Sunday, 24 May 2015

BERPOLITIK PERLULAH RASIONAL! IKUT NAFSU HARU BIRU!!!





Yang sepatutnya berlaku Tun Mathadir lead da way dan Najib drive da way continues da legacy of Mahathir to bring the true wawasan 2020,kerana wawasan 2020 itu adalah kesinambungan Tun Razak kepada Tun M.


Hakikat sebenarnya, terdirinya pusat pentadbiran terancang seperti PutraJaya monumen-monumen besar seperti KLCC dan KL Tower itu adalah impian Tun Abd Razak dan sebahagiannya itu adalah pelan besar dan dasar Tun Abd Razak yang ramai orang tidak tahu . 


Mahathir hanya drive da way from tun razak punya lead da way. Sejarah telah tertulis Tun Abd Razak kutip dan membersihkan semula nama Mahathir ini.Diberi nafas yang baru kepada Mahathir akibat perbuatan biadap Tun M terhadap Tunku Abd Rahman dengan surat layangnya di Kg Baru ketika 13 Mei yang menyatakan Tunku main mahjong dan minum arak ketika di carcosa .


Tun M dibuang dari umno dan telah berdiri di pentas PAS pada ketika itu. Namun Tun Razak ambil dan memberi tempat yang selesa kepadanya dan Tun M mengakuinya hingga hari ini. 


Hasil pelan pembangunan Malaysia dan dasar Tun Abd Razak Tun M guna pakai pada eranya dan yang mendapat namanya adalah Tun M. Hakiki dan hakikatnya apa yang kita terima ini semuanya telah dirumus dan dirancang oleh Tun Razak. Mahadir hanya mengolahkan plan itu kepada yang baru.Maka pembangunan pada hari ini, inilah hasilnya. 


1MDB kini telah menjadi liability kepada umno dan BN dek kerana salah urus dan terlepas pandang terhadap si pelaku yang berada di dalam 1MDB ini. Aku melihat 
1MDB ini Najib cuba masukkan roh MARA ke Dalam 1MDB dalam bentuk yang baru.


Tetapi Najib di sniper oleh musuh kerana orang disekililinginya tidak memakai C4,amour, shield dan sebagainya. Mereka hanya membawa pisau lipat untuk mempertahankan najib. 


Aku rasa pengstrukturan semula didalam 1MDB ini perlu dan ditukar kepada nama lain yang mempunyai roh yang baik.Mungkin ada gunting di dalam lipatan atau sebaliknya.


Yang nyata walaupun sehalus mana 1MDB ini baik untuk rakyat ia telah tercemar kerana salah urus tadbir manusia di sekeliling Dato Seri Najib dari mata umum rakyat kini.


Inilah akibatnya, Tun M sendiri pernah berkata bahawa suatu hari nanti internet ini akan makan tuan. Dan perkara itu telah terjadi hari ini.


Maaf aku tidak duduk didalam stuktur umno yang tinggi hanya sebagai ahli biasa sahaja. Mempertahankan pemimpin itu benar jika dia masih mendirikan solat . Namun jika pemimpin itu salah, tegurlah demi kebaikan. 



Namun teguran itu perlulah berhemah seperti mana Allah memerintahkan Musa supaya menggunakan selembut-lembut bahasa ketika berdepan dengan Fir'aun yang maha zalim!!!


Semoga Umno terus kekal PADA pru 14.

No comments: