Tuesday, 18 February 2014

SEKS,PENJANA KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI!!! JANGAN MALU-MALU TAPI MAHU!!!


  
Hubungan suami isteri tidak lari dari 
hubungan seks. Mengikut pandangan 
pakar, sebaiknya setiap pasangan 
mengadakan hubungan seks 3 kali 
seminggu. 

Ini menjadikan jumlah minima 
hubungan seks setiap pasangan adalah 
12 kali sebulan. Mengambil kira waktu 
isteri datang bulan selama seminggu 
atau lebih setiap bulan.

Menurut islam, isteri adalah ibarat ladang 
untuk suaminya. Si suami boleh buat 
apa sahaja, APA SAHAJA bersama atau 
kepada isterinya. 

Selagi mana tidak melibatkan lubang dubur 
atau bersama ketika isteri datang haid. 
Islam melarang pasangan bersama ketika haid 
dan dubur kerana ia adalah kotor dan 
boleh mendatangkan mudarat.


Panduan posisi seks dalam islam amat mudah. 
Tidak bersama ketika haid, tidak melibatkan 
dubur dan jangan berbogel  ketika bersama. 

Anda pasti pernah melihat set katil yang 
mempunyai tiang tinggi di empat penjuru 
katil. Tujuannya ia boleh dipasang kelambu 
bagi memudahkan pasangan bersama dengan 
ruang kawasan yang lebih besar.

Islam tidak melarang 
pasangan menggadakan hubungan seks, 
diatas katil, diatas kerusi, diatas sofa, 
didalam kenderaan, di dapur, di tepi 
dinding, dilantai. Asalkan panduan diatas 
dipatuhi beserta dengan doa dan adab-adab 
ketika berjimak dan selepas berjimak.



Pasangan boleh memilih pelbagai jenis posisi 
ketika melakukan hubungan seks. 
Mempelbagai posisi dapat menghilangkan 
rasa bosan pasangan. 

Memudahkan isteri mencapai titik kepuasan 
atau klimax dengan mudah. Mahupun 
juga dipanggil senaman diatas katil untuk 
tujuan kesihatan. Suami boleh diatas, isteri 
boleh diatas, boleh melapik punggung isteri 
dengan bantal dan banyak lagi. 

Titik kepuasan setiap wanita adalah berbeza. 
Lelaki harus pandai dan cepat bermula dari 
tarikh perkahwinan. Mencari titik 
kepuasan pasangan agar tidak 
mendatangkan kemarahan jika isteri 
tidak mendapat kepuasan ketika 
melakukan hubungan seks.


Berbagai teknik dalam persetubuhan

Selagi yang namanya  alam termasuk juga 
manusia, apa sahaja yang ada padanya 
berubah. Tambahan pula, manusia itu 
sendiri sukakan perubahan. Jika tidak 
ada perubahan sesuatu itu akan 
membosankan. 


Begitu juga dengan melakukan persetubuhan, 
jika hanya menggunakan teknik yang sama 
kemungkinan besar perasaan bosan akan 
timbul. 


Oleh kerana itu, bagi pasangan suami isteri 
yang mengimpikan kenikmatan persetubuhan 
itu tetap selalu dirasakan, keduanya akan 
sentiasa mencari teknik atau cara-cara baru 
dalam melakukan persetubuhan. Agar 
keduanya akan mendapat kehangatan 
dalam hubungan.


Kelebihan hubungan seks 
pelbagai posisi:

1. DAPAT menghilangkan perasaan bosan 
akibat teknik yang sama.

2. DAPAT menaikkan keinginan untuk 
bersetubuh.

3. DAPAT meningkatkan kenikmatan 
berkelamin.

4. DAPAT menjarangkan kehamilan.

5. DAPAT menperolehi kehamilan.


“Isteri-isteri adalah seperti kebun tempat 
kamu bercucuk tanam, maka datangilah 
kebun tempat kamu bercucuk tanam itu dari 
mana sahaja yang kamu kehendaki” 
(Al-Baqarah:223)

No comments: