Wednesday, 19 February 2014

MANUSIA YANG MELAMPAUI BATAS!!!


ANWAR PERMAINKAN ISU KALIMAH ALLAH DI PENTAS GEREJA!!! 


Pada 16 Februari lepas, kita melihat Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh masuk ke Gereja Holy Family, Kajang untuk berkempen meraih undi bukan Islam dalam menghadapi PRK Kajang.

Tujuan Anwar adalah tidak lain tidak bukan untuk ‘menyenangkan hati’ masyarakat Kristian yang kini giat menuntut penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu.  Dalam ceramah tersebut, beliau menonjolkan sifat terbuka mengenai isu itu dan juga terbuka terhadap semua agama. 


Apa yang hadirin di Gereja Holy Family tidak tahu ialah, dalam ceramah Anwar di Kompleks Penghulu Batu 10 Jalan Cheras, Kajang pada 12 Februari sebelum itu, di hadapan orang-orang Melayu, beliau meyakinkan orang-orang Melayu yang kalimah Allah hanya milik Islam dan beliau sebagai pemimpin Pakatan Pembangkang tidak akan membiarkan penganut lain menggunakannya sewenang-wenangnya. 

Tindakan Anwar berkempen di gereja berjaya menggembirakan bukan Islam.  Kononnya, tindakannya itu adalah lambang ‘kesederhanaan’ yang sebenar.  Blog dan portal milik Pembangkang menjadikan Anwar sebagai ‘harapan’ ke arah perpaduan rakyat Malaysia.

Persoalannya,  apakah pemimpin Islam perlu masuk ke gereja merendahkan diri di hadapan bukan Islam maka barulah ‘perpaduan’ sebenar dapat dicapai? 

Apakah dengan menonjolkan pendirian berbeza di pentas yang berlainan merupakan contoh ‘kesederhanaan’ mengikut penilaian Pembangkang?   

Hakikatnya, sejak dari mula lagi, Anwar sentiasa terbuka dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Malah, PAS juga pada satu ketika, turut menyebelahi Kristian sehinggakan kerajaan pimpinan UMNO dikecam hebat kerana menghalang pengedaran 35,100 Injil berbahasa Melayu yang masuk melalui pelabuhan Klang. 

Justeru, ceramah Anwar di hadapan orang-orang Melayu kononnya beliau akan mempertahankan kalimah ‘Allah’ merupakan satu penipuan semata-mata - sebagaimana beliau telah menipu mengenai tidak akan bertanding di Kajang mahupun sebagaimana beliau menipu akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September suatu ketika dahulu, atau mengenai tidak pernah meliwat sesiapa. 

Dengan berceramah di gereja, kini pihak Kristian, orang-orang bukan Islam, kumpulan ekstremis Cina dan golongan liberal semakin yakin yang Anwar merupakan seorang calon yang paling tepat untuk dinobatkan sebagai pemimpin boneka mereka.  

Sudah tentu pengiktirafan itu tidak akan diberikan jika Anwar dilihat tidak mampu menunaikan segala permintaan mereka. Sudah tentu mereka tidak akan memuji Anwar sebagai ‘harapan perpaduan’ jika Ketua Pembangkang itu komited untuk menjaga kedaulatan agama dan bangsa sebagaimana pemimpin UMNO.   

Sudah tentu mereka tidak akan mengiktiraf Anwar sebagai ‘sederhana’ jika beliau juga setegas pemimpin UMNO mempertahankan kalimah ‘Allah’.

Berdasarkan hakikat ini, fikirkanlah apakah untungnya kepada umat Islam jika Anwar dilantik sebagai wakil Kajang, Menteri Besar Selangor mahupun Perdana Menteri Malaysia..?
Apakah benar Anwar mampu mengukuhkan perpaduan melalui ceramah tersebut? Atau hanya memperkukuhkan kedudukan penentang Islam, di samping melemahkan lagi kedudukan Islam...? 

Anwar boleh saja menyeru kepada perpaduan tanpa perlu ke gereja.Apa yang berlaku menunjukkan yang beliau kini sudah lebih dari terdesak dan berada betul-betul di bawah tapak kaki DAP dalam perjuangannya  untuk merebut kuasa. 

Untuk umat Melayu-Islam, ingatlah, DAP tidak akan sekali-kali memuji Anwar, jauh sekali mengangkat beliau sebagai Ketua sekiranya mereka tidak mampu menguasainya-MIK



ISU KALIMAH ALLAH


Merujuk kepada pandangan ulama, Datuk Dr. Siddiq Fadhil dan tulisan pemikir Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) seperti Syed Ali Tawfik al-Attas sejak 2008 mengenai isu kalimah Alllah,  Anwar sebenarnya cukup terdesak untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.


Kalangan cendekiawan dan ahli fikir dihormati dalam negara ini sudah hampir sepakat bahawa isu kalimah Allah adalah satu perkara yang tidak wajar dipermainkan oleh mana-mana pihak.


Tidak molek hanya atas niat untuk mendapatkan undi, Anwar seakan-akan 'menjual' pendirian peribadi berbanding keperluan merujuk kepada pandangan ulama dan cendekiawan Malaysia yang lebih faham dengan konteks sebenar permasalahan kalimah Allah ini.


Tindakan menggunakan pentas gereja untuk mendapatkan populariti politik adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab dan memalukan.


Anwar sepatutnya lebih bijaksana dalam menilai keperluan untuk menyantuni pendirian dalam kalangan cendekiawan Malaysia yang tegap dan tegas dalam isu kalimah Allah.


Rakyat tidak melihat Anwar sebagai 'hero' dalam isu kalimah Allah, malahan dia sudah memberikan pengesahan bahawa di atas nama politik, apa sahaja boleh disandar dan dipermainkan.


Tindakan melakukan lawak jenaka murahan di dalam isu sebesar kalimah Allah adalah satu perbuatan yang culas dan tidak boleh dimaafkan.




MELAMPAUI BATAS BILA.......


Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
(Al-Mu'minuun 23:75)

Dewasa ini, golongan-golongan pelampaui ini, sesuka hati memasuki wilayah dan daerah segenap pelusuk untuk membolot kuasa agar mereka senang memperolehi hasil pendapatan atau perniagaan dengan apa cara sekali pun walaupun terpaksa berhadapan dengan perlanggaran undang-undang. 

Mereka berani menyongok, menindas, menipu dan memakan riba. Inilah ciri-ciri yang Allah sebutkan dalam al-Quran golongan yang melampaui batas. Mereka seterusnya akan hanyut dalam dosa dan kemurkaan Allah.


Ingatlah, kita sebagai hamba Allah yang beriman memang dituntut untuk melata di segenap pelusuk bumi Allah ini untuk mencari rezeki tetapi hendaklah kita bersyukur serta merendah diri, tidak sombong dengan apa yang Allah kurniakan, dan memakan rezeki yang halal perolehannya dan bukannya diperolehi dengan penindasan dan perlanggaran hak bagi mengelakkan diri kita tergolong dalam golongan yang melampaui batas ini.


Sesungguhnya orang-orang yang melampaui batas ini adalah segolong dengan Fira’un sesuai dengan firman Allah Taala di dalam al-Qur’an;


Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampauibatas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.
(Al-Qasas 28:4)
  
Kesimpulannya

1. Tidak ada halangan dalam al-Qur’an untuk setiap manusia melata di muka bumi Allah ini untuk mencari rezeki tetapi janganlah sampai melampaui batas hak di tempat itu. Bersyukurlah kerana diberi peluang untuk mencari rezeki di Negeri orang.

2. Hak mentadbir dan mengurus sesuatu tempat itu adalah tanggungjawab penduduk asal di tempat itu dan sebagai muhajirin, sepatutnyalah menghormati tanpa mencampuri urusan dalaman dan bersama-samalah menjaga keamanannya.

3. Setiap manusia telah ditulis rezeki baginya dan tidak perlulah menindas atau merampas hak orang lain, sesungguhnya orang yang melampaui batas itu adalah sekutu kafir dan telah disediakan Neraka sebagai tempat yang sesuai bagi golongan ini seperti nasib Fira’un dan Bani Israil yang tidak beriman.

No comments: