GENERASI MUDA PERINDU SYAHID
Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam
secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu
yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan
angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan
mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh
regim Zionis Israel selama ini.
Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah
barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya
oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al
Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.
Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini
telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena
dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang
yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di
Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada
penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
Di kesempatan yang ada ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza
kali ini, saya telah mendapatkan seberapa banyak maklumat
mengenai pergerakan ini daripada masyarakat setempat di sana.
Beberapa kali mendengar bunyi letupan di sana sini sepanjang
keberadaan kami di Gaza, Namun masyarakat umum termasuk
Israel juga amat mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah
satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan
yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan.
Alhamdulillah dengan takdir yang ditentukanNya pula, saya berpeluang
untuk mengenali Briged al-Qassam ini dengan lebuh dekat melalui
kunjungan ke pusat latihan mereka setelah mendapat jemputan
daripada pimpinan kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza.
Saya berpeluang menyaksikan sebuah satu demonstrasi latihan
ketenteraan yang jarang-jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin
apatah lagi kepada pengunjung dari luar Negara.
Objektif penubuhan al Qassam
Objektif utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan
semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan
juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggungjawab untuk mempertahankan
tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan
seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang
telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.
Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut
mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan
bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira-kira
25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30
tahun. Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai
kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.
Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang
menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.
Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :
Gigih berpegang dengan ajaran Islam
Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah
Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
Mencintai dan bersedia untuk syahid
Saya telah diberitahu bahawa briged ini juga mempunyai skuad wanita
walau pun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan.
Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan
dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah
menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika
itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota
yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar
dengan berlakon sebagai orang-orang awam.
Walaupun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam
operasi tersebut tetapi mereka tetap Berjaya kerana ramai di kalangan
anggota utamanya yang dapat diselamatkan. Sudah menjadi perkara
biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza
bukan kerana serangan ketentaraan Israel sebaliknya adalah daripada
sesi latihan al Qassam.
Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri
al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering
membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah
serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah
Israel. Saya juga berkesempatan menyaksikan satu sesi latihan
ketenteraan Brideg al Qassam ini yang menggunakan peluru hidup,
bom tangan, senapang AK-47, mesingan dan roket grenad. Bergegar
rasanya hati kecil ini ketika menyaksikan demonstrasi yang
cukup membuktikan kehebatan generasi muda Palestin ini.
Sesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan
bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat
satu pertempuran melawan tentera Zionis. Dengan pelbagai maklumat
dan diikuti oleh pertemuan yang bermakna ini, saya pasti bahawa mereka
adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh
pasukan tentera penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000
orang yang turut mempunyai pelbagai kelengkapan teknologi
ketenteraan yang canggihPemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud
syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.
Sebelum berpisah, seorang pemuda al Qassam menghampiri saya dan
bertanya asal usul kami. Apabila diberitahu daripada Malaysia, dia
lantas menjawab bahawa tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia.
Tentunya jawapan ini begitu mendalam dan menggugah hati sanubari
saya. Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak
muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau
tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya
tidak mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.
Subhanallah…merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan
mati syahid dan masing-masing bekerja kuat....jomomalaya.