Sunday, 31 May 2015

10 JENIS UBAT DARIPADA LIMAU KASTURI !!!




1 . ubat batuk

limau+kicap+garam = minum setiap pagi dan 
malam …batuk akan beransur pulih.


2 . ubat demam


Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus 

dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan 

ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya 

dengan membasuh kain pada air rebusan dan 
diperah, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. ubat ketiak

Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. 
Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak 
dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. 
Lakukan pagi dan petang.

4 . ubat pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di 
bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau 
kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan 
anda menghalakan cecair tu ke arah hidung 
semasa ia terpancut.

5 . ubat lelah

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. 
Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau 
kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau 
kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada 
bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami 
lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini 
seminggu sekali.

6 . ubat kurus

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh 
tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya
biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, 
kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini 
dan insya-Allah perut anda yang buncit akan 
menjadi kempis dan kemas semula.

7 . ubat kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai 
daun rambutan yang diramas bersama setengah 
cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian
 bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua
cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada 
seluruh kepala dan balut menggunakan tuala 
lembap.
Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan 



seminggu sekali.



8 . ubat hilang minyak pada baju


Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.

Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan 

sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran 

di atas pada bahagian pakaian yang terkena
 minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 
5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang 
nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian 
tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . ubat wangi rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. 
Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan
 beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga 
bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis 
juga boleh menghilangkan rasa pening & 
menyejukkan kepala.

10 . ubat kilatkan cermin mata

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena 
peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini 
bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. 
Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas
bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. 
Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

No comments: