harga minyak?

ustaz roslankama said...

bro....fatwa khalid ni berkaitan dengan akidah! bukan berkaitan dgn dunia!lari akidah woi!