Thursday, 27 February 2014

WANITA MENJALANG,LELAKI MENGANGKANG!!!



APA YANG MEMBUATKAN PERSELINGKUHAN
BOLEH TERJADI BERULANGKALI.





Perselingkuhan boleh dikatakan sebagai ‘dosa besar’ dalam hubungan pernikahan. Korban perselingkuhan dalam hubungan pasti akan sangat tersakiti. 


Tetapi, jika hal itu boleh dimaafkan apakah menjamin tidak lagi terjadi perselingkuhan selanjutnya? 


Jawabannya mungkin mengejutkan Anda, perselingkuhan kemungkinan akan terjadi lagi. Kerana, berselingkuh bagi beberapa orang menjadi sebuah bentuk kecanduan.


Pada sebahagian lelaki, berselingkuh menjadi semacam kecanduan, terlepas dari apa pun keadaan hubungan mereka dengan pasangannya.


Namun sebahagian besar lelaki mengungkapkan alasan berselingkuh kerana lunturnya ikatan hubungan, perhatian, kesenangan dan juga seks. 


Ketika seorang lelaki berselingkuh, ketidakbahagiaan telah muncul untuk sementara waktu. 


Bahkan, dia mungkin tidak tahu seberapa besar dia tergoda sampai ada kesempatan untuk melakukannya. Dan, jika ia dapat menjadi setia setelah tergoda atau berselingkuh, benar-benar bergantung kepada bagaimana ia dan pasangannya kembali membangunkan hubungan.


Jika pasangan berselingkuh, Anda dan pasangan harus mencari akar permasalahan. Ketahui apa yang menjadi gangguan. 


Bagi kebanyakan lelaki, masalah yang mungkin muncul adalah kehidupan seks. Jadi, hal yang harus Anda ketahui adalah sebagai lelaki,anda mengalami kecanduan dalam hal berselingkuh. 


Tetapi, sebahagian besar lelaki berselingkuh kerana merasakan hubungannya tidak lagi hangat. Jika Anda mengalami masalah dalam hubungan segera perbaiki sebelum masalah semakin runcing dan membawa kepada perselingkuhan.rahasiabatin.

No comments: