Tuesday 10 June 2014

Kerana Mulut Badan Binasa!!!

Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa!!!


Benarlah kata orang.. perkara yang menyakitkan kita selain daripada hal cinta, perkara melibatkan kekeruhan antara adik beradik juga antara yang menyakitkan, kerana perkara yang kecil kita boleh berantakan dengan saudara mara...

Tapi kadang kala hal sebegini tidak dapat dielakkan apatah lagi ianya melibatkan bukan di kalangan saudara sedarah tapi melibatkan ipar duai atau besan..

Bak kata orang.. "Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa"..Kerana mulut macam-macam hal boleh berlaku. 

Kerana mulut perkara yang kecil boleh jadi besar,kerana mulut juga akibat berbohong boleh menyebakan perbalahan berlaku..

Kerana mulut segala rahsia boleh terbongkar..kerana mulut perkara tiada di ada-adakan. Kerana mulut, nafas yang wangi boleh jadi busuk

Mulut yang baik adalah mulut yang tidak membongkarkan rahsia atau maklumat yang disampaikan atau diamanah kepadanya kepada orang lain. 

Tapi ada orang menjadikan mulut mereka sebagai tempat untuk membuka aib dan juga keburukan orang atau kerahsiaan yang menjadi amanah kepada dia terhadap orang lain... 

Tahukah kita mulut seperti ini bukan sahaja menjadi duri dalam daging tapi mulut dalam selimut? Mulut seperti ini tidak wajar diberi maklumat demi kebaikan semua.


 Seperti gambar diatas.. merupakan antara jenis mulut yang tidak boleh dipercayai kerana suka menyampaikan hal yang tidak benar dan suka memutar belit fakta.

Tapi ada satu jenis mulut yang memang tak patut dipercayai ialah mulut menipu atau fakta sebenar tidak disampaikan..

Mulut orang seperti ini  memang tak patut dipercayai kerana secara azalinya ia akan menyebabkan berlakunya perang mulut @ putus saudara.


Bila sebut bab putus saudara ni... perkara yang melibatkan putus saudara ni kadang kala bukan disebabkan saudara sedarah pun tapi orang yang tidak sedarah tetapi menjadi terkait atau terhubung atas nama sebagai ipar duai, suami/isteri sepupu atau juga besan sesama besan. 

Hal selalu jadi bila melibatkan perkara-perkara seperti duit, harta, rumah atau pangkat atau sebagainya.. 

Semua ini demi kepentingan diri sendiri dan juga nak menutup kesalahan sendiri maka akan berlaku hal tipu-menipu atau sampai menyampai perkara yang tidak benar atau tidak pernah berlaku.. 

Oleh itu sebagai orang yang berakal, beriman, serta mendapat didikan agama, fikirlah terlebih dahulu.. Segala hal melibatkan mulut dari sekecil-kecil perkara boleh menjadi sebesar-besar perkara.. 

Jangan kerana mulut terputus hubungan kekeluargaan.
Jangan kerana mulut terputus hubungan silaturrahim.
Jangan kerana mulut umat islam berpecah belah.

Jangan kerana mulut pemimpin-pemimpin politik melayu,Malaysia bertukar menjadi Cinasia!!!

Yang penting jangan bermulut seperti mulut macai-macai PR yang suka bercakap tak pakai akal!!!

1 comment:

Anonymous said...

Mulut kutukan dewata mcm mulut bontot babi sebab tu dia suka mkn babi