Thursday 27 February 2014

BUDAYA SAMSENG KIAN MENULAR DI MALAYSIA ALA-ALA SHANGHAI BEACH!!!

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap ahli Red Bean Army (RBA) yang dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia, Shen Yee Aun menerusi komen di dalam laman Facebooknya.

Mereka menyifatkan ugutan terhadap keselamatan nyawa orang lain merupakan satu jenayah besar dan pelakunya tidak boleh dibiarkan terlepas begitu sahaja.

Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan berkata, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mesti berkerjasama bagi mengesan mereka yang terlibat membuat ancaman berkenaan kerana ugutan itu dianggap serius.

"Ugutan bunuh dan sikap seperti samseng besar mesti diperangi habis-habisan agar tidak menjadi amalan masyarakat kita pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Yee Aun yang juga pengasas blog SYA For The Nation dilaporkan menerima ugutan bunuh berikutan penulisannya yang bertajuk Laman penyokong RBA ditutup? dalam akhbar Mingguan Malaysia kelmarin.

Yee Aun memberitahu, ugutan itu dibuat oleh beberapa individu tidak dikenali dipercayai ahli RBA melalui komen di dalam laman Facebook beliau sejak kelmarin.

Bagaimanapun, tegasnya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan itu malah akan bekerja lebih kuat untuk menentang DAP.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri berkata, tugas utama polis adalah melindungi keselamatan orang awam dan ancaman bunuh yang diterima Yee Aun merupakan satu jenayah besar.

Sebagai bekas anggota polis katanya, beliau percaya pasukan keselamatan negara itu tidak akan memandang mudah dengan mengambil tindakan tegas dan menyiasat secara mendalam ancaman berkenaan.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong mencadangkan supaya polis menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kes ugutan bunuh yang diterima oleh orang awam khususnya melibatkan isu politik.

Presiden Persatuan Cina 1Malaysia (Percisama), Andy Choy Chee Wau pula menyifatkan ancaman seperti itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan pendirian masyarakat yang lebih terbuka dalam penerimaan berita daripada media massa.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140226/po_07/NGO-mahu-ahli-RBA-dikenakan-tindakan-tegas#ixzz2uU3nIf7M 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Mereka menyifatkan ugutan terhadap keselamatan nyawa orang lain merupakan satu jenayah besar dan pelakunya tidak boleh dibiarkan terlepas begitu sahaja.

Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan berkata, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mesti berkerjasama bagi mengesan mereka yang terlibat membuat ancaman berkenaan kerana ugutan itu dianggap serius.

"Ugutan bunuh dan sikap seperti samseng besar mesti diperangi habis-habisan agar tidak menjadi amalan masyarakat kita pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Yee Aun yang juga pengasas blog SYA For The Nation dilaporkan menerima ugutan bunuh berikutan penulisannya yang bertajuk Laman penyokong RBA ditutup? dalam akhbar Mingguan Malaysia kelmarin.

Yee Aun memberitahu, ugutan itu dibuat oleh beberapa individu tidak dikenali dipercayai ahli RBA melalui komen di dalam laman Facebook beliau sejak kelmarin.

Bagaimanapun, tegasnya, beliau tidak akan tunduk dengan ugutan itu malah akan bekerja lebih kuat untuk menentang DAP.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri berkata, tugas utama polis adalah melindungi keselamatan orang awam dan ancaman bunuh yang diterima Yee Aun merupakan satu jenayah besar.

Sebagai bekas anggota polis katanya, beliau percaya pasukan keselamatan negara itu tidak akan memandang mudah dengan mengambil tindakan tegas dan menyiasat secara mendalam ancaman berkenaan.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong mencadangkan supaya polis menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat kes ugutan bunuh yang diterima oleh orang awam khususnya melibatkan isu politik.

Presiden Persatuan Cina 1Malaysia (Percisama), Andy Choy Chee Wau pula menyifatkan ancaman seperti itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan pendirian masyarakat yang lebih terbuka dalam penerimaan berita daripada media massa.-Artikel Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: