Bukti Lim Kit Siang Seorang Ekstremis Cina yang Pengecut Kini Dibongkar!!!KLChronicle
Entah kenapa terasa loya tekak apabila membaca
blog Kit Siang pada 16 Februari lalu yang
menyeru rakyat Malaysia agar “Cintai
Malaysia, Selamatkan Malaysia” (Love Malaysia,
Save Malaysia). Kit Siang menyeru
sedemikian kononnya untuk menentang
sekumpulan kecil rakyat ‘tidak berjiwa Malaysia,
yang giat menyemarakkan semangat perkauman.
Biarpun seruan tersebut adalah seruan yang
murni, namun, kita mempunyai masalah
untuk mencernanya kerana Kit Siang itu
sendiri langsung tidak berjiwa Malaysia.
Kit Siang yang kita kenali adalah pencetus
rusuhan kaum 13 Mei. Sehingga kini, Kit Siang
tidak pernah merasa bersalah ataupun
menyesali tragedi itu, malah menafikan
pula penglibatannya serta berusaha
mengubah sejarah.
Parti Kit Siang menolak sejarah negara ini
sehingga ke tahap enggan mengiktiraf
kedudukan tulisan jawi dalam sejarah negara.
Parti Kit Siang enggan menerima hakikat bahawa
teras identiti negara adalah bangsa dan
budaya Melayu, yang merupakan penduduk
asal. Kit Siang lebih selesa berbahasa Inggeris
dan lebih gemar memperjuangkan
Bahasa Mandarin. Kit Siang inginkan
perpecahan antara kaum kekal melalui
sekolah-sekolah vernakular. Kit Siang juga
terus mempertikai Hak Istimewa Melayu dan
agama Islam sebagai agama rasmi negara
yang menjadi formula perpaduan terbaik,
sekali gus, tonggak identiti Malaysia.
Sifat perkauman Kit Siang semakin terserlah
sejak Akta Hasutan dihapuskan di mana
penyokong Kit Siang-DAP-PR begitu
giat memprovokasi, mencabar dan menghina
Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam di
laman-laman sosial mereka.
Pendek kata, tiada apa-apa yang ‘Malaysia’ di
dalam diri Kit Siang melainkan Cina dan Cina
semata-mata. Oleh itu, apabila Kit Siang
berkata ‘cintai Malaysia’, kita terasa begitu loya.
Satu perkara mengenai Kit Siang atau DAP
ialah mereka gemar menggunakan ayat samar
atau umum dalam memperkatakan
sesuatu isu. Sekiranya mereka ingin
mengutuk Melayu, mereka akan merujuk
kepada UMNO dan jika mereka ingin
memperjuangkan Cina, mereka merujuk diri
mereka sebagai rakyat Malaysia (Malaysians).
Dengan cara ini, mereka boleh menafikan
bahawa tindakan mereka adalah rasis
sekiranya diserang balas.
Apa jua strategi mereka, matlamat DAP hanya
satu, iaitu merampas kuasa politik Melayu.
Dalam usaha itu, parti ini telah dengan
sengaja menyemarakkan isu kalimah Allah.
Tumpuan utama DAP adalah untuk merebut
Sabah dan Sarawak yang majoriti
penduduknya adalah Kristian. Maka, saban
hari isu ini dimainkan di semua media
pembangkang seolah-olah ia merupakan isu
hidup dan mati penganut Kristian.
Kononnya, kerajaan tidak memberi
kebebasan beragama, UMNO parti rasis
manakala pemimpin UMNO pula tidak menepati
slogan kesederhanaan.
Biarpun isu tersebut telah diputuskan oleh
mahkamah, Kit Siang dan partinya mengambil
sikap tidak peduli dengan undang-undang dan
terus menyemarakkan keadaan dengan
berbagai tuduhan terhadap kerajaan, UMNO,
Melayu dan umat Islam. Setiap kali
melancarkan serangan, Kit Siang bersembunyi
di sebalik nama ‘Malaysian’, dan bukan Cina -
sambil mengutuk ‘UMNO’, dan bukan Melayu.
Justeru, apabila orang Melayu bertindak balas
dengan mensasarkan kepada DAP dan orang-
orang Cina, maka Kit Siang akan menuduh
UMNO sebagai rasis, orang Melayu
sebagai pengganas manakala orang Islam itu
ekstrem.
Namun, apapun label yang Kit Siang berikan
kepada orang-orang Melayu, ia tidak
mengubah hakikat bahawa Alvivi adalah
penyokong DAP, begitu juga dengan anak-anak
muda Cina yang menterbalikkan bendera
Malaysia dengan bangga. Ia juga tidak
mengubah hakikat bahawa kalimah Allah tidak
pernah menjadi isu sehingga pihak Kristian
menuntut penggunaannya dan mencabar
undang-undang.
Dalam kata lain, bukan orang-orang Islam atau
Melayu yang menghina Injil, Jesus atau perayaan
dan agama orang-orang Cina di laman-
laman sosial. Bukan orang Islam yang
menghalang orang Cina atau Kristian
untuk mengamalkan agama mereka. Bukan
pemimpin Melayu Islam yang merampas tanah
dan perniagaan bangsa lain.
Tetapi orang bukan Islam yang menyuruh guru
dan penyanyi Islam membuka tudung sekiranya
ingin bekerja dengan mereka. Orang bukan
Islam yang melanggar undang-undang dan
mencabar perlembagaan. Pemimpin bukan Islam
yang menindas orang Melayu Islam dengan
merampas tanah dan perniagaan mereka.
Justeru, pihak manakah yang ekstrem
atau pengganas di sini? Islam atau bukan
Islam?
Jelas sekali, pihak bukan Islamlah yang sengaja
ingin mencetuskan ketegangan bagi
mengumpan tindak balas dari orang Islam.
Umpan tersebut akhirnya membawa hasil
apabila Molotov koktail dilempar di gereja dan
kepala khinzir diletakkan di masjid.
Tidak dapat dipastikan angkara siapakah semua
ini dan tidak mustahil ia adalah angkara pihak
ketiga yang ingin melihat rusuhan kaum
berlaku di negara ini.
Namun, angkara siapapun ia, sedarkah kita
bahawa semua ini tidak akan berlaku jika
orang-orang bukan Islam yang sependapat
dengan Kit Siang benar-benar menghayati
identiti Malaysia serta akur kepada
undang-undang dan perlembagaan.
Malang sekali, Kit Siang adalah seorang yang
tidak bertanggungjawab dan pengecut. Beliau
hanya berani membaling batu dari
belakang komputernya sambil membuat provokasi
dan mencabar kerajaan melalui rangkaian
dan penyokongnya, tetapi di masa yang sama,
beliau menyembunyikan tangannya. Kini,
apabila keadaan semakin getir, beliau pula
yang terhegeh-hegeh ingin berjabat tangan
dengan BN, konon untuk ‘bekerjasama
demi perpaduan dan keamanan negara’.
Untuk pengetahuan Kit Siang, rakyat tidak
sebodoh penyokong-penyokong DAP. Majoriti
rakyat boleh membaca strategi DAP
melalui blognya. Apa yang jelas, DAP adalah
sebuah parti ektremis Cina yang zalim lagi
hipokrit yang sanggup menggadaikan nyawa
rakyat dan kemakmuran negara demi kuasa
politik Cina-KLChronicle
1 comment:
Sian die, dah tak lama dah tu.
Post a Comment