Thursday 13 February 2014

SELAK DULU KAIN TU,BARU TAHU KAT MANA PEKUNGNYA!!!

Majlis Perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia








Himpunan 222 Cikgu Haram Jadah..???






























Apa yang kerajaan tetapkan ikut sajalah. Bukan 
jadi guru suruh betulkan kerajaan. Apa lagi yang 
tak cukup? Kalau pergi setiap sekolah tak ada 
yang kurangnya terutama kenderaan. Sampai 
sakit pandangan bila laman sekolah dah macam 
tempat jual kereta second.

 Pasal hartanah jangan ceritalah. Yang kena 
tipu pasal saham cepat kaya pun ramai. 
Alhamdullillah ramai yg ambil loan cuba buat 
macam-macam dan merasa nikmat dunia. 

Tetapi bila gaji dah jadi kecik janganlah 
menyalahkan kerajaan. Ada tu yg marah 
sangat rupanya terpaksa berhenti buat 
part time pasar lambak 
dan MLM.

Bersyukurlah dan ikhlaslah pada guru2 yang 
tidak sedar diri ni.. Kerajaan perlu ambil 
ketetapan dan tindakan dengan berhentikan 
sahaja mana2 guru yang terlibat. Ulat dalam 
batu pun boleh cari makan..-Anak Seberang.

gambar guru mengajar kerajinan tangan 555x416 Gambar Guru Sedang Mengajar

KD: Itulah komen daripada seorang sahabat 
blogger yang tersohor di tanah air dewasa ini.


Mungkinlah niat beliau mahu membetulkan 
persepsi ramai bahawa guru-guru adalah 
penentang kerajaan.


Cuma aku perhatikan beliau mungkin tak 
tahu atau tidak dapat gambaran yang jelas 
tentang permasalahan sebenar yang 
dihadapi oleh guru sekarang ini.


Para guru mahu PBS dimansuhkan kerana 
terlalu banyak masalahnya.


Masalah utamanya ialah perkhidmatan internet 
yang terlalu-lalu-lalu lembab.Server nya sampai 
tahap tidak boleh berfungsi langsung.


Sistem online untuk memasukkan 
maklumat pencapaian murid sangat 
mengecewakan guru.


kadang-kadang ada guru terpaksa 
bangun tengah malam bukan nak qiamulail 
tetapi semata-mata nak buka laptop nak 
masukkan maklumat dalam SPPBS.


Namun hasilnya banyak yang sia-sia.
Tak berjaya juga nak masuk.


Bukan guru menentang arahan tetapi sistem 
yang banyak membuang masa guru,membuatkan 
darah guru naik,marah dan kecewa kerana 
disusahkan oleh server yang terlalu lembab 
dan kadang-kadang tak berfungsi!


Jadi kalau prasarana alam maya dah terlalu 
teruk,apa guna nak dipakai lagi!Lebih baik 
kembali ke sistem manual yang langsung 
tak memberikan masalah kepada guru-
guru!!!


Simpan aje maklumat dalam borang transit! 
Habis masalah selesai.


GURU SEBENARNYA BUKAN PENENTANG KERAJAAN.


GURU RAMAI YANG TERPELAJAR 
MALAH GURU SEKOLAH RENDAH PUN 
RAMAI YANG BERKELULUSAN MASTER!


DI SEKOLAH MENENGAH PUN DAH RAMAI 
YANG BERKELULUSAN PHD!


MEREKA MELIHAT PERLAKUAN PEMIMPIN 
UMNO DI CAWANGAN DAN JUGA DI BAHAGIAN! 


KALAU DAH PERANGAI PEMIMPIN UMNO 
DI CAWANGAN DAN BAHAGIAN TAK 
SENONOH DAN MENCOLOK MATA DAH 
TENTU MEREKA BERSUARA!


RAMAI GURU YANG MENJADI AHLI UMNO 
MALAH ADA YANG JADI AJK BAHAGIAN.


MEREKA BUKANLAH ORANG YANG 
BOLEH DIPENGARUHI DENGAN MAINAN 
KATA.MEREKA BOLEH MENILAI 
DENGAN TEPAT.


JADI JANGANLAH SALAHKAN GURU DAN 
TUDUH GURU 90% MENENTANG KERAJAAN! 
DI MANA KAYU UKURNYA?


ADA TAK KEBOLEHSAHANNYA? 


ATAU HANYA TUDUHAN HENTAM KROMO?


YANG PALING PENTING PEMIMPIN CAWANGAN,
BAHAGIAN MALAH PUSAT PERLU BETULKAN 
DIRI SENDIRI DAHULU.


PERANGAI DAN TINDAKAN MEREKA INI 
BANYAK YANG MERUGIKAN PARTI 
MEREKA SENDIRI!AKHIRNYA RAMAI 
YANG AKAN LARI!


PEMIMPIN UMNO BERHENTILAH BERAJA 
DI MATA DAN BERSULTAN DI HATI!



3 comments:

Anonymous said...

pukul 2-3 pg tension dok tengok cacing berpusing, ape nak buat, sabor aje le.

Anonymous said...

orang yang tak jadi guru tak tahu kerja guru. orang yang tak pernah key in PBS tak tahu masalahnya, orang yang tak mengajar 40 orang murid satu kelas kali dengan 6 kelas, tak tahu siksanya nak menghadapi kerenah murid, orang yang kata kerja cikgu separuh hari tak tahu yang kerje guru sepanjang masa. mereka hanya melihat semasa guru sadang senyum bersantai tetapi tak pernah memerhati masa guru bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, pekeranian, ko kurikulum dan lain-lain. orang tak tahu guru bawa kerja balik ke rumah bukan hanya habiskan di sekolah. semua orang lupa guru ada keluarga yang perlu diberi perhatian. cuti guru panjang tetapi tetap datang ke sekolah sebab arahan JPN,KPM dan guru besar. ramai yang tak tahu kerja guru sebenarnya.

Kutukandewata said...

sabar aje lah,mereka tidak tahu,mereka tidak faham keadaan yang sebenarnya!!!