Wednesday, 19 February 2014

HENTIKANLAH MENJADIKAN HUDUD SEBAGAI SENJATA SETIAP KALI PRU!!!



Tiada hudud dalam jinggay...!!!





Tiada hudud dalam jinggay...

Kita kena akui bahawa untuk melaksanakan hudud di malaysia ni kita berdepan dengan kekangan perlembagaan yang perlukan majoriti 2/3.pas pun faham dan akui hakikat ini.


Cuma mengabaikannya dan gunakannya sebagai senjata untuk memfitnah umno tolak hudud.Berapa banyak dah dosa pas kerana memfitnah umno! Bila kita tanya kenapa pas tak jalankan hukum hudud di negeri yang mereka perintah? 




       
Inilah kerja pemimpin PAS yang asyik fitnah 
UMNO tolak  hudud!


Jawapan dia orang mudah dan simple aje,Kerajaan pusat menentang.Dia orang tak cakap pun yang perlembagaan jadi penyebabnya kerana mereka tak cukup syarat! 


Perlembagaan tak pernah pun menghalang apa-apa undang-undang yang nak dibuat cuma menetapkan bahawa perlu 2/3 majoriti!!! Cukup majoriti 2/3 maka termaktub lah undang-undang yang dihajati itu!


Kerajaan pusat bukan tolak hudud,umno tak tolak hudud! Cuma masih belum melaksanakannya  kerana kekangan yang di nyatakan di atas! 


Pembangkang pun faham dan mengerti cuma perangai mereka dah termaktub begitu,suka menyalahkan orang lain!


Dalam kalangan penyokong pakatan pembangkang tak ramai pun yang layak untuk dikategorikan sebagai ahli untuk masyarakat hudud.Tengok pemimpin mereka pun kita dah tahu tak ada langsung ciri-ciri masyarakat hudud yang sangat beriman!!! 



Dan kerana iman yang tinggi itulah mereka akan mengaku mereka berzina atau meliwat untuk dijalankan hudud ke atas diri mereka! 


Menafikan lagi ada lah.Suruh bersumpah kerana allah pun tak berani.Dua elemen penting dalam hudud ialah saksi yang tak fasik seramai empat orang dan pengakuan bersalah diri sendiri!!!


Tak fasik ke kita kalau selalu memfitnah,memaki hamun,mengaibkan orang dan berprasangka buruk terhadap orang lain!!!


Buat kesalahan berat melanggar hukum hudud,berani ke orang sekarang nak mengaku?Contoh dah banyak di depan mata.


Apa yang dia orang tahu hanyalah  mentohmah dan memfitnah orang lain tolak hudud! 



Bila orang suruh PAS laksanakan Hudud tahu pulak terkebil-kebil!!


Fikir-fikirkanlah kerana Allah bukan kerana kepentingan politik!

No comments: