Siri Bercakap Dengan DNA Babi :
Kenapa Tiba-Tiba Kementerian Kesihatan Malaysia Membelakangi
JAKIM? @DairyMilk.
Saya terpanggil untuk memberi komen selepas melihat terdapat beberapa keraguan di sebalik tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan isu 'Cadbury Porcine Babi' yang hangat diperkatakan sejurus Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempertahankan hasil analisa mereka bahawa produk tersebut bebas DNA babi.
Umum mengetahui bahawa peel masyarakat kita yang mudah melatah, percaya dengan sesuatu yang sensasi, terutama melibatkan babi. Ya babi itu haram dan sebagai orang Islam kita diwajibkan memakan makanan dari sumber yang halal.
Namun malangnya, berdasarkan pemerhatian saya melalui laman media sosial terdapat golongan yang melatah keterlaluan dengan memaki-hamun agensi yang menjaga kepentingan umat Islam serta Ketua Pengarah JAKIM secara membuta-tuli.
Tanpa fakta, hanya berdasarkan emosi semata-mata!
Alasan mereka analisa KKM lebih diyakini kerana kelengkapan makmal agensi berkenaan lebih baik berbanding JAKIM.
Tanpa fakta, hanya berdasarkan emosi semata-mata!
Alasan mereka analisa KKM lebih diyakini kerana kelengkapan makmal agensi berkenaan lebih baik berbanding JAKIM.
Mungkin mereka tidak tahu bahawa JAKIM bukan satu-satunya agensi yang terlibat sebelum mengeluarkan status halal kepada produk untuk dipasarkan.
Dalam pensijilan halal, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri berperanan sebagai pihak berkuasa yang berwibawa bagi mengeluarkan pengesahan halal dengan bantuan agensi seperti :
Dalam pensijilan halal, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri berperanan sebagai pihak berkuasa yang berwibawa bagi mengeluarkan pengesahan halal dengan bantuan agensi seperti :
- KPDNKK
- Kem. Perdagangan & Industri (MITI) - Matrade, Mida, HDC dan SME Corp.
- MOSTI - Jabatan Standard Malaysia serta Jabatan Kesihatan Malaysia pula menyediakan makmal analisa untuk sampel bagi tujuan pensijilan halal.
- Kementerian Kesihatan Malaysia - perkongsian kepakaran teknikal teknologi makanan dan keselamatan.
- MOA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Tahu ke tidak sebelum keluarkan pengesahan halal kepada sesuatu produk JAKIM serta agensi-agensi ini membuat analisa dalam makmal yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia?
Babi Punya DNA, KKM Dapat Nama, JAKIM Jadi Mangsa?
Isu ini bermula selepas kebocoran maklumat dari pihak KKM berkaitan keputusan analisa pada 23 Mei 2014. Justeru, Ketua Pengarah KKM bertindak mengeluarkan kenyataan rasmi dua produk Cadbury mengandungi porcine babi.
Namun malangnya bila pihak JAKIM tampil mempertahankan integriti mereka, JAKIM dipersalahkan dan lebih menyedihkan umat Islam bertindak menyerang sebuah institusi yang menjaga kepentingan agama sendiri.
Tidakkah kita bertanya kenapa KKM bertindak begitu terburu-buru tanpa merujuk panel pensijilan halal sedangkan KKM merupakan salah satu agensi yang terlibat dalam memberikan status pengesahan halal ke atas sesuatu produk?
Kenapa kita meletakkan JAKIM sebagai pihak yang harus dipersalahkan, walhal ia berpunca dari seorang kakitangan KKM?
Apa kepentingan individu tersebut sehingga mengatasi Ketua Pengarah KKM sendiri?
Justeru bagi menyambut saranan Ketua Pengarah Kesihatan, serta untuk mengelak prasangka kerana saya tiada maklumat penuh.
Bagi siri pertama 'Bercakap Dengan DNA Babi' saya ingin ajukan tiga soalan mudah bagi mendapatkan maklumat dari KKM :
- Benarkah produk yang dianalisa tidak diambil secara rawak dalam pasaran tetapi ada pihak yang menghantar produk tersebut, soalannya siapa dan dari mana?
- Siapa kakitangan KKM yang membocorkan hasil keputusan makmal di laman sosial tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, panel pensijilan halal dan pihak kilang Cadbury Malaysia?
- Benarkah produk yang dianalisa mengandungi porcine babi adalah produk dari Thailand yang disamari dengan pembalut produk Cadbury Malaysia?
Cukup dulu tiga soalan..
Nantikan siri kedua segmen 'Bercakap Dengan DNA Babi'
Arios...!
DoubleY: Jawapan dah ada saja nak test IQ Ketua Pengarah KKM - tak sangka ada orang Islam syok tembak agensi yang jaga kepentingan agama sendiri.
6 comments:
Orang yang bertanggungjawab yang terlibat dengan Jakimm ni memang patut dikutuk. Bukan setakat kes babi, kes sosial yg dah kritikal pun tak da tindakan.
Kes dadah, bunuh, rogol di kalangan orang Islam hampir tiap2 hari.
Siapa yang bertanggungjawab? Pemimpin bee nd la.
Jakimmm dan lain2 jabatan yang diterajui oleh bee end smuanya tak bleh dipercayai. Sekejap halal, sekejap haram. Sekejap letak jawatan, sekejap ambil jawatan. Sekejap turun sekejap naik. Sekejap jatuh kat Laut China Selatan, sekejap berakhir kat Laut Hindi.
Was was dah niee..
Kalau ada penyokong bee end rasa macam tu. Elok tinggalkan bee end tu.
Anom 15:45
38 orang rakyat Serambi Mekah merogol budak perempuan tu apa kejadahnya.
Kerajaan BN kah. Persoalannya bukan kerajaan BN atau PAS tetapi nafsu serakah haiwan yang ada dalam tubuh manusia termasuklah PAS, PKR, DAP
dan BN itu puncanya.
Sekejap boleh sekejap tak boleh samalah juga sekejap hudut sekejap sedut.
Jika nak komen pun janganlah terpengaruh dengan nafsu haiwan.
Bagus sangatkah!
Kes kat Serambi Mekah tu memanglah salah bee end.
Keselamatan, asas agama dll adalah dibawah tanggungjawab pemerintah pusat. Kerajaan negeri dakwah boleh le..
Yang kes potong kepala budak kecil tu dibawah kerajaan negeri jugak ke? Esok lusa tah ape plak kes nak timbul.
Eh.. SElagi pemerintah asyik dengan konsert, dengan media lucahnya selagi itulah masalah tak sudah.
Selagi diperintah bee end yang memepermainkan hudud tentu takkan sudah bala mendatang.
he he he! bini keguguran anak pun salah bn!sesat sungguh pemikiran anon biol ni! anon tak reti mengucap pun salah bn! entah benda mak bapak dia ajar pun tak tahu lah!
otak bengong ada hati nak berhujah tapi hujah langsung tak ada ilmiah!
oii Usin gampang jagn nak menyamar usin malaun.dasar babi usin gampang dah la mkn babi..
Post a Comment