Tuesday 26 May 2015

GADIS DIBAKAR HIDUP-HIDUP!!!


Gadis16 tahun dibakar hidup-hidup dengan 
disorak oleh puluhan penduduk kampung. 


MANGSA terbaring sebelum disimbah minyak 
dan dibakar.   

Guatemala City: Seorang gadis berusia 16 tahun 
dibakar hidup-hidup dengan disorak oleh puluhan penduduk kampung. 

Kejadian ngeri dan kejam itu terkandung dalam 
klip video selama empat minit 38 saat yang 
tersebar di Guatemala. 

Ia menunjukkan gadis berkenaan dengan darah 
mengalir di mukanya selepas ditumbuk dan 
ditendang sebelum dia dibakar. 

Menurut laporan, gadis yang namanya tidak 
disiarkan itu dikepung di Kampung Rio Bravo, 
124 kilometer ke barat Guatemala City selepas 
didakwa terbabit dalam pembunuhan seorang 
pemandu teksi roda tiga. 

Dia dan dua lelaki lain dituduh menembak mati 
Carlos Enrique González Noriega, 68, sebelum merompak mangsa dan melarikan diri. -hmetro-

No comments: