Monday, 25 May 2015

WAJAH CERMINAN HATI! BAHASA CERMINAN PERIBADI!


Berhenti bermimpi jadi pahlawan, Najib!


Bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar menggamatkan dewan tempat sebuah forum diadakan di Petaling Jaya hari ini apabila meminta perdana menteri berhenti bermimpi kononnya beliau seorang pahlawan Bugis.

Kata Affifuddin, keadaan itu kerana orang Bugis juga dikenali sebagai lanun.


Menurut beliau yang kini aktif menulis novel, kenyataan berulang kali Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mahu mengalah walaupun berdepan kritikan hebat kelihatan lompong kerana beliau tidak menjawab tuduhan yang ditujukan.

"Orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan, orang Aceh. Orang Aceh dok diam (tak ke mana-mana) saja.

"Orang Bugis (berlayar) di laut selalu menyamun saja.

"(Jadi), tak payah bermimpi jadi pahlawan Bugis. Saya pun ada darah Minang," katanya.

PAC tak ada kuasa

Sementara itu, Afiffudin juga berkata, kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang hangat ketika ini mungkin menandakan berakhirnya hayat politik Najib dan UMNO.

"Pihak yang tampil menyokong beliau adalah pemimpin bahagian tetapi ahli tahu apa yang berlaku di peringkat bawahan, terutama dalam pilihan raya kecil Rompin lalu.

Affifuddin juga menyokong desakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu akaun 1MDB diaudit dengan teliti tanpa bergantung hanya kepada siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC).


Kata Affifuddin, pengalaman menjadi Pengerusi PAC mengajar beliau bahawa jawatankuasa itu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyiasat secara bebas serta berkesan.

"Ketika saya mempengerusikan PAC, kami tidak membuat semakan forensik. Kami cuma membincangkan laporan Ketua Audit Negara.

"Jika mereka (kerajaan) meminta pengaudit menyembunyikan sesuatu, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Skop PAC terhad. Kami tak ada kuasa memanggil sesiapa dan kami juga tidak ada kuasa mendakwa," katanya.

Affifuddin juga bertanya mengapa Najib dipaksa menjawab setiap dakwaan mengenai 1MDB ketika ada pihak lain yang turut terlibat.

Sambil menunjukkan dokumen mengenai syarikat tajaan kerajaan itu, Affifuddin berkata, ada ramai orang bergelar Datuk dan Tan Sri dari UMNO yang dilantik sebagai ahli lembaga serta penasihat 1MDB.

"Mengapa mereka berdiam diri? Mereka juga patut disiasat. Gergasi korporat ini hanya berdiam diri dan mengapa mereka tidak pernah memberikan jawapan?" katanya.


KD

HA! HA! HA! KENAPA YE BILA SOKONG MAHATHIR ORANG TU GERENTI KEPALA TAK BETUL?

SAMPAI KETURUNAN ORANG PUN DIHINA!

MENAFIKAN SUMBANGAN ORANG BUGIS TERHADAP PENENTANGAN MENENTANG PENJAJAH JUGA MENUNJUKKAN DIA NI BUTA SEJARAH!

SIAPA YANG HEBAT MENENTANG BELANDA?SIAPA RAJA HAJI?

SIAPA YANG MEMBUAT PENJAJAH HURU HARA DILAUTAN?

SIAPA YANG MEMBUATKAN BELANDA TERLALU SUKAR MENAWAN SULAWESI?BUKAN SULTAN BURHANUDDIN,NENEK MOYANG NAJIB SENDIRI?

PENJAJAH MELABELKAN BANGSA BUGIS SEBAGAI LANUN KERANA KEHEBATAN BUGIS DI LAUTAN YANG MENDATANGKAN KEMUDARATAN YANG BESAR TERHADAP PERDAGANGAN MEREKA!

BUGIS JUGA MEMBANTU KESULTANAN JOHOR RIAU KETIKA RAJA KECIL SIAK MENGGANAS!

TAK USAHLAH MENGHINA KETURUNAN ORANG KALAU KETURUNAN KITA PUN TAK TAHU HUJUNG PANGKAL!

SIAPA YANG TERJAJAH DIBAWAH KUASA SIAM SELAMA BERKURUN-KURUN?DIPUNGGAH UNTUK DIJADIKAN HAMBA DI SIAM.SIAPA???

YANG MENJADI KEHERANAN DI SINI IALAH MACAM MANA DIA BOLEH MENJADI TIMBALAN MENTERI SUATU MASA DULU SEDANGKAN KEUPAYAAN OTAKNYA DI TAHAP RENDAH?SIAPA YANG LANTIK DIA YE?

KETIKA DIA JADI PENGERUSI PAC DULU SEPATUTNYA DIA NYATAKAN KEBENARAN KEPADA RAKYAT TENTANG KEHILANGAN BERBILION RINGGIT WANG RAKYAT KERANA BAIL-OUT PELBAGAI SYARIKAT!KENAPA DIA SENYAP?

MACAM-MACAM KES DIPANDANG SEBELAH MATA!

APA HALNYA 30 BILION FOREX BNM?
APA HALNYA PERWAJA?
APA HALNYA BAIL-OUT PETRONAS?
APA HALNYA KEHILANGAN 6 BILION BANK BUMI?
APA HALNYA SUNTIKAN DANA BANK BUMI?
APA HALNYA IPP?
APA HALNYA BERMACAM-MACAM LAGI HAL???

KETURUNAN MANA YANG BUAT MACAM-MACAM HAL INI???

NAK BERCAKAP DENGAN NADA MENGHINA KENA NILAI DIRI SENDIRI DAHULU!!!

2 comments:

Anonymous said...

Kata fitnah & penghinaan sedemikian rupa bukan sewajarnya keluar dari mulut seorang Islam, apalagi terhadap saudara seislam. Lupakah kita kepada hari pembalasan?

Anonymous said...

Tunggulah hasil audit. Pastu bawalah sesiapa saja yang bersalah kemuka pengadilan. Melalak mcm orang hilang akal bak puak mandaliar hanya menambah kekusutan. Sebagai bangsa Melayu yg selama ini dikenali amat berbudi tinggi, Semua kata2 nista ini adalah sangat biadap, tidak langsung melambangkan seorang Islam yg sepatutnya tahu dosa & pahala. Puak2 biadap ini telah menjatuhkan maruah Malaysia. Berlagak mcm negara ini tiada undang2.

MelayuMuslim