Wednesday, 5 February 2014

LETAK TISU DALAM ANU!!! WOW,GELINYA!!!

Pelanggan Hidung Berbelang-belang!




MEMANG benar apa yang dikatakan Mona, tak sampai 10 minit, dia kembali semula kepada saya.

Liuk-lentuk saya lihat dia berjalan sambil membetulkan sedikit rambut palsu yang dipakainya.

Untuk pengetahuan pembaca, rambut Mona sebenarnya pendek atau ala-ala ‘crew cut’…alasannya senang nak jaga, tak payah letak shampoo.

” Wah cepat benar awak ‘layan’ drebar teksi tu, masa bila masuk hotel?,” tanya saya.

” Hahaha, kan saya dah bagi tahu abang, dia tu memang ‘cepat’, saya dah tahu ‘suisnya’ kat mana, pelanggan tetaplah katakan,” kata Mona sambil tersengih, makin jelas kelihatan giginya yang rongak itu.



Bercerita lanjut, Mona memberitahu yang dia hanya membawa lelaki tadi di sebuah sudut gelap dekat lorong berhampiran, mudah, tak payah panjat hotel katanya.

Namun ada satu perkara yang diberitahu Mona membuatkan saya terkejut besar dibuatnya.

Ujar Mona, hampir kesemua pelacur di kawasan itu mempunyai satu rahsia yang tak ramai orang tahu.

” Untuk pengetahuan abang, kami sumbat kapas dalam ‘anu’ kami…jadi lelaki yang melanggan kami tak mungkin dapat ‘bertahan’ lama,”

” Sumbat kapas dalam anu? Tak faham, boleh jelaskan sikit,” tanya saya yang agak ‘blur’ dengan pengakuan tersebut.

” Aduh, yang ni pun nak saya ‘explain’ ke bang, begini, bila ‘benda’ lelaki kena kapas tu, cepatlah geli, cepatlah klimaks, hahahaha,” katanya sambil ketawa terbahak-bahak, lawak sangatlah tu dalam hati saya.

Kata Mona, jadual ‘kerja’ mereka amat singkat, sekitar tiga hingga ke empat jam sahaja dalam satu-satu malam.

Sebab itu mereka akan cuba mendapatkan pelanggan dalam sebanyak mungkin.

” Kami kat sini takde masa nak ‘romen-romen’ bang oii…dapat pun RM30 je, jadi sendiri mau ingatlahkan…lainlah kalau sanggup bayar lima enam ratus, sampai pagi pun saya sanggup servis,” katanya dengan selamba.

Tambah Mona lagi, dia pernah pulangkan duit seorang pelanggannya kerana ‘terlalu lama’.

Bahkan dia juga mengaku takkan teragak-agak untuk berhenti ‘sekerat jalan’ kalau dia rasakan pelanggannya itu ‘tidak sampai ke kemuncak’.

” Wah berani awak ye, tak takut ke kalau pelanggan awak marah atau pukul awak sebab tak layan dia betul-betul?,” tanya saya.

Ketika ini saya lihat airmuka Mona tiba-tiba berubah.

Alamak, saya dah mula resah…tertanya-tanya juga apa yang tak kena dengan soalan saya itu.

Dekat lima minit Mona tidak bersuara, sebaliknya terus menyalakan rokok Sampoernanya itu dari satu batang ke satu batang.

” Abang, kalau bab kena maki, kena pukul dengan pelanggan ni saya dah tak tahu nak cakap…seingat saya sejak buat kerja ni, badan saya lunyai dengan sepak terajang sampai saya dah jadi ‘mangli’ dengan benda-benda macam tu.

” Bukan setakat pernah kena pukul, saya juga pernah hampir nak kena tikam dengan seorang lelaki yang kononnya nak ‘servis’, rupanya dia nak menyamun.

” Saya dah tak hairan, nak bunuh pun bunuhlah, kalau saya mati, Malaysia tak rugi apa-apa pun…cuma saya sedih andaikata saya pergi dulu, siapa nak jaga Baby, siapa nak bagi makan dia,” kata Mona.

Di saat ini tiba-tiba airmata Mona berderai.

Bersungguh-sungguh dia menangis sampai saya pula naik cuak.

Risau juga takut-takut orang ingat saya pula yang nak samun Mona!

Ternyata dari riak wajahnya, Mona terlalu sayangkan anak perempuannya itu.

Dalam hal ini saya ‘tabik’ dengan Mona. Walaupun tugasnya penuh dengan noda dan dosa, namun sifat kemanusiaan, lebih tepat lagi, sifat keibuan masih kekal dalam jati dirinya.

Perlahan-lahan saya mengeluarkan sehelai tisu dari poket seluar saya.

Saya berikan pada Mona, namun dia enggan menerimanya.

” Abang kerja saya ni memang memerlukan tisu, kalau tak, mana saya nak lap ‘benda alah’ tu, simpan sajalah tisu abang tu, dalam beg tangan saya ni dah ‘standby’ sekotak tisu, tisu basah pun ada, tadi saya beli kat Mydin, ada ‘sales’,” kata Mona.

Ketika ini entah kenapa saya tiba-tiba boleh ketawa.

Entah kenapa lucu benar saya rasakan ayat yang keluar dari mulut Mona itu.

Dalam hati saya, betul juga, apalah ertinya jadi wartawan kalau benda penting macam pen pun takde, begitu jugalah ‘profesion’ macam Mona.

Apalah ertinya kerja macam dia kalau benda penting macam tisu pun takde, mahu haru jadinya!!! -sumber : mynewshub 

No comments: