BIDANG TUGAS AHLI PARLIMEN,ADUN JUGA
YANG KENA BUAT!!!
DARI BLOG WZWH!!!
Sebenarnya ADUN Tahan Buat
Kerja Ahli Parlimen Di DUN
Tahan...!!!
Isu yang menarik dan panas di DUN Tahan terutama penduduk di sekitar Kuala Tahan adalah isu jalan Felda Sg Retang ke Kuala Tahan yang perlu dibaik pulih.
Memang isu ini perlu diselesaikan dengan segera kerana bukan sahaja memudahkan penguna jalanraya dikalangan orang tempatan malah itu adalah persepsi imej kepada pelancong asing kerana Kuala Tahan adalah gateaway to Taman Negara sila klik sini.
WZWH telah kerap menyatakan dalam media baru bahawa kerosakan jalan itu akan dibaiki dan memang peruntukan telah dimohon oleh ADUN Tahan kepada PM membaikpulih jalan itu sebanyak RM25.8 juta.
Aduan Rakyat TV3 telah highlight dan membangkitkan isu ini. Memang peruntukan dari Putrajaya perlulah ahli parlimen Jerantut mencarinya.
Orang Kuala Tahan mahu tahu juga apa tindakan ADUN Tahan selama ini. Sebenarnya ADUN Tahan buat kerja macam ahli parlimen selama ini terbukti dengan kelulusan banyak peruntukan menjayakan umpamanya Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dan Fasa 2, projek-projek pembesaran kampung dll yang semuanya dari peruntukan khas dari Putrajaya.
Reaksi segera dari Kementerian ialah peruntukan segera RM2 juta bagi menutup dan menurap jalan-jalan yang berlubang dan kalau dilihat dari list JKR projek membaikpulih jalan Tembeling Tengah ke Kuala Tahan ini RM22 juta.
Apa yang sebenarnya ADUN Tahan telah buat dan apa tindakan? WZWH akan mengupas isu ini supaya orang DUN Tahan tahu duduk perkara yang sebenar.
Ini surat ADUN Tahan kepada PM yang bertarikh 24 Februari 2014 memohon peruntukan membaikpulih Jalan Tembeling Tengah ke Kuala Tahan.
Manakala ini surat dari Pejabat PM kepada Menteri Kerja Raya supaya dipanjangkan surat ADUN Tahan kepada PM untuk perhatian Menteri Kerja Raya bertarikh 25 Februari 2014.
Memang Menteri Kerja Raya mengambil tindakan sebelum Aduan Rakyat TV3 dengan usaha ahli parlimen Jerantut membangkitkan isu ini telah berjalan sebenarnya.
Sekarang bulan Jun 2014 maka ADUN Tahan telah mengambil tindakan dan usaha yang sewajarnya memanjangkan isu jalan rosak ini ke pengetahuan PM dan Menteri Kerja Raya.
Apa lagi suara ADUN Tahan berkenaan isu-isu berkenaan hal-hal Kuala Tahan. Berikut kenyataan ADUN Tahan...
" Bandaraya Hutan Hujan Tropika akan merubah segalanya, YB ADUN memang banyak berjanji tetapi satu persatu sedang disiapkan tangungjawab rakyat pada Kampung mereka macamana?
Tanah Di Kuala Tahan itu hanya untuk milik orang Kuala Tahan sahaja tahun lepas sahaja dah diluluskan hampir 230 kelulusan, setiap kelulusan itu akan saya pamirkan dalam akhbar selepas ini.
Jalan Hulu Tembeling dah hampir siap Fasa Pertama.
Jalan menuju ke Kuala Tahan itu rosak di Felcra Merting, di Kuala Tahan tidak rosak.
Kerana ketika pembinaan dibuat pada tahun 1996 dulu Felcra yang biaya Jalan ini dengan sistem Jalan Gunasemula dan sub base tidak sekukuh jalan Ft dan lori sawit Felcra bawa buah sawit lebih muatan dan kerana ini dijalankan oleh Koperasi Felcra Tembeling Tengah dan persoalanya siapa koperasi itu? Lori balak yang lalu disitu milik kawasan Yayasan Pahang siapa Yayasan Pahang itu ? Dan hampir semua terima bantuan Yayasan Pahang ini.
Orang Kuala Tahan kena bersyukur ketika ini kerajaan bantu memulihkan Kuala Tahan dari keadaan mundur kepada lebih maju dan tersusun, dulu lampu Jalan susur gajah dari sepanjang jalan serta gerai gerai terbina secara tersusun bukan itu semua untuk orang Kuala Tahan jangan jadi golongan yang tak pandai bersyukur la.
Perumahan Felcra Tembeling Tengah dan Perumahan Tambahan Generasi baru 234 unit sedang dalam persiapan tender oleh Felcra. Jangan jadi golongan mudah lupa usaha dan perancangan orang lain.
Hospital 100 katil dan Balai Polis Serta Balai Bomba dan Masjid Baru sedang dalam tindakan pihak Kerajaan secara tersusun come on la..."
Adalah jelas sebenarnya ADUN Tahan buat kerja ahli parlimen di DUN Tahan...
KD- MEMBABITKAN PIHAK TV 3 JELAS MEMBUKA AIB SENDIRI YANG JELAS TIDAK PRIHATIN KEPADA MASALAH RAKYAT!
SEPATUTNYA TUGAS AHLI PARLIMEN SENDIRI MENYELESAIKAN ISU JALAN INI KERANA IANYA MEMBABITKAN PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN!
TAK KAN SEMUANYA ADUN TAHAN NAK BUAT!
SATU LAGI, ISU INI SUDAH JADI BOLA TANGGUNG UNTUK DI SMASH OLEH PIHAK PEMBANGKANG!
BERHENTI-HENTILAH MENCARI GLAMOUR YANG AKHIRNYA MEMAKAN DIRI SENDIRI!!!
1 comment:
Sesetengah orang kampung ni memang tak sampai maklumat.
KD takkan tak tahu negara dah tak berapa ada duit. Projek2 pun dah kurang. Kalau adapun yang mega je untuk kroni.
Bagitau kat golongan ini tunggu kejap. Kerajaan sedang nak jimat. GSS Tee, kaji harga petrol, kejar duit saman dll.
Nanti kita kebas duit dari orang golongan pertengahan kat bandar tu. Kita boleh kasi balik kat orang kampung. Korang pegilah lepak kat warung mana2. Jangan main pakau macam biasa dah le. Sokong bee end tau.
Duit dulu dah habis joli. Nak hutang pun dah nak masuk paras kritikal. Mana nak layan kroni2 bee end yang senang berhutang tapi liat nak bayar. Bukan semua kita dapat interest. You all jangan kasi kita pening.
Post a Comment