Sunday 3 May 2015

TIKUS TUA BERUSAHA MEMBAIKI LABU YANG DIA SENDIRI ROSAKKAN!!!




Tun M pernah melahirkan kebimbangannya bila 
statistik menunjukkan sokongan kaum Melayu 
kepada umno bn semakin merosot ditambah lagi 
dengan hilangnya sokongan kaum cina. 

Lalu keadaan itu digunakannya untuk menyalahkan 
Najib!

Sesungguhnya Tun sendiri terlupa atau buat-

buat lupa bahawa dialah yang sebenarnya 
bertanggungjawab menghakis sokongan 
melayu kepada umno bn.

Berdasarkan kepada statistik, lebih 70 peratus 

pengundi bukan Melayu dan lebih 10 peratus 
pengundi Melayu beralih kepada pembangkang. 
Ini adalah kesan daripada persempadanan 
semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003.

Dulunya selepas pilihan raya umum 1999 yang 

memperlihatkan majoriti pengundi Melayu 
menyokong pakatan pembangkang, maka 
apabila dibuat persempadanan semula 
kawasan pilihan raya, banyak kawasan 
campuran diwujudkan untuk memastikan 
supaya sekiranya orang Melayu mengundi 
pembangkang lagi, kaum bukan Melayu 
akan tetap bersama BN. 

Ternyata strategi tersebut tidak menjadi 
apabila pada PRU12 dan 13, majoriti pengundi 
bukan Melayu pula tidak bersama BN sebaliknya 
yang kekal setia bersama BN adalah pengundi 
Melayu.

Di dalam proses persempadanan semula 

kawasan Parlimen 2003, Tun lah yang telah 
menyebabkan kawasan Melayu tidak mempunyai 
pertambahan kerusi Parlimen bila majoriti 
pengundi Malayu, di Kelantan, Terengganu, 
Kedah dan Perlis tidak dilibatkan dalam 
persempadanan semula itu.

Negeri-negeri tersebut mempunyai 40 Parlimen, 

35 daripadanya adalah milik sepenuhnya pengundi 
Melayu yang mana 70 peratus daripada kawasan 
tersebut dikuasai oleh orang Melayu.

Begitu berbeza dengan negeri-negeri yang 

majoritinya bukan Melayu seperti Perak, Pulau 
Pinang dan juga Negeri Sembilan yang 
mendapat pertambahan kerusi yang lebih.

Maka tertanya-tanyalah kita siapa sebenarnya 

yang lebih mengharapkan undi bukan Melayu 
terutamanya kaum cina dengan menambah 
kawasan parlimen dalam persempadanan 
semula kawasan pilihanraya?

Anehnya Najib pula dituduh menyebabkan 

hilangnya sokongan Melayu dan undi cina. 
Tak cukup lagi, macai-macai Tun pula 
menuduh Najib pro-Cina hanya kerana 
beliau memberikan bantuan kepada SRJKC!

Tun bimbangkan sokongan Melayu yang 

semakin susut tapi Tun terlupa dialah yang 
berdekad lamanya merosakkan labu!

Kini Tun pula muncul bagaikan hero 

dengan berlagak umpama tikus cuba 
membaiki labu yang dia rosakkan 
sewaktu memerintah dulu!

No comments: