Monday, 4 August 2014

ZIONIS DAH MULA MENGAKU KALAH!!!


Terkini | Gaza 2.42 am | Perang Hari ke-28

Media Zionis (Haaretz Hebrew) : Israel telah dikalahkan oleh rakyat Gaza dalam operasi "Protective Edge" mereka dengan satu kekalahan yang tak pernah dialami sepanjang 40 tahun.


Terkini | Gaza 2.34 pm | Perang Hari ke-28

Briged al-Qassam berjaya membedil sebuah unit infantri zionis dengan 3 biji bom mortar di kawasan ar-Rayyan, di sebelah timur Rafah.



Kerugian Israel dalam peperangan ini telah dibincangkan dalam Perlimen Israel baru-baru ini. Kerugian yang besar tersebut adalah daripada sudut operasi ketenteraan udara dan darat, perekonomian, industri pelancongan, industri penerbangan, penempatan komuniti Israel dan sebagainya.

Bahkan jumlah kematian di kalangan tentera IDF dan polis jauh melebihi jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid.

Tentera IDF terbunuh : 497 orang
Polis Israel terbunuh : 113 orang

Tentera yang cedera parah & sederhana : 879
Polis Israel yang cedera : 362

Jumlah ini jelas jauh lebih tinggi (10 kali ganda menurut sumber al Qassam) jika dibandingkan dengan jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid.

Majoriti yang terkorban di Gaza adalah di kalangan kanak-kanak, wanita dan orang awam.

Israel tidak punya banyak pilihan melainkan terpaksa mencipta alasan sebelum mengundurkan tenteranya daripada sempadan Gaza dan akan menggunakan apa jua cara agar PBB dan masyarakat dunia terus memberikan imej yang buruk kepada Hamas.

Saatnya semakin tiba....

No comments: