Thursday, 4 September 2014

PAS AKAN RUGI JIKA KELUAR PAKATAN??? YE KE??? PKR AKAN BERKUBUR KOT???



PAS SANGGAH KENYATAAN MAT TAIB BAHAWA PAS AKAN RUGI JIKA KELUAR PAKATAN



Kenyataan yang berbaur dendam terhadap umno yang dibuat oleh bekas menteri Besar Selangor Muhammad Mohd Taib bahawa Pas akan mengalami kerugian besar jika sekiranya keluar daripada Pakatan Rakyat telah disanggah oleh beberapa pemimpin Pas.


Mat Taib yang juga ahli Pas seumur hidup sebelum itu berkata Pas tidak boleh bersandarkan kepada teriakkan Allahu Akbar sahaja, kerana menurutnya tanpa sokongan kaum cina Pas tidak akan menang dalam setiap pilihanraya.



Dalam pada itu Ahli Parlimen Temerloh YB Nasrudin Hasan dalam laman facebooknya yakin PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan oleh DAP dan PKR atau DAP dan PKR yang keluar daripada Pakatan Rakyat.


"Jika benar Pas keluar daripada Pakatan sekalipun yang rugi, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Anwar Ibrahim sendiri mengalami kerugian yang amat sangat,


"Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu semata-mata. 


Sebahagian daripada undi Melayu masih kukuh bersama Umno. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah teruk. Pengundi lebih memilih umno, Pas dan pilihan terakhir mereka hanyalah PKR", dakwa Pas.


"Walaupun DAP dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi mereka akan kehilangan penyokong Melayu di seluruh negara. Contohnya seperti prkTeluk Intan apabila Pas kurang berkempen menyebabkan orang Melayu tidak menyokong DAP. 


"DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh pemimpin dan penyokong PAS. Bayangkan kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil masa 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia seperti yang mereka rancangkan sekarang", kata Pas lagi.
"Ketika itu bukan saja Lim Kit Siang sudah mendiang, Guan Eng juga dah jadi mendiang. Buat Brother Anwar Bin Ibrahim, apa pula ruginya?Anwar akan jadi Almarhum tanpa sempat jadi Perdana Menteri Malaysia", dakwa Pas.


Langkah Kajang punca kerosakan segala-galanya kononnya taktik politik terkini daripada pakar strategi parti pkr yang kini memakan diri.


Yang menggelapkan peluang Pakatan bukan kerana PAS akan keluar daripada Pakatan tetapi salah Langkah Kajang yang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.


PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim masuk sekolah rendah. Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. 


Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya.


Sebelum ada Pakatan, semasa Anwar dan Mat Taib masih dalam Umno, PAS mencari jalan untuk berbaik dengan DAP tetapi tiada laluan. Bahkan ketika masyarakat Cina membuka mata pada PAS dan sedia bersamanya menjelang PRU 1986, TPM Anwar ketika itu telah mensabotaj pendekatan PAS hingga kecenderungan masyarakat Cina kepada PAS musnah.


PAS membawa Lim Kit Siang naik ke Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar sebelum Anwar dan Wan Azizah masuk ke situ. Sebaik Anwar ditahan, mungkin kononnya dia pengsan dipukul Ketua Polis Negara, PAS mengepalai pembentukan GERAK menganjurkan perhimpunan besar seluruh negara bersama DAP membantu  Anwar Ibrahim.



Demikianlah besarnya pengorbanan PAS kepada masyarakat bukan Islam sedangkan semua tahu bukan Islam tidak begitu cenderung kepada PAS kerana pejuangan Islamnya.


Harus diingat DAP suka kepada PAS kerana PAS dapat membawa pimpinan DAP jumpa orang Melayu di ceruk-ceruk, kampung-kampung. Walaupun DAP dan Cina tidak suka PAS, PAS tetap sukakan Cina dan India serta DAP, mungkin lebih daripada mereka suka kepada PAS.


Dari mula PAS tidak berganjak terhadap Pakatan. Cuma rakan dalam Pakatan sengaja mahu meminggirkan PAS dan anggap Pas sebagai parti kampung yang layak berkempen untuk orang kampung sahaja.

No comments: