Monday, 3 February 2014

PEMIMPIN DUNIA KE EMPAT!!!!


ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN DUNIA !!! TAPI JEPUN DAH REJECT !!! APA CERITA ???





























Ingat hanya seorang dua yang perasan,
rupanya ramai yang ketawa terbahak-
bahak dengan kenyataan Timbalan 
Presiden PKR,Azmin Ali yang menyifatkan 
‘Bapa Sandiwara Negara’ Anwar 
Ibrahim sebagai ‘Pemimpin 
Bertaraf Dunia’.Menurut Azmin,
Pembangkang itu di perlukan oleh banyak 
negara di dunia terutamanya di Timur Tengah.

“Dia seorang pemimpin bertaraf dunia 
dan akan menjadi wakil rakyat 
penduduk di Kajang. Dia (Anwar) 
bukan diperlukan di Malaysia sahaja,
tetapi dia pemimpin dunia.negara 
Islam di Timur Tengah pun memerlukan 
Anwar " ujarnya ketika menyampaikan 
ucapan pada sesi Taklimat Jentera 
Pilihan Raya PRK N25 Kajang di 
Dewan Orang Ramai Kampung Sungai 
Sekamat.

Ada yang mengatakan,kenyataan Azmin itu 
agak keterlaluan kerana cuba membodek 
Anwar dengan meletakkannya di tempat 
yang tidak sepatutnya.Namun ramai juga
 yang beranggapan kenyataan tersebut 
lebih bersifat untuk menyindir atau
 dalam bahasa mudah ‘pukul dalam senyap’.

Ini kerana Azmin yakin dansedar,
kenyataannya itu akan menyebabkan 
semakin ramai yang akan mentertawakan 
Anwar sekali gus menyebabkan imej 
dan maruah Ketua Umum PKR itu 
semakin tercalar.   

Masakan tidak,pertengahan bulan yang 
lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba 
gempar dengan laporan berita mengenai 
Anwar yang dihalau pulang kerana 
pihak imigresen Jepun tidak 
membenarkannya masuk ke negara itu.

Demi untuk mengelakkan maruahnya dari 
tercalar, Anwar cuba menyalahkan 
kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi 
dalang kerana berpakat dengan kerajaan 
Jepun untuk memalukannya.Namun 
semua tuduhan yang tidak berasas itu, 
kembali menimpa dirinya, apabila 
jurucakap kedutaan Jepun di negara 
ini menjelaskan masalah itu berpunca dari 
Anwar sendiri, yang gagal untuk memohon 
dan mengemukakan visa perjalanan.

Rentetan daripada itu,masyarakat Malaysia 
mula mentertawakan Anwar yang jelas 
telah memperbodohkan dirinya sendiri.
Di laman media-media sosial pula,penuh 
dengan watak-watak animasi Jepun 
seperti Doraemon,Ultraman,Kesatria Baja 
Hitam dan banyak lagi yang dijadikan 
bahan lawak jenaka ekoran insiden 
yang memalukan itu.

Kesimpulannya,tindakan Azmin 
mengatakan Anwar adalah pemimpin 
dunia bukanlah untuk memuji jauh sekali 
untuk membodek,tapi merupakan 
serangan hendap bagi mengajarnya.
Ini kerana,tindakan Anwar untuk bertanding 
di Dun Kajang hanya bertujuan untuk 
membunuh peluang Azmin yang telah 
lama mengidamkan jawatan tersebut.

Malah kehadiran Anwar di Selangor juga 
bakal menyebabkan Azmin hilang pengaruh 
sekali gus mengelakkannya 
menggunakan pimpinan PKR negeri 
untuk mengugut Anwar seperti yang 
pernah dilakukan sebelum ini.

Ertinya Azmin sedar,Anwar cuba membunuh 
2 ekor burung, dengan menggunakan 
satu batu.Selain membunuh Khalid yang 
dilihat tidak cekap,Anwar sudah pasti 
akan mampu menghalang atau paling 
tidak mengurangkan pengaruh politik Azmin 
yang suatu ketika dahulu pernah 
dilihat sebagai ‘anak emas’ atau bakal 
pengganti kepada Anwar.

No comments: