Monday, 24 February 2014

...LIPSTICK...SEKSI ATAU KEPERLUAN....




Aku bukanlah seorang juruperunding kecantikan tetapi 
sudah menjadi lumrah manusia suka kan 
apa yang cantik.Pada pandangan peribadi akulah.


Bila terpandang perempuan memakai lipstick...


Jantung akau akan berdegup 220km/h melebihi had laju dibenarkan.


- mulut aku akan sedikit ternganga dan cuba mencapai tissue atau lengan baju pun boleh untuk mengelap air  liur yang mungkin tertumpah secara tidak sengaja.


- mata aku mula melirik memerhatikan tubuh sidia dari hujung rambut yang rebonding tu hingga ke hujung High Heel


-dan hati mula bermonolog seorang diri    "peeeeh...!    kalaulah ....."


Apakah rasional respon spontan bagi lelaki 
seperti aku terpandang perempuan memakai lipstick....dan salahkan aku jika aku sukakan penampilan sebegitu.Citarasa lelaki memang 
berbeza-beza. 


dan tidak dapat dinafikan masih ada yang 
suka pada natural beuty....terserah.Bagi 
aku bila terlihat perempuan memakai 
lipstick tanggapan pertama aku



-sidia memang mementingkan penampilan

-sidia mahukan perhatian

-sidia nampak berkeyakinan

-sidia up tu date



Bagi wanita yang berkerjaya,penampilan 
tentunya penting dalam mengembangkan 
kerjaya walaupun bukanlah faktor utama.



Kebanyakan yang bekerja di front line 
atau berurusan di kaunter selalunya 
dipilih oleh majikan yang mempunyai 
perwatakan yang menarik.Mungkin ada 
kedengaran perbualan seperti berikut ,



"berapa semuanya...."


tanya seorang lelaki sambil memerhatikan 
bibir seorang juruwang perempuan 


" RM95.90......"


jawab si perempuan berbibir merah membara.


Dengan pantas lelaki tadi mengeluarkan wang 

RM 100 sambil tersenyum sambil kontrol encem


"takada duit kecik ke bang..."tanya perempuan


"Errhm...keep the change...tak pe...no big deal"

lelaki itu tersenyum lebar selebar 
sungai Pahang dan berlalu pergi.



Tetapi selalunya bagi isteri yang berkerjaya 
akan memakai lipstick bila sahaja keluar bekerja.Balik kerumah dan bertukar 
rupa menjadi manusia dua alam.


Penampilan diluar rumah dan 

di dalam rumah jauh berbeza.


Alasannya...alah...dulu masa bercinta boleh 

la nak make up dah kahwin ni....hari-hari jumpa,berkemban je...senang.."ujar si isteri.


P/S :Selalu tengok kat kolar baju kalau-kalau 
ada kesan lipstick...kantoi...-abadiromeo.

No comments: