Saturday, 1 February 2014

PEMIMPIN CURANG DAN TIPU RAKYAT DIJAMIN KE NERAKA!!!







Azmin jerat Anwar bertanding di Kajang. Kalau menang di Kajang, musuhnya TS Khalid akan hilang jawatan MB, kalau Anwar kalah di Kajang, maka habislah karier politik Anwar. 

Hari ini Azmin tak hadir sidang media bersama Anwar sedangkan Azmin tidak pernah terlepas sidang media bersama Anwar dalam perkara penting. Masalah Azmin dan kuncu-kuncunya tak dapat jawatan dalam agensi kerajaan Selangor, maka TS Khalid disuruh berhenti atau dipecat.

Masalah peribadi dalam parti diheret dalam kerajaan negeri. Masalah karier politik mereka dalam PKR, mereka memangsakan negeri dan gugat kelancaran dan kestabilan pemerintah PR Selangor.


Apakah ini pemikiran kangkung, low class politician? Nafsu jawatan dan projek lebih utama daripada kesejahteraan negeri ...samalah macam puak UMNO..nafsu jawatan dan projek lebih utama dari segala-galanya....

TS Khalid tidak sangup berikan jawatan negeri pada kuncu-kuncu Azmin dalam PR kerana mereka tidak layak dan tidak kompeten kecuali pandai isi kantong masing-masing.


Orang macam TS Kahlid bekas CEO Guthrie dan peneraju PNB yang berjaya dalam pengurusan dan pentadbiran tidak akan sanggup menggadai prinsip integriti dengan memberikan jawatan-jawatan kepada orang yang tidak layak Maka inilah yANg menjadi kemarahan Azmin.

Anwar di tekan untuk selesaikan masalah Azmin dan kuncu-kuncunya.Maka terpaksalah suruh ADUN PKR Kajang letak jawatan tanpa ada sebab kukuh dan suruh Anwar bertanding di Kajang.


Memang tak ada peri kemanusiaan!!!

Memang tak masuk akal.Jelas dan ternyata sekali mengkangkongkan pengundi Kajang.Menipu pengundi Kajang.Membuang masa dan duit rakyat semata-mata nak menyelesaikan masalah peribadi mereka. Tak  ada langsung untuk kepentingan umum!!!

Kalah atau menang PKR di Kajang yang untung Azmin. Yang rugi rakyat dan PR....

No comments: