Tuesday 25 February 2014

ULAMA PERLU KEMBALI KE FUNGSINYA YANG ASAL,RUJUKAN UMMAH!!!


  • Carilah perpaduan yang  kita semua
  •  harapkan, jauhilah dari mereka yang 
  •  dikatakan ULAMA berkepentingan 
  •  tersirat. 



  • Kita memerlukan kekuatan ummah dengan 
  • adanya perpaduan serta bermufakatan. Elakkan 
  • buruk sangka, menanamkan semangat kasih 
  • sayang sesama manusia lebih-lebih lagi sesama 
  • bangsa dan seagama. Cetuskan idea-idea bernas 
  • yang terdapat pada ribuan hadis dan al-Quran. 


  • Persoalanya: Mengapa dicari yang ayat-ayat yang 
  • terpilih untuk mengaibkan, mengkafirkan atau 
  • menanamkan sikap kebencian sesama sendiri 
  • sedangkan yang  bukan seagama, dimuliakan?

  • Peristiwa di Mesir adalah satu lagi episod duka yg 
  • menimpa negara dan umat lslam. Telah pun kita 
  • menyaksikan tragedi yang melanda di lraq selepas 
  • kejatuhan Saddam Hussein. 


  • Sejak itu sengketa di negara tersebut tidak pernah 
  • padam, malah tetap marak menyala hingga ke hari 
  • ini disebabkan ULAMA sunni dan Syiah merebut 
  • kuasa.

  • Peristiwa sama menimpa di Libya sejak 
  • pembunuhan Muammar Ghadaffi juga angkara 
  • ULAMA. 


  • Perebutan kuasa di Syria terus meruncing antara 
  • Tentera Presiden Bashar Assed dengan puak 
  • penentang tanpa ada tanda-tanda ia akan berakhir.
  • Dalam keadaan ini, semua negara terlibat kucar 
  • kacirsementara rakyat yg tidak berdosa hidup 
  • menderita ketakutan.


  • Sebagai saudara sesama lslam, kita rasa simpati dgn 
  • pergolakan yang berlaku tetapi apa yang lebih 
  • penting ialah mengambil aktibar daripada kejadian 
  • tersebut.


  • Pergolakan di negara lain sewajarkan menginsafkan 
  • kita untuk menghargai keamanan dan kestabilan 
  • negara tercinta ini. Moga kita berusaha 
  • mempertahankannya dan tidak membiarkan 
  • peristiwa seperti itu berlaku di sini.


  • Jangan dibiarkan sesiapa yang ingin menjadi jagoan 
  • atau pembuat onar untuk mengganggu gugat 
  • keamanan ini kerana jika ia tergugat maka sukar 
  • untuk bertaut kembali..-Mohd Nasir Isnin 

1 comment:

Muslim said...

Anak anak umat Islam di Johor dihantar ke sekolah agama, kebnyknnya hingga darjah khas 2. Asas pendidikan agama bg yg menyempurnakannya agak baik. Sukatan berdasar pegangan ASWAJA Maturidi Asshariyah.
Hari ini yg bergelar ilmuan agama cukup ramai, tambahan lg dgn internet, ilmuan dr seluruh dunia boleh dicapai. Aliran pemikiran pelbagai. Jika tersalah ikut pegangan mrk boleh menyesatkan. Bgmn memilih yg benar jalannya ?
Kerana itu bg saya langkah K'jaan Ng Johor mengadakan sekolah sekolah agama utk rakyat beragama Islam adalah sgt baik dan patut dicontohi. Dgn asas agama yg baik mudah utk membuat tapisan antara yg benar dan yg tersasar.
Antara yg popular di M'sia skrg dua ulama' yg saya hormati adalah Ust Zul Al Bakri dan Ust Nuruddin Al Banjari yg didtgkan dr Indon.