Saturday, 30 May 2015

BRIM,BUKAN UMPAN DIAIR TENANG!!!



KERANA BR1M ......


Sehari dua ini kerajaan mula membayar Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau yang sinonim dengan sebutan BR1M. Bantuan dari kerajaan yang dihina dan dicaci oleh pembangkang dan termasuk juga segelintir penyokong BN dan ahli UMNO.

Bank-bank penuh sesak dengan pelanggan BR1M. Walaupun bayaran fasa kali ini hanya antara RM200.00 hingga RM300.00 namun ramai yang tak sanggup menanti esok, lusa, tulat, bulan depan atau tahun depan. 

Yang menjatuhkan hukum duit BR1m haram mungkin ambik duit tersebut sebelah malam dengan kad ATM. Hari siang orang ramai dan berasa malu.


Mungkin ada yang kata ... "kenapa nak malu pulak ini duit rakyat?" Ini memang tanggungjawab kerajaan. Mungkin mereka lupa hanya kerajaan yang mereka keji inilah satu-satunya kerajaan yang memberi BR1M kepada rakyatnya.

Jika tidak percaya tanyakan kepada kaum Rohingya yang baru mendarat di Malaysia atau rakyat Indonesia yang mencari rezeki di sini, ada tak kerajaan mereka memberi BR1M (Bantuan Rakyat 1 Myanmar) atau BR1I (Bantuan Rakyat 1 Indonesia)?

Dari mana kerajaan dapat duit sebanyak RM1.4 billion untuk membayar BR1M? Kalau di darabkan dengan 3 kali bayaran sudah mencapai jumlah RM4.2 billion.

Jika tahun 2016 bayaran BR1M dinaikkan lagi seperti yang dijanjikan jumlahnya mungkin mencecah lebih RM9 billion. Mampukah kerajaan membayarnya? Dengan kutipan GST sudah tentu kerajaan mampu untuk membayarnya.

Oleh itu tidak perlulah riuh rendah menghina, memaki, mencaci dan mereka cipta fitnah yang berbagai-bagai. Bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia yang nasibnya sangat baik berbanding kaum Rohingya atau rakyat-rakyat negara lain.

Kepada rakyat Malaysia yang hanya menjadi kompang kepada pembangkang terutama yang menjadi tali barut pengkhianat yang sedang bekerja keras untuk menjahanamkan orang Melayu sedarlah bahawa rakyat Malaysia masih mampu mengecapi hidup yang lebih baik berbanding rakyat negara lain.

Renung dan insafi bagaimana kehidupan rakyat Iraq, Libya, Afghanistan, Yaman, Syria dan beberapa buah negara Afrika yang kucar-kacir akibat negara yang huru-hara angkara pembangkang di negara tersebut.

Akibat termakan hasutan pembangkang lalu rakyatnya memberontak dan menjatuhkan kerajaan yang mereka anggap zalim. Namun kehidupan mereka lebih teruk berbanding semasa kerajaan yang mereka anggap zalim. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Menyesal sudah tiada gunanya. Mereka akan menanggung azab sengsara sampai bila- bila sehingga negara mereka kembali aman. Tapi sampai bila?

Malaysia yang pertama kali dijajah oleh penjajah barat bermula dengan Portugis hinggalah British. Lebih 440 tahun lamanya rakyat Malaysia dijajah, hasil mahsul dirompak, bahan galian berharga diangkut ke negara mereka, rakyat diperbodohkan, rakyat dijadikan kuli sehinggalah Tanah Melayu dimerdekakan pada tahun 1957.

Mungkinkah akan berlaku penjajahan sekali lagi seperti Melayu Singapura yang dijajah oleh kaum minoriti pada masa dahulu yang datang dibawa masuk oleh British untuk bekerja dilombong-lombong.

Hari ini Melayu telah dijajah dari segi ekonomi. Yang tinggal hanyalah kuasa yang entah bila dapat dipertahankan. Mungkinkah suatu hari nanti nasib orang Melayu akan jadi seperti nasib kaum Rohingya.

Bersyukurlah!!! Allah dah janji kalau bersyukur akan ditambah-tambah rezeki yang ada.Andainya tak tahu bersyukur rezeki yang ada tak kan bertambah.Malah Allah dan beri amaran kepada manusia yang tak bersyukur,tunggulah azab Ku yang amat pedih!!!

Wallahua'lam .....

4 comments:

Anonymous said...

Jangan lah dibanggakan dengan BRIM tu..
takda guna nya..

Anonymous said...

Anom 18:23, kau sekor haramjadah tak nak bangga sudah... Kau boleh diam tak Babi, kau nieh macam Mahacelaka Mahathir...

Duit BR1M nieh, adalah hasil drp rasionalisasi subsidi minyak.

Hasil GST kerajaan belom belanja lagi, insyaallah selepas kutipan selama 6 bulan, pd buget 2016, menteri kewangan akan tambah lagi jadi $3,000.00, sebab hasil rasinalisasi subsidi minyak campur kutipan luar jangka (berbillion yg tak dpt dikutip selama ini akibat penipuan peniaga majoriti cina) .

Baru lah kau anom 18:23 pon berebut nak mendaftar... Dasar haramjadah puak pembangkang benggong nieh

Anonymous said...

Saya penerima BRIM. Setakat ini saya dah bayar lebih RM200.00 GST.Kalau macam ini bolehlah di umpama tangan kiri bagi BRIM tapi tangan kanan kena serah kepada GST.Kedai yang tipu GST pun berlambak. TELCO dah maklum pasal GST setahun yang lalu tapi buat-buat tak faham. 1April lalu kena juga GST.Patut TELCO kena jawab dalam court bukan putar-putar lagi.Boleh percaya kah jentera kerajaan ni.. bila dah jadi baru kelam kabut. Di Bukit Kayu Hitam kalau nak ke Kedai bebas cukai patut kena tunjuk IC tapi cakap mulut saja dah cukup...ikut SOP ke tu. Wang Kelian lagi best hari Ahad bebas keluar masuk (mungkin sekarang dah batal)macam mana tak jadi pengkalan PATI.Sekarang KTM siapa peduli nak check penumpang yang masuk Malaysia tu orang Malaysia ka atau PATI? Apabila jadi macam Cameron Highland dan Langkawi baru kelam kabut sat....Lepas tu life go on seperti biasa...

Anonymous said...

DAPAT BRIM RM200, TAPI GST DAH KENA RM300 LEBIH SEPANJANG 2 BULAN NI. TAKDE MAKNANYA!!!