Monday 4 August 2014

NAK FREE SANGAT .......



Mereka kata kerajaan BN menyusahkan rakyat. Buat lebuhraya kena bayar tol. Mahal pulak kata mereka. Sepatutnya kerajaan prihatin dengan kesusahan rakyat dengan segala-galanya naik. 

Barang naik, minyak naik, letrik naik dan macam-macam lagi naik. Cuma paras kawasan tadahan air sahaja yang turun. Tu yang menyebabkan rakyat turun naik angkut air.


Malaysia bukan negara besar macam USA, Rusia atau China. Malaysia negara kecil je. Banyak barang yang kena import. Import tu maknanya beli dari negara luar. Beras kena import, gula kena import, tepung import, arang batu import dan segala macam barang mentah kena import. 

Yang tak import mungkin tempoyak, petai, jering dan segala hasil hutan dan kebun.

Selain itu Malaysia juga kena eksport barang. Eksport tu makna mudahnya jual. Kalau tak jual bermakna tak ada duit masuk. Bermakna negara kurang pendapatan. 

Getah kena jual, minyak sawit kena jual, balak kena jual dan banyak lagi yang kena jual. Tapi kalau kita nak jual dan tak ada yang nak beli pun tak jadi juga. Ada yang nak beli barang yang kita jual tapi mereka nak beli sedikit je. 

Kalau barang tak laku nak jual macam mana tokey-tokey nak beli barang seperti sawit, getah dengan harga mahal.

Berbalik kepada lebuhraya tadi, kerajaan tak lah zalim sangat bagi yang tak mampu nak bayar tol. Alternatifnya kerajaan sediakan jalan tak bertol. Untuk buat lebuhraya tu pun bukan kerajaan yang biayai. 

Pihak swasta yang buat dengan duit mereka. Jadi mereka dah keluar modal tentu nak ambil modal balik dan nak untung juga. Mereka kena bayar gaji pekerja, kena senggara lebuhraya dan lain-lain seperti lampu penghadang, pagar dan sebagainya.

Ada lebuhraya pun perjalanan balik kampung yang hari biasa 4 jam perjalanan tetapi semasa hari perayaan mencecah masa 9 jam. Bayangkan kalau tidak ada lebuhraya. 

Macam baru ni ada yang balik ke Kelantan dari KL lalu jalan Bentong - Gua Musang - Kota Bharu memakan masa 19 jam. Bayangkan yang dari JB nak balik ke Kedah atau Perlis. Silap-silap 2 hari belum tentu sampai kampung.

Pening pihak-pihak yang berwajib memikirkannya punca kesesakan jalanraya atau lebuhraya. Sebenarnya mudah je puncanya iaitu kenderaan semakin banyak. Maklumlah kereta harganya boleh tahan murahnya. Jadi ramai yang mampu beli. 
walau pun bising-bising kata kos sara hidup sangat tinggi!

Itu belum harga kereta lebih murah dan semua orang boleh beli. Yang sekarang ni naik motosikal dah pakai kereta. Yang naik bas ekspres dah pakai kereta. Yang jalan kaki pun dah mampu beli kereta. 

 Kakitangan kerajaan ada 1.4 juta lebih. Kakitangan swasta lagilah ramainya mungkin 3 juta. Yang kerja sendiri, berniaga, tokey-tokey dan lain-lain lagilah ramai jutanya. 

Orang kampung mungkin ada 10 juta. Mereka semua ada sebuah kereta seorang. Jadi semuanya lebih kurang 15 juta buah kereta lalu atas jalanraya mana tak jemnya.

Jadi rakyat jangan merungut dan marah-marah kalau jalan atau lebuhraya jem. Sendiri fikir la. Tak kan nak lalu dalam semak, belukar dan celah banir!!! 

Lebuhraya Gotong Royong Kota Bharu - Kuala Krai dah siap ke .....?-rajajawa.

1 comment:

Anonymous said...

Jln Kota Baru KL dah siap batu asas.kini dalam perancangan membuat laluan keritapi laju,dengar ceritanya kelajuan keritaapi tersebut 100 km sejam,dan dari KL ke Kota Baru hanya sejam sehaja.