Monday, 17 February 2014

KAUM YANG HILANG ANGKARA NAFSU TERANGSANG!!!


Iktibar Dari Kisah Mengenai Gunung Berapi Kaum Terdahulu.


















The Lake of Lut, or Dead Sea as differently called.
Terdapat kaum terdahulu yang pupus akibat letusan gunung berapi. Sumber ini saya dapat dari buku karangan Harun Yahya-Kaum-kaumYang Pupus. Salah satu kaum yang pupus akibat letusan gunung berapi ialah kaum Nabi Lut. Kaum Nabi Lut ini aktif dengan budaya homoseksual.

Bandar kaum Nabi Lut ini ialah Sodom yang terletak di kawasan Laut Mati sempadan Israel Jordan. Akibat dari keenganan kaum ini menngikut seruan Nabi Lut untuk meninggalkan perbuatan terkutuk itu dan tidak mengendahkan seruan Nabi Lut, mereka telah di timpa azab.


"Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang terbalik(tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap(dilalui orang)"- Surah Al hijr:73-76.

 
Photographs of the Lake of Lut taken from satellite. 


Kenyataan "diterbalikkan " membayangkan kawasan itu mengalami gempa bumi yang kuat. Menurut ahli arkeoloji, Werner Keller, kawasan lurah Sidim yang meliputi Sodom dan Gomorrah telah terbenam ke dalam. Kemusnahannya mungkin disebabkan oleh gempa bumi dan dituruti dengan letupan, petir, perlepasan gas asli dan kebakaran besar.


 

An illustration showing the volcanic eruption and the collapse that followed it, which caused the whole people to disappear.

Maksud ayat'Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi' Surah Hud:82-83 menunjukkan barangkali letupan gunung berapi berlaku di setiap tebing tasik Nabi Lut yang mengakibatkan batu batan meletup dan menjadi seperti di panggang.


Menurut Keller, di bahagian atas lembah Jordan masih kelihatan kawah-kawah tinggi gunung berapi yang sudah pupus. Lingkaran luas lava dan lapisan basalt bertimbun diatas permukaan kapur.


Ini juga membuktikan adanya letusan gunung berapi disini.

Keller telah mencatat bandar Sodom dan Gomorrah terletak di wilayah paling rendah di tasik Nabi Lut(Laut Mati). 

Apabila seseorang mendayung perahu melintasi tasik tersebut dan sekiranya matahari menyinari ke arah tepat, kelihatan di dasar air, garisan hutan yang disimpan sebagai khazanah laut mati. 


Batang-batang pokok dan akar-akarnya dapat dilihat didalam gemerlapan air yang hijau. Lembah Sidim, tempat di mana pokok-pokok ini satu masa dahulu tumbuh dengan subur adalah kawasan paling cantik di wilayah tersebut.


Demikianlah sedikit sebanyak penerangan tentang apa yang berlaku pada kaum Nabi Lut yang di tulis oleh Harun Yahya berdasarkan ahli arkeoloji Keller. Sebelum ini saya telah berpendapat malaikat yang menterbalikkan lembah Sodom ini mengikut terjemahan al Quran. 


Sebaliknya menurut apa yang diselidik oleh ahli arkeologi, sebenarnya berlaku gempa bumi dan letusan gunung berapi yang dasyat. Ambillah iktibar dari kejadian ini. Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

No comments: